Friday, October 24, 2008

Jamuan Hari Raya Tingkatan 3


24 Oktober - Majlis Jamuan Hari Raya Tingkatan 3 telah diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut bermula 10.00 pagi. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut). Turut hadir pada majlis tersebut, pihak pentadbir serta guru-guru yang mengajar Tingkatan Tiga.


Tuesday, October 21, 2008

Memori Aidilfitri SMK Benut 2008


18 Oktober 2008 - Majlis Semarak Aidilfitri SMK Benut 2008 telah diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut pada jam 8.30 malam. Majlis ini dianjurkan bersama Kelab Warga SMK Benut sesi 2007/2008. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut).

Majlis ini turut dihadiri ahli keluarga tersayang bagi merapatkan hubungan silaturahim antara warga SMK Benut. Pelbagai juadah disajikan seperti ketupat, lemang, sate, laksa Johor, burasak dan banyak lagi. Kemuncak acara pada majlis tersebut sudah tentunya menggembirakan anak-anak yang tidak sabar menunggu pemberian duit raya. Tuan Pengetua bersama Pengerusi Kelab Warga SMK Benut (Encik Mosman Bin Parkan) telah sudi menyempurnakan majlis pemberian duit raya kepada anak-anak warga SMK Benut.

Warga SMK Benut mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Mohon Maaf Segalanya."





Tahniah SMK Benut



12 - 15 Okt 2008 – Seramai 4 orang pelajar SMK Benut telah terpilih mewakili Negeri Johor bersama beberapa pelajar lain seluruh negeri ke KEM SENI VISUAL 2008 di Pasir Putih, Kelantan. Ianya merupakan Kem Seni Visual yang ke-2 selepas di Johor Bahru pada tahun lalu. Kem tersebut telah menganjurkan beberapa pertandingan seperti catan, batik, ukiran, cetakan saring dan reka bentuk industri.

Pelajar SMK Benut iaitu Zuratun Nisa’ Binti Rohani (6 Al Jabbar) telah mendapat Johan dalam pertandingan reka bentuk Industri, manakala 2 pelajar lain iaitu Mohamad Razif Bin Abd. Razak (6 Al Jabbar) dan Nurain Nafisah Binti Naspan (4 Al Farabi) mendapat saguhati dalam pertandingan catan.Guru Pengiring ialah cikgu Isa Bin Ab. Hamid yang juga mewakili kontijen Negeri Johor.

Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan anda.






Monday, October 13, 2008

Selamat Menjawab Peperiksaan PMR 2008


13 Oktober
– Majlis Restu Pelajar Tingkatan Tiga Bersama Ibu Bapa Penjaga. Pengetua SMK Benut, Encik Hasnan Bin Jaffar sekali menyampaikan amanat supaya para pelajar dapat menjawab soalan dengan baik dan mencapai kecemerlangan, dan sentiasa hadir dalam peperiksaan mengikut jadual serta berdisiplin perlu diutamakan.

Para pelajar yang ibu bapa atau penjaga hadir pada hari itu, bersalaman sambil memohon restu ibu bapa penjaga sebelum melangkah kaki ke dewan peperiksaan.

Warga SMK Benut, mendoakan kejayaan cemerlang kepada para pelajar Tingkatan Tiga. Selamat menjawab peperiksaan. Insyaallah.



Friday, October 10, 2008

Majlis Restu Ilmu PMR 2008


10 Oktober – Majlis Restu Ilmu PMR 2008 kepada para pelajar Tingkatan Tiga yang akan menduduki peperiksaan PMR bermula 13 Oktober sehingga 17 Oktober telah diadakan di Dataran Baiduri, SMK Benut. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Tuan Pengetua, SMK Benut).

Program ini diadakan bertujuan supaya para pelajar jelas dalam minda bahawa para guru redha dan ikhlas dalam mencurahkan segala ilmu yang baik demi mencapai prestasi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Majlis ini dianjurkan bersama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling supaya dapat meningkatkan lagi semangat juang dan keyakinan para pelajar semasa menghadapi peperiksaan PMR dan terutamanya semasa menjawab soalan yang dikemukakan nanti.

Pada majlis itu juga, diadakan penyampaian alat tulis dan slip peperiksaan kepada para pelajar. Warga SMK Benut mendoakan kejayaan cemerlang dan selamat menjawab. Insyaallah.