Monday, February 23, 2009

Pelancaran Bulan Penghayatan Sains, Matematik dan ICTL 2009



23 Februari 2009 - Pelancaran Bulan Penghayatan Sains, Matematik, dan ICTL 2009 telah dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar, Pengetua SMK Benut pada perhimpunan pagi ini.

Pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang bulan Februari hingga Mac. Antaranya pertandingan pelancaran roket, rekabentuk kereta solar, kuiz Sains dan Matematik, explorace science dan matematik, melukis carta dan buku skrap, membuat 'portable cooking' dan crossword puzzle' dan banyak lagi. Diharap para pelajar SMK Benut turut serta dalam semua aktiviti yang diadakan.



230220093499.jpg


230220093500.jpg



230220093501.jpg



230220093503.jpg



230220093504.jpg



230220093507.jpg



230220093508.jpg



230220093509.jpg



230220093511.jpg



230220093514.jpg




Saturday, February 14, 2009

Kem Jatidiri dan Kecemerlangan SPM 2009



14 Februari 2009
– Kem Jatidiri dan Kecemerlangan SPM 2009 di bawah Program Kecemerlangan Ilmu dan Pendidikan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dengan kerjasama SMK Benut telah diadakan di Dewan SMK Benut selama dua hari dan satu malam bermula pada hari Sabtu, 14 Februari 2009 dan berakhir petang hari Ahad, 15 Februari 2009. Seramai 132 orang pelajar telah menyertai program ini.

Matlamat program ini diadakan untuk merangsang minda dan pemikiran, membangkitkan azam, tekad dan iltizam bagi mengukuhkan daya juang, tanggungjawab serta membina keyakinan diri serta membantu pelajar meneroka potensi diri untuk kecemerlangan dalam peperiksaan SPM.

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Amran Bin Mohd Ariffin, Ketua Unit Bahagian Teknologi Maklumat, YPM. Beliau mengharapkan program yang diatur dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan seterusnya mengharapkan para peserta kursus mendapatkan input yang banyak dan menggunakannya dalam pelajaran.

Program ini diketuai oleh Encik Ismail Bin Ali selaku ketua Fasilitator dengan dibantu oleh 21 orang fasilitator. Pelbagai program diadakan seperti Ice Breaking, Motivasi Akhlak Cemerlang, Bahtera Kasih, Bekalan Pelajar Cemerlang, Kembara Pelajar Cemerlang, Eksplorace Jati Diri dan Kecemerlangan dan Refleksi Kendiri. Tetamu khas turut sudi menjayakan program ini iaitu ustaz Akhwan Bin Affandi dan ustaz Mohamad Asri Bin Ibrahim (bekas vokalis Rabbani).


140220093315.jpg



140220093316.jpg



140220093317.jpg



140220093318.jpg



140220093320.jpg



140220093321.jpg


Lagi Gambar Menarik...


Thursday, February 12, 2009

Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Benut Kali Ke-34


12 Februari 2009 – Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Benut Kali Ke-34 telah berjaya diadakan dalam keadaan sederhana walaupun meriah dengan semangat kesukanan antara para pelajar yang mewakili rumah sukan iaitu Temenggong, Laksamana, Panglima dan Bendahara. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar, Pengetua SMK Benut bermula jam 9.00 pagi.

Majlis dimulakan dengan Perbarisan Lintas Lalu Pasukan Unit Beruniform dan Rumah Sukan. Antara Unit Uniform yang terlibat iaitu Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis, Pengakap, PBSMM, PKBM, dan Puteri Islam. Manakala Rumah Sukan dengan tema alam flora, iaitu Temenggong, Laksamana, Bendahara dan Panglima.

Antara acara-acara kejohanan olahraga yang diadakan, iaitu lari 100 meter, 800 meter dan 4 x 100 meter bagi semua kategori lelaki dan perempuan.

Tahniah kepada rumah sukan Temenggong yang berjaya menjuarai Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Benut Kali Ke-34. Rumah Sukan Temenggong telah berjaya mendapat Johan bagi acara Sukantara, Hiasan Rumah dan Perbarisan Lintas Lalu. Encik Mohd Akmal Bin Khalid selaku Ketua Penasihat Rumah Sukan mengucapkan terima kasih kepada semua atlet, ahli rumah dan guru-guru penasihat yang banyak memberikan kerjasama dalam memastikan kejayaan yang cemerlang dalam Kejohanan Olahraga ini.

Keputusan Rasmi Keseluruhan Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Benut Kali ke-34 Tahun 2009


Rumah Sukan

Merentas Desa

Sukantara

Pra Kejohanan

Kejohanan

Hiasan Rumah

Perbarisan

Jumlah Keseluruhan

Temenggong

30

40

30

40

40

40

220

Laksamana

25

20

40

30

30

25

170

Panglima

40

30

25

20

20

30

165

Bendahara

20

25

20

25

25

20

135


Keputusan Rasmi Pertandingan Lain



Nombor

Uniform (Perbarisan)

Rumah Sukan (Perbarisan)

Hiasan Rumah (Rumah Sukan)

Pertama

KRS

Temenggong

Temenggong

Kedua

Kadet Polis

Panglima

Laksamana

Ketiga

Pengakap

Laksamana

Bendahara

Keempat

PBSMM

Bendahara

Panglima


Keputusan Rasmi Pemenang Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Benut Kali Ke-34


Bil

Kategori

Nama Peserta / Pasukan

Acara Dimenangi

1.

Olahragawan

Mohamad Lokman

(Panglima)

Emas - 200 Meter

- 400 Meter

- 100 Meter

- 4 x 400 Meter

Pecah Rekod

- 400 Meter

- 100 Meter

2.

Olahragawati

Dayang Suhana

(Bendahara)

Emas - 200 Meter

- Lempar Cakera

- Lontar Peluru

- 4 x 400 Meter

Pecah Rekod

- Lempar Cakera

3.

Peserta Terbaik Lelaki



Bawah 20

Bobbyhardianto

(Laksamana)

Emas - Lompat Jauh

Perak - 100 Meter


Bawah 18

Mohamad Lokman

(Panglima)

Emas - 200 Meter

- 400 Meter

- 100 Meter

- 4 x 400 Meter

Pecah Rekod

- 400 Meter

- 100 Meter

Bawah 15

Mohd Hariz Bin Zahid (Bendahara)

Emas - Lompat Kijang

- Lompat Tinggi

- 1500 Meter

Perak - 4 x 400 Meter

Pecah Rekod

- Lompat Kijang

Bawah 13

Mohd Asyrin Bin Wagi

(Laksamana)

Emas - Rejam Lembing

- Lempar Cakera

Perak - Lontar Peluru

Pecah Rekod

- Lempar Cakera

Peserta Terbaik Perempuan



Bawah 20

Samira Binti Bachok

(Bendahara)

Emas - 100 Meter

Gangsa - Lompat Jauh

Bawah 18

Dayang Suhana

(Bendahara)

Emas - 200 Meter

- Lempar Cakera

- Lontar Peluru

- 4 x 400 Meter

Pecah Rekod

- Lempar Cakera

Bawah 15

Nurul Hidayah

(Laksamana)

Emas - 200 Meter

- Lompat Tinggi

- 100 Meter

Gangsa - 4 x 400 Meter

Bawah 13

Goh Siaw Hui

(Laksamana)

Emas - 400 Meter

- 200 Meter

- 100 Meter


Lihat Album Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Benut Kali Ke-34


Persiapan Terakhir Khemah Rumah Sukan



11 Februari 2009 - Semua AJK Rumah Sukan sibuk menyiapkan khemah rumah masing-masing. Tema tahun ini ialah Alam Flora. Hiasan khemah terbaik menjadi impian semua rumah sukan. Nantikan keputusan khemah rumah sukan mana yang memenangi Kejohanan Olahraga Kali Ke-34 SMK Benut. Program ini akan diadakan pada hari Khamis, 12 Februari 2009 jam 8.00 pagi.



Khemah Bendahara.jpg



Khemah Laksamana.jpg



Khemah Panglima.jpg


Khemah Temenggong.jpg



Lagi Gambar Menarik



Wednesday, February 11, 2009

Majlis Penyampaian Hadiah Pra Kejohanan


11 Februari 2009 - Satu Majlis penyampaian hadiah bagi acara Pra Kejohanan telah diadakan di tapak perhimpunan SMK Benut. Pelbagai acara pra kejohanan telah diadakan selama dua hari iaitu rejam lembing, lempar cakera, lontar peluru, lompat tinggi, lompat jauh dan acara larian. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Hajah Andi Audrayanah Binti Haji Mohd Nor (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) dan Tuan Haji Abd Razak Bin Nasiran (Guru Penolong Kanan Kokurikulum).

Tahniah kepada Rumah Laksamana yang telah menjuarai keseluruhan acara Pra Kejohanan bagi menewaskan Rumah Sukan yang lain iaitu Panglima, Bendahara dan Temenggong.


110220093169.jpg


110220093168.jpg



110220093167.jpg



110220093166.jpg


110220093165.jpg



110220093164.jpg


110220093160.jpg




110220093159.jpg


110220093158.jpg


110220093157.jpg



110220093156.jpg



110220093155.jpg