Tuesday, June 30, 2009

Tahniah SMK Benut


30 Jun 2009
– Keputusan Rasmi Pertandingan Festival Pendidikan Sains dan Teknologi Daerah Pontian yang diadakan di SMK Dato’ Penggawa Barat pada 25 Jun 2009 telah berjaya memperolehi kemenangan kepada SMK Benut.

Dua pertandingan yang disertai, iaitu ‘Cooking With Nature’ diwakili oleh M. Sharazif Bin Baharuddin (3 Ibnu Rusyd), Siti Shahrunniza Binti Kasbolah (3 Ibnu Rusyd), Nur Ashikin Binti Kosnin (3 Ibnu Rusyd) manakala pertandingan ‘Solar Car Race’ diwakili oleh Andy Shaiful Bin Aziz (5 Ibnu Sina), Syazwan Bin Baharuddin (5 Ibnu Sina) dan Joseph Ho Zu Xu (4 Ibnu Sina).

Kedua-dua pertandingan tersebut telah berjaya mendapat NAIB JOHAN. Mereka juga berjaya mewakili Daerah Pontian ke peringkat Negeri yang akan diadakan di Pasir Gudang, Johor pada 6, 7 dan 8 Julai 2009. Semoga kecemerlangan berjaya dicapai nanti. Insyaallah.

Ucapan terima kasih kepada Guru Pembimbing, iaitu Encik Mohdd Nor Firdaus Bin Ngamar, Puan Hajah Azhariah Binti Omar, Cik Noormawati Binti Mohd Rasif dan Puan Siti Salyena Binti Pungut.

Warga SMK Benut mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan tersebut.

Wednesday, June 24, 2009

Kursus Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti


23 Jun 2009 – Kursus Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti MS ISO 9001:2008 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah Menengah Negeri Johor telah berjaya diadakan kepada semua warga SMK Benut pada hari ini di Bilik Mesyuarat SMK Benut.


Kursus ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Abd Hamid Bin Buhairah (Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Seri Perhentian, Pontian).


Warga SMK Benut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Penceramah yang telah memberikan banyak input berkaitan kursus ini.



Sambutan Hari Koperasi SMK Benut


23 Jun 2009 – Sambutan Hari Koperasi Sekolah SMK Benut telah berjaya dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua SMK Benut) pada perhimpunan pagi.

Pelbagai program telah diaturkan oleh pihak Koperasi SMK Benut seperti pertandingan kuiz, ceramah motivasi kepada para pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 4, pertandingan menanam pokok herba, pertandingan fotografi, pelbagai jualan istimewa, lawatan sambil belajar, dan pelbagai lagi.



Wednesday, June 17, 2009

Perlantikan Guru Akademik Pra Universiti SMK Benut


17 Jun 2009 – Tahniah diucapkan kepada seramai 15 orang guru SMK Benut yang dilantik sebagai Guru Akademik Pra Universiti Negeri Johor (Guru DG48, Guru KUP DG44 dan Guru Akademik DG41). Watikah perlantikan akan disampaikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Johor di Dewan Jubli Intan, Tangkak, Muar pada hari Sabtu, 20 Jun 2009.

1.

Tn. Hj. Abd Razak Bin Nasiran

2.

Pn. Roiza Binti Jailani

3.

Pn. Fadak Binti Bachok

4.

Pn. Suhaila Binti Aripin

5.

Pn. Norliha Binti Masoori

6.

Pn. Misslina Binti Jelani

7.

En. Mastura Bin Ahmad

8.

Pn. Hjh Mazura Binti Bakri

9.

Pn. Siti Murni Binti Samsuri

10.

Pn. Salawati Binti Athan

11.

Pn. Yong Rafidah Binti Abd Wahab

12.

Tn. Hj. Noordin Bin Buang

13.

Pn. Fariza Binti Mo'men

14.

Cik Azrahah Binti Taha

15.

Cik Rina Binti Mokhsin





Tuesday, June 16, 2009

Identiti Baru Pelajar Pra Universiti SMK Benut Tahun 2009


16 Jun 2009 – Warga SMK Benut merakamkan ucapan syabas dan tahniah diucapkan kepada para pelajar Pra Universiti Tahun 2009 kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke SMK Benut. Pihak pengurusan dan pentadbiran Pra Universiti SMK Benut telah membuat perubahan besar dalam meningkatkan imej dan identiti pelajar Pra Universiti pada tahun ini iaitu dengan menukarkan lencana, uniform dan pertukaran nama kelas. Tahniah juga SMK Benut kerana dipilih menjadi Sekolah Pusat Tingkatan Enam Daerah Pontian.
Berikut perubahan-perubahan yang telah dilakukan :
Reka bentuk keseluruhan :
Logo Majlis Perwakilan Pra Universiti (MPPU) terdiri daripada lengkungan satu garisan tebal membentuk sebiji nanas, sebuah buku yang terbuka di bahagian bawah, perisai heksagon dengan lengkungan yang mengandungi lencana SMK Benut beserta 3 buah buku yang terbuka di bahagian atas.
Lengkungan rekabentuk keseluruhan logo MPPU digambarkan sebagai sebiji buah nanas, adalah pengenalan bahawa MPPU SMK Benut terletak di dalam daerah Pontian, yang pernah menjadi pengeluar nanas terbesar di dunia.
Dari sumber asli kepada satu rekabentuk kontemporari - adalah bersesuaian dengan MPPU yang mempunyai imej dan watak baru dengan mengekalkan nilai-nilai tradisional.
Sebuah buku terbuka di bahagian bawah menunjukkan MPPU sebagai wadah pencarian ilmu dan pertanggungjawaban kepada tiap-tiap manusia berilmu buat menzahirkan kebenaran, membentuk sikap berani tampil ke muka umum bagi menerajui kepimpinan
di pelbagai peringkat.
Perisai heksagon dengan lengkungan yang mengandungi lencana SMK Benut memberikan maksud bahawa kekuatan kepercayaan kepada Tuhan dan keutuhan jatidiri bagi setiap warga siswa dan siswi MPPU SMK Benut sebagai satu nilai trampil yang utama. Ia menjadi satu simbul kebanggaan produk SMKB selain kejayaan dalam bidang pendidikan.
3 buah buku terbuka di bahagian atas yang membentuk pucuk nanas adalah petunjuk bahawa hanya dengan keimanan, memuliakan ilmu pengetahuan, dan amalan nilai-nilai hidup yang murni sahaja, baru akan terbina satu keperibadian nasional bagi membangun negara ke persada dunia.
Warna: Logo ini mengandungi 3 warna utama;
  1. Ungu – menunjukkan kematangan dalam meneroka kecemerlangan dalam menimba ilmu pengetahuan dalam lingkaran dunia global.
  2. Oren – menunjukkan suasana pembelajaran di SMK Benut yang harmoni, segar, penuh cahaya seterusnya mendorong semangat yang kuat untuk menghadapi cabaran ilmu.
  3. Putih – menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan akan menjadikan warga MPPU sebagai insan berjiwa besar dan berhati bersih.
Warna pakaian :
  1. Coklat – lambang kekuatan semangat, tetap cita-cita, berani menghadapi cabaran, dan cinta kepada penyelidikan dan kajian-kajian berbentuk ilmiah dan logik.
  2. Emas – menjadi lambang nilai ilmu yang tinggi seperti nilai emas bahkan jika boleh ia disimpan pada suatu bekas, biarlah bekas itu juga berwarna dengan warna salutan emas.
Disediakan oleh :
Puan Misslina Binti Jelani

Monday, June 15, 2009

Tahniah SMK Benut


15 Jun 2009 – Pertandingan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009 yang diadakan di Universiti Petronas Perak telah diadakan pada 8 sehingga 11 Jun 2009. SMK Benut telah mewakili Negeri Johor dalam kategori pertandingan Melukis Kain Rentang. Seramai 4 orang pelajar telah menyertai pertandingan tersebut iaitu Mohd Razif Bin Abd Razak, Muhd Taufik Bin Mohd Shah, Nor Halimah Binti Mahadi dan Lua Wei Yuan. Keputusan pertandingan tersebut, SMK Benut yang mewakili Negeri Johor telah berjaya mendapat tempat KETIGA.

Sebelum itu, bagi pertandingan peringkat daerah Pontian yang diadakan pada 16 Mei 2009 dan peringkat negeri Johor pada 29 sehingga 30 Mei 2009 di Mersing. Kedua-dua pertandingan tersebut SMK Benut telah mendapat JOHAN.

Warga SMK Benut mengucapkan syabas dan tahniah atas kecemerlangan tersebut. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Guru Pembimbing Encik Roslan Bin Idris, Ketua Kontijen Encik Mohd Anishak Bin Ahmad serta guru-guru Pengiring.




150620094956.jpg


150620094958.jpg



150620094959.jpg



150620094960.jpg


Gambar Menarik Semasa Pertandingan :