SELAMAT DATANG KE PORTAL WEB RASMI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BENUT, PONTIAN, JOHOR, MALAYSIA. ||| KAMI MENGALU-ALUKAN KUNJUNGAN ANDA ||| TERIMA KASIH



.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:WARGA SMK BENUT MENGUCAPKAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH. TINGKATKAN KECEMERLANGAN DIRI ANDA PADA TAHUN 2013.>>





" 55 Tahun, Janji Ditepati "

" 55 Tahun, Janji Ditepati "

Buletin Terkini SMK Benut


Aktiviti :

Sesi Persekolahan Bermula

Tarikh : 2 Januari 2013
Fokus : Semua warga SMK Benut
Semoga Kecemerlangan Milik Anda


.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Tahniah kepada seramai 7 orang murid mendapat 8A dalam PMR 2012 serta Tahniah SMK Benut menerima 2 Sijil Penghargaan Bilangan Calon Cemerlang Terbanyak PMR dan Peningkatan Peratus 3 tahun berturut-turut daripada PPD Pontian.

Makluman Semua Guru...Sila Isikan Markah Peperiksaan Anda melalui Sistem ini. Harap maklum

Kenali SMK Benut



Buletin SMK Benut

Friday, October 30, 2009

Sekolah Bersih, Pelajar Ceria


30 Oktober 2009 – Aktiviti Program Selepas PMR 2009 pada hari ini telah diisi dengan program yang penuh bermakna kepada para pelajar Tingkatan Tiga, iaitu Penghayatan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, SMK Benut telah melaksanakan satu Program Khidmat Masyarakat dengan tema ‘Sekolah Bersih, Pelajar Ceria’ pada hari ini.

Program Khidmat Masyarakat ini telah dilancarkan oleh Pn. Hjh Andi Audrayanah Binti Md Nor (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid). Program ini diadakan di persekitaran kawasan sekolah SMK Benut dengan objektif melahirkan pelajar yang cinta akan kebersihan dan bangga sebagai warga sekolah. Di samping itu, turut menyumbangkan tenaga untuk memastikan keindahan dan kebersihan sekolah sentiasa terjaga dan terbaik.

Seramai 130 orang pelajar telah dibahagikan kepada 7 seksyen, iaitu kawasan dewan, kantin, surau, tempat letak kereta guru, kawasan persekitaran dataran Keris, dan kawasan bersebelahan bilik guru, dan tapak perhimpunan. Program ini bermula 8.30 pagi dan berakhir 12.10 pagi.

Warga SMK Benut merakamkan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat dalam menjayakan program ini.



Program GILAP PraSPM 2009-2010


29 Oktober 2009 – Program Kecemerlangan SPM 2010, Panitia Bahasa Melayu telah mengorak langkah dengan memastikan kecemerlangan para pelajar Tingkatan Empat Tahun 2009 yang akan melangkah ke Tingkatan Lima tahun 2010 dengan melancarkan satu aktiviti yang dikenali Program Gilap Pra SPM 2010 pada hari ini.

Program Gilap ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh Puan Hajah Rohani Binti Abd Manap (Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Benut). Beliau mengharapkan pelajar yang terpilih, iaitu seramai 99 orang menggunakan peluang ini untuk memperbaiki prestasi kecemerlangan mata pelajaran bahasa Melayu terutama penulisan karangan dengan format yang betul.

Sebelum itu, Puan Afidah Binti Salleh (Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa) telah menerangkan dengan jelas objektif Program Gilap Pra SPM 2010 ini dilaksanakan, iaitu memantapkan kemahiran bahasa dan melatih pelajar untuk membuat penulisan karangan dengan lebih baik struktur ayat. Terdapat 64 jenis karangan (Kertas 1 bahagian A dan bahagian B) yang akan pelajar tulis semula semasa cuti sekolah akhir tahun nanti. Pelajar dikehendaki memulangkan semula karangan yang ditulis semasa mula mendaftar ke tingkatan lima pada tahun 2010.

Amirul Zariq Bin Abd Rahim pelajar Tingkatan 4 Al Farabi telah mengetuai bacaan akujanji bagi mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan bagi pelaksanaan Program Gilap Pra SPM ini mencapai obektifnya.

Diharap program ini dapat mencapai kejayaannya dan seterusnya pencapaian prestasi bahasa Melayu SPM akan terus meningkat.


Wednesday, October 28, 2009

Program Peningkatan Sahasiah Diri SMK Benut


28 Oktober 2009 – Seramai 400 orang pelajar SMK Benut yang terdiri daripada Tingkatan Satu, Dua dan Tiga telah mengikuti Program Peningkatan Sahsiah Diri anjuran Jawatankuasa Peningkatan Sahsiah Diri Daerah Pontian dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid SMK Benut di Dewan Baiduri, SMK Benut pada hari ini. Program bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.

Program sehari ini diadakan dengan objektif membentuk peribadi mulia dan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar, melahirkan insan bertaqwa, cemerlang dan memiliki jati diri yang baik menjunjung perintah dan larangan hukum syarak serta membina insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti ceramah keselamatan dari IPD Pontian oleh Insp. Zulkifli Bin Yahya, ceramah kesihatan oleh Dr. Rohana Binti Akmar dari Pejabat Kesihatan Benut, Ceramah Pendidikan Akhlak oleh Ustaz Mohd Fairuz Bin Ali Akhbar dari Pejabat Agama Johor.

Selain itu, para peserta turut mendapat pelbagai maklumat dan pengetahuan dari pameran yang disediakan oleh pelbagai agensi dan jabatan, iaitu Jabatan Penjara Simpang Renggam, Pusat Kesihatan Pontian, PDRM daerah Pontian, Jabatan Belia dan Sukan (Rakan Muda) Daerah Pontian, Jabatan Agama Islam Daerah Pontian, Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Pontian. Para pelajar juga memberikan sokongan dengan mendaftar sebagai ahli Rakan Muda, Kelab Antidadah dan Kelab Taknak Merokok.

Majlis Perasmian penutup telah dirasmikan oleh Encik Mohd Hafiz Bin Aliman, Penolong Pegawai Daerah Pontian. Beliau menyarankan program seperti ini dapat memberikan pelbagai pengetahuan dan kesedaran mental kepada para peserta. Selain itu, beliau mengharapkan agar semua pelajar sentiasa bermaklumat dan memastikan disiplin diri sentiasa baik dan cemerlang. Turut hadir pada majlis perasmian penutup, Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua SMK Benut), Puan Hajah Andi Audryanah Binti Hj. Md Noor (Guru Penolong Kanan HEM, SMK Benut), Jawatankuasa PIBG, dan Ketua-Ketua Kampung serta ibu bapa yang dijemput hadir.

Warga SMK Benut merakamkan sekalung terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan program peningkatan sahsiah diri dengan jayanya.






RIMUP 2009


22 Oktober 2009 – Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) telah berjaya diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut pada Rabu, 21 Oktober 2009. Program ini anjuran bersama SMK Benut dan SMK Ayer Baloi. Seramai 155 orang pelajar terdiri pelajar Melayu dan pelajar Cina telah mengikuti program ini. Mereka terdiri daripada pelajar Tingkatan Dua dan Tiga.

Program ini diadakan bermatlamat memupuk perpaduan dalam kalangan para pelajar pelbagai kaum di sekolah berintergrasi di antara dua buah. Manakala objektif program ini memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang peranan mereka dalam mewujudkan dan mengekalkan perpaduan kaum, memberi peluang kepada pelajar menghayati sukan dan permainan rakyat serta mewujudkan kerjasama, toleransi, hormat-menghormati dalam kalangan pelajar.

Pada program tersebut, pihak penganjur telah mengundang Jurulatih Utama RIMUP Negeri Johor, iaitu Encik Azman Hasslam dan Mohd Azan Mohd Noor untuk menyampaikan ceramah perpaduan dan seterusnya memimpin keseluruhan program tersebut dengan dibantu oleh 20 orang fasilitator dalam kalangan pelajar PraU SMK Benut.

Majlis perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Puan Hajah Andi Audryanah Binti Haji Mohd Noor (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Benut). Beliau menyarankan kepada peserta program supaya meningkatkan perpaduan dan sentiasa bekerjasama antara satu sama lain dalam setiap perkara.

Pihak penganjur program merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.





Saturday, October 17, 2009

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama SEGUGUS


16 Oktober 2009
– Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Staf SMK Benut telah diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut bermula 8.30 malam. Program ini dianjurkan oleh Kelab SEGUGUS 2009. Program ini dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut). Beliau turut gembira dan mengharapkan program yang diadakan ini dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga SMK Benut. Antara program yang diadakan seperti cabutan bertuah dan nyanyian karaoke. Pengerusi SEGUGUS, merakamkan terima kasih kepada mereka yang hadir. Selamat Hari Raya daripada Kelab SEGUGUS.


Friday, October 16, 2009

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah


16 Oktober 2009 – Sambutan Hari Raya SMK Benut 2009 pada hari ini telah diadakan di kelas pelajar masing-masing dengan menyediakan pelbagai juadah. Program ini bermula jam 10.00 pagi. Tujuan program ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara pelajar dan guru. Warga SMK Benut, mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga SMK Benut…Maaf Zahir dan Batin.





Salam Terima Kasih...


16 Oktober 2009
– Warga SMK Benut merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru praktikum 2009 yang akhirnya berjaya menyelesaikan tugasan praktikumnya di SMK Benut. Warga SMK Benut mengharapkan segala ilmu dan pengalaman dalam mendidik semasa di SMK Benut dapat digunakan dengan sebaiknya. Terima kasih segalanya.



Tuesday, October 13, 2009

Happy Birthday...



13 Oktober 2009
– Selamat Ulang tahun kepada Cikgu Norazlikha pada hari ini…. yang ke-.....Warga SMK Benut mendoakan kebahagiaan, keceriaan, dan berjaya dalam semua perkara yang dilalui…Insyaallah…



Wednesday, October 7, 2009

Semoga Berjaya Cemerlang PMR


7 Oktober 2009
– Warga SMK Benut mendoakan kejayaan yang cemerlang kepada semua pelajar Tingkatan Tiga yang pada hari ini mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).





Tuesday, October 6, 2009

Majlis Restu PMR 2009


6 Oktober 2009 – Majlis Restu Ilmu PMR 2009 telah diadakan pada hari ini kepada semua pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula 7 Oktober 2009 sehingga 13 Oktober 2009. Seramai 204 orang pelajar Tingkatan 3 yang akan mengambilnya.


Program ini merupakan anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Benut. Program ini diadakan bertujuan memberikan keizinan ilmu yang dicurahkan kepada anak didik, memberikan amanat tentang pentingnya ilmu yang baik untuk dunia dan akhirat, mengeratkan hubungan kemanusiaan antara penduduk dengan pelajar serta membantu mengurangkan stress dan meningkatkan semangat juang kepada pelajar.


Program ini dirasmikan oleh Encik Hamid Bin Selamat (Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Pontian). Beliau memberi amanat kepada semua pelajar Tingkatan Tiga supaya menjaga kesihatan, menjawab soalan dengan penuh yakin dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang dalam meningkatkan prestasi kelulusan sekolah, daerah dan peringkat negeri Johor.


Semua pelajar Islam seterusnya ke Surau untuk mengikuti program bacaan Yassin dan solat hajat manakala pelajar bukan Islam mengikuti program moral.


Pengetua SMK Benut, iaitu Encik Hasnan Bin Jaffar turut menyampaikan amanat kepada para pelajar Tingkatan Tiga supaya menjaga kesihatan diri, mengulang kaji pelajaran dan mendoakan kejayaan cemerlang dan mengharapkan sasaran kelulusan prestasi 70% akan tercapai. Beliau turut berjanji akan memberikan hadiah kepada pelajar cemerlang dan juga kepada pelajar yang lulus semua mata pelajaran. Pada majlis tersebut juga, majlis mohon restu ibu bapa dan guru-guru turut diadakan.


Diharapkan agar para pelajar jelas di dalam mindanya bahawa guru-guru redha dalam mencurahkan segala ilmu yang baik demi kejayaan cemerlang mereka. PMR yang bakal menjelang ada kalanya memberi tekanan kepada para pelajar. Semoga dengan adanya majlis ini dapat meningkatkan semangat juang dan keyakinan pelajar untuk menghadapi PMR.


Warga SMK Benut mendoakan kejayaan cemerlang kepada semua pelajar Tingkatan Tiga. Anda BOLEH jika anda BERSUNGGUH-SUNGGUH ingin kejayaan CEMERLANG.






Saturday, October 3, 2009

Pesta Tanglung 2009


3 Oktober 2009 – Pesta Tanglung telah diadakan oleh Persatuan Bahasa Cina dan Persatuan Pendidikan Moral dan Program Kecemerlangan Pelajar Cina pada hari ini. Pesta Tanglung ini telah dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar, Pengetua SMK Benut.

Pelbagai persembahan kebudayaan masyarakat Cina yang mempersonakan telah dipersembahkan oleh para pelajar Cina kepada para tetamu seperti Tarian Singa, Tarian Zapin, Tarian Kipas dan banyak lagi.

Info Pesta Tanglung :-

Di Malaysia, disambut pada hari ke-15 bulan pertama Tahun Baru Cina iaitu semasa bulan penuh.

Bentuk asal tanglung tidak banyak berubah dari dahulu. Kebiasaannya tanglung diperbuat daripada kertas dan rangkanya daripada buluh. Tetapi ada juga tanglung diperbuat dari sutera dan kain.

Semasa pemerintahan Dinasti Song, tanglung-tanglung diperbuat dari kaca dan permata digunakan sewaktu menyambut pesta dan perayaan. Di negara China, tanglung yang mudah dan ringkas bentuknya digunakan untuk menerangi jalan masuk ke rumah, digantung di tiang sampan, di luar rumah, dan kedai. Kanak-kanak sekolah juga diajar membuat tanglung.

Semasa musim luruh, mereka mengadakan pesta tanglung sebagai tanda berakhirnya musim Tahun Baru Cina dan meraikan kedatangan cahaya dan musim bunga.

Tanglung yang pelbagai bentuk dan warna digantung di merata-rata tempat.

Sudah menjadi tradisi masyarakat Cina menggantung tanglung semasa malam bulan penuh ini. Kadang-kadang mereka menulis puisi dan teka-teki pada tanglung-tanglung dan cuba menyelesaikannya.

Dalam masyarakat Cina, tanglung bukan hanya perhiasan. Ia digunakan dalam majlis tertentu untuk mengalu-alukan tetamu, untuk menghebahkan kelahiran, kematian, atau amaran bahaya.

Warna serta tempat di mana tanglung digantung membawa makna tertentu. Contohnya, mereka yang baru menyambut kelahiran bayi atau perkahwinan akan menggantung tanglung berwarna merah di pintu rumah. Hal ini sebagai tanda kemeriahan dan kegembiraan kerana warna merah membawa maksud tenaga dan kecergasan.

Tanglung merah juga digunakan semasa perayaan atau keraian, seperti perayaan Tahun Baru Cina.




Friday, October 2, 2009

Amanat Tuan Pengetua SMK Benut


2 Oktober 2009 – Amanat Pengetua SMK Benut, Encik Hasnan Bin Jaffar kepada para pelajar Tingkatan Tiga telah diadakan pada hari ini. Beliau mengharapkan para pelajar supaya menjaga kesihatan diri, mengulang kaji pelajaran dengan lebih bersungguh-sungguh di saat masa yang masih ada, menumpukan perhatian sepenuhnya dalam pelajaran, dan seterusnya mengharapkan pelajar berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan PMR dan seterusnya meningkatkan sasaran 70% kelulusan peringkat sekolah.


Pada majlis tersebut juga, para pelajar turut menonton VCD yang mengandungi amanat Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Haji Sufa’at Bin Tumin.





Thursday, October 1, 2009

PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) TAHUN 2009


KENYATAAN AKHBAR


MENGENAI
PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) TAHUN 2009

Peperiksaan bertulis PMR akan diadakan di seluruh negara pada 7, 8, 9 Oktober 2009 dan berterusan pada 12 dan 13 Oktober 2009.

Jumlah Keseluruhan Calon yang akan menduduki peperiksaan PMR tahun ini ialah seramai 475,182 orang.

Jumlah Calon Kementerian adalah seramai 442,611 orang calon. Jumlah Calon Swasta yang mendaftar ialah 13,561 orang. Calon Persendirian pula berjumlah 338 orang. Seramai 4,150 orang merupakan calon MRSM dan Sekolah Perantis Tentera. Sekolah Agama Rakyat mencatatkan jumlah calon seramai 1,288 orang calon manakala dari Sekolah Agama Negeri pula terdapat 13,234 calon yang akan menduduki peperiksaan PMR tahun ini.

Negeri Selangor mencatatkan jumlah calon paling ramai iaitu 77,826 orang calon manakala Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan jumlah calon paling kecil iaitu seramai 1,154 calon.

Sebanyak 3496 pusat peperiksaan dengan 28,028 orang petugas peperiksaan telah disediakan untuk mengendalikan peperiksaan tersebut.

Lembaga Peperiksaan ingin mengingatkan semua calon agar mereka sentiasa merujuk Jadual Waktu Peperiksaan untuk butiran tentang masa peperiksaan, peringatan kepada calon, arahan-arahan serta amaran yang perlu dipatuhi semasa menduduki peperiksaan. Mereka juga dikehendaki membawa Kad Pengenalan dan Borang Perakuan Calon Peperiksaan PMR 2009 masing-masing pada setiap masa mereka berada di bilik atau dewan peperiksaan. Ini adalah penting bagi menjamin pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan denga lancar.

Lembaga Peperiksaan juga suka mengingatkan semua calon yang akan menduduki peperiksaan supaya bersedia dan membuat persiapan awal yang perlu untuk menghadapi sebarang keadaan yang mungkin menghalang atau menyebabkan mereka tergendala untuk sampai ke pusat peperiksaan mengikut jadual. Pada masa yang sama, calon-calon diminta sentiasa peka dan mengikuti perkembangan terkini melalui media massa sekiranya berlaku sebarang pindaan jadual atau perubahan pusat peperiksaan.

Lembaga Peperiksaan telah mengeluarkan satu pekeliling berkaitan Garis Panduan Menghadapi Wabak Penyakit yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan kepada semua sekolah. Garis panduan ini menghendaki pelajar dan keluarganya mengikuti perkembangan wabak penyakit dan peka kepada maklumat terkini terutama dari KPM serta mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh KPM dan KKM. Ibu bapa atau penjaga perlu menasihatkan anak-anak agar mengikut panduan penjagaan kesihatan dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan virus H1N1 daripada terus merebak. Pelajar dan keluarganya juga dikehendaki memaklumkan kepada pihak sekolah / PPD / JPN / Lembaga Peperiksaan sekiranya terdapat tanda-tanda mereka dijangkiti wabak penyakit tersebut.

Bilik Gerakan PMR akan beroperasi di Lembaga Peperiksaan dibuka dari 30 September 2009 hingga 14 Oktober 2009. Waktu operasi ialah dari jam 6.45 pagi hingga 7.00 malam.

Bilik Gerakan ini boleh dihubungi melalui nombor-nombor berikut:
03-8889 3601 / 03-8889 3809 / 03-8889 3582 / 03-8889 3520 / 03-8889 3551 / 03-8889 3030 / 03-8889 3095.
No. Faksimili ialah 03-8889 3010 / 03-8889 5561 / 03-8889 3445.
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Malaysia
Putrajaya
28 September 2009

Makluman kepada semua pelajar Tingkatan 3, SMK Benut, sekiranya terdapat masalah pada hari peperiksaan tersebut...sila hubungi nombor telefon yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti Program Gerakan Payung dan Skuad Cegah H1N1. Harap maklum.


Cuti Sekolah


Sebab : Muet Tingkatan 6 dan PMR Tingkatan 3 Tahun 2009


Kelas-kelas berikut akan dicutikan mengikut tarikh dan ketetapan berikut :


Tarikh

Tingkatan

5 Oktober 2009 (Isnin)

4 Ibnu Sina dan 4 Ibnu Rusyd

6 Oktober 2009 (Selasa)

4 Ibnu Sina dan 4 Ibnu Rusyd

7 Oktober 2009 (Rabu)

Semua Tingkatan 1 dan Tingkatan 2

8 Oktober 2009 (Khamis)

Semua Tingkatan 1 dan Tingkatan 2

9 Oktober 2009 (Jumaat)

Semua Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

12 Oktober 2009 (Isnin)

Semua Tingkatan 2 dan Tingkatan 4

13 Oktober 2009 (Selasa)

Semua Tingkatan 1 dan Tingkatan 2


Sekian, harap maklum.


TABUNG PEMBANGUNAN INSAN

Warga SMK Benut's Fan Box

Warga SMK Benut on Facebook

PERASMIAN PELANCARAN PORTAL RASMI SEKOLAH OLEH

YANG BERHORMAT DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Merangkap Ketua Biro Penerangan UMNO dan Ahli Parlimen Pontian
Pada hari Sabtu, 3 MAC 2012, jam 11.00 pagi.


bertempat di Dewan Baiduri, SMK Benut semasa Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34
<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>


PENAFIAN:

SMK BENUT, PONTIAN, JOHOR
TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKKAN
YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DARI LAMAN WEB INI

PAPARAN TERBAIK : 1024 X 768 px [IE/FF]

Hakcipta Terpelihara © SMK Benut 2013

Hubungi Kami

SMK Benut, Jalan Jaafar, 82200 Benut, Pontian, Johor.

E-mail : jee6017smkb@gmail.com
Facebook : www.facebook.com/smkbenut

Tel : 07-6903254
Faks : 07-6906613