SELAMAT DATANG KE PORTAL WEB RASMI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BENUT, PONTIAN, JOHOR, MALAYSIA. ||| KAMI MENGALU-ALUKAN KUNJUNGAN ANDA ||| TERIMA KASIH



.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:WARGA SMK BENUT MENGUCAPKAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH. TINGKATKAN KECEMERLANGAN DIRI ANDA PADA TAHUN 2013.>>





" 55 Tahun, Janji Ditepati "

" 55 Tahun, Janji Ditepati "

Buletin Terkini SMK Benut


Aktiviti :

Sesi Persekolahan Bermula

Tarikh : 2 Januari 2013
Fokus : Semua warga SMK Benut
Semoga Kecemerlangan Milik Anda


.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Tahniah kepada seramai 7 orang murid mendapat 8A dalam PMR 2012 serta Tahniah SMK Benut menerima 2 Sijil Penghargaan Bilangan Calon Cemerlang Terbanyak PMR dan Peningkatan Peratus 3 tahun berturut-turut daripada PPD Pontian.

Makluman Semua Guru...Sila Isikan Markah Peperiksaan Anda melalui Sistem ini. Harap maklum

Kenali SMK Benut



Buletin SMK Benut

Friday, January 29, 2010

Warga SMK Benut Turut Berkabung


29 Januari 2010 – Bacaan Yassin dan Tahlil pada hari ini oleh Warga SMK Benut telah diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut. Warga SMK Benut turut berkabung atas kemangkatan Sultan Johor yang amat dikasihi.















Saturday, January 23, 2010

Al Fatihah


23 Januari 2010 - Dukacita dimaklumkan secara rasmi DYMM Sultan Johor telah mangkat. Oleh itu, sekolah dicutikan esok (23 Januari 2010), hari sekolah ganti akan ditentukan kemudian dan semua aktiviti dibatalkan. Sekian, terima kasih...makluman daripada Pengarah Pelajaran Negeri Johor...

Al Fatihah...

Tuesday, January 19, 2010

Semakan Kemasukan Ke Sekolah Teknik & Vokasional Serta Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2010


19 Januari 2010
- Para pelajar Tingkatan 3 Tahun 2009 yang membuat permohonan ke sekolah Teknik dan Vokasional Tahun 2010 boleh membuat semakan mulai hari ini di laman web berikut :

Sila klik di sini



Keputusan permohonan ke sekolah berasrama penuh sesi 2010

Sila klik di sini

Tahniah atas kejayaan anda...

Monday, January 18, 2010

Tahniah Pelajar PMR 2009


18 Januari 2009 – Warga SMK Benut merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada 3 orang pelajar kelas 3 Al Biruni dari 31 orang Tahun 2009 yang telah berjaya lulus semua lapan mata pelajaran dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2009.

Ianya merupakan janji pihak pentadbir SMK Benut yang akan memberikan hadiah sekiranya para pelajar kelas 3 Al Biruni (kelas terakhir dari 6 kelas keseluruhan Tingkatan 3 tahun 2009).

Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut) telah sudi menyampaikan hadiah penghargaan kepada pelajar tersebut.

Diharap semua pelajar lain dapat mencontohi dan berusaha dengan cemerlang dalam pelajaran.








Syabas Pasukan Catur SMK Benut


18 Januari 2009
– SMK Benut telah menyertai Pertandingan Catur MSSM Johor Peringkat Daerah Pontian Tahun 2010 yang diadakan selama 2 hari, iaitu 13 – 14 Januari 2010 bertempat di SMK Pt Betak, Pontian, Johor.


SMK Benut telah menyertai semua kategori, iaitu Lelaki 18, Perempuan 18, Lelaki 15 dan Perempuan 15.

Dalam pertandingan tersebut, SMK Benut telah berjaya mendapat tempat. Berikut keputusan rasmi kemenangan yang diperolehi oleh Pasukan SMK Benut.


Nama Pelajar
Kategori
Kejayaan
Amir Hamzah Bin Hj Mohamad Rahman

Lelaki 15
Johan
Aina Atiqah Binti Johari
Perempuan 15
Naib Johan
Nurul Hazirah Binti Sawalludin
Perempuan 18
Ketiga
Nurul Haziqah Binti Sawalludin
Perempuan 18
Keenam
Nurul Erna Erdayu Binti Salip
Perempuan 15
Ketujuh
Muhammad Danial Hishamuddin Bin Isa
Lelaki 18
Kelapan


Warga SMK Benut merakamkan sekalung penghargaan dan syabas atas kejayaan pasukan SMK Benut. Tidak lupa juga kepada Pengurus dan Jurulatih, iaitu Encik Abdul Rahman Bin Zainal dan Puan Siti Rohani Binti Hassan Basari atas kejayaan tersebut.














Wednesday, January 13, 2010

Minggu Orientasi Penghuni Asrama SMK Benut 2010



13 Januari 2010 – Minggu Orientasi Pelajar Asrama SMK Benut telah diadakan bermula hari ini. Seramai 33 orang pelajar telah mendaftar sebagai penghuni Asrama SMK Benut yang terdiri 19 orang pelajar lelaki dan 14 orang pelajar perempuan.

Program ini diadakan bagi mengeratkan tali persaudaraan dan mengetahui peraturan-peraturan sebagai penghuni asrama SMK Benut.

Program ceramah motivasi bertajuk pengurusan masa telah diberikan oleh Encik Anishak Bin Ahmad (Guru Kaunselor, SMK Benut). Seterusnya ceramah bertajuk Rahsia Solat telah disampaikan oleh Encik Ismail Bin Ali (Guru Motivasi dan Kerohanian, SMK Benut dan juga merupakan Pengerusi Kelab Remaja Ikatan Muslimin, KRIM Johor).

Diharap program yang disusun oleh pihak Pengurusan Asrama dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid SMK Benut dapat memberikan banyak maklumat dan panduan kepada para penghuni Asrama SMK Benut.



Pelajar Asrama 
SMK Benut 2010

Ceramah Motivasi oleh
En. Anishak Bin Ahmad
(Guru Kaunselor SMK Benut)


Ceramah Motivasi oleh

Encik Ismail Bin Ali



Amanat Khas oleh
En. M. Fairol Hisham Bin Hassan
(Ketua Warden Asrama)


Ceramah Motivasi

Ceramah Motivasi


Post Mortem Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 / 2009

13 Januari 2010 – Post Mortem Peperiksaan Akhir Tahun Pelajar Tingkatan Empat 2009 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Guru, SMK Benut pada hari ini. Mesyuarat bermula pukul 2.30 pagi dengan dihadiri guru-guru yang mengajar pelajar tingkatan empat dan lima.
Turut hadir pada mesyuarat Tuan Pengetua SMK Benut, Encik Hasnan Bin Jaffar.
Mesyuarat tersebut diadakan bagi mengenal pasti pencapaian dan tahap sasaran yang akan dilaksanakan dengan program-program yang sesuai bagi meningkatkan prestasi SPM bagi tahun 2010 
















Tahniah Pelajar Cemerlang PMR 2009



11 Januari 2010 – Penyampaian Hadiah Cemerlang kepada para pelajar yang mencapai prestasi kecemerlangan dalam Penilaian Menengah Rendah 2009  telah diadakan pada hari ini semasa perhimpunan rasmi pada hari ini. Hadiah Cemerlang disumbangkan daripada Koperasi SMK Benut. Penyampaian Hadiah Cemerlang tersebut telah disampaikan oleh Puan Hajah Rohani Binti Abd Manaf (Guru Penolong Kanan Pentadbiran).

Warga SMK Benut merakamkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada para pelajar yang menerimanya. Semoga kejayaan cemerlang berterusan kepada para pelajar yang lain.












Monday, January 11, 2010

Selamat Datang dan Selamat Bertugas


4 Januari 2010 – Warga SMK Benut mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada guru-guru baru dan staf sokongan yang diamanahkan untuk bertugas di SMK Benut, Pontian, Johor. Selamat Bertugas.    

 EN. MOHD KHAIRUL BIN ZAINAL
(GURU BARU)



 EN. MOHD MUZAMMIL BIN RAUPON
(GURU BARU)


 PN. NOORHAYATI BINTI MOHD NOOR
(GURU BARU)



 EN. NORDIN BIN ALI
(N22 KETUA PEM. TADBIR)


 EN. AMAT NORDIN BIN IBRAHIM
(N1 PEM. AM PEJABAT)


 CIK ZURAIDAH BINTI OTHMAN
(N17 PEM. TADBIR)



Terima Kasih dan Selamat Berpisah


4 Januari 2010 – Warga SMK Benut mengucapkan terima kasih dan selamat bertugas kepada guru-guru dan staf sokongan yang berjaya mohon untuk berpindah dan bertugas di tempat baru. Kami mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan selama berkhidmat di SMK Benut dan seterusnya  Selamat Bertugas di sekolah baru.




EN. ARBAEN BIN
                   HANAFFI



 PN. AZNAH BINTI SALIM




 PN. NOORAZILA BINTI ISHAK


 PN. SITI NORZILA BINTI TUMIN



PN. SITI SALYENA BINTI PUNGOT



 PN. SITI AMINAH BINTI AWANG TEH


 EN. MOHAMAD RIZAL BIN RASHIP
(N1 PEM. AM PEJABAT)



PN. FIRUZ BINTI ATTAN (PT N17)







TABUNG PEMBANGUNAN INSAN

Warga SMK Benut's Fan Box

Warga SMK Benut on Facebook

PERASMIAN PELANCARAN PORTAL RASMI SEKOLAH OLEH

YANG BERHORMAT DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Merangkap Ketua Biro Penerangan UMNO dan Ahli Parlimen Pontian
Pada hari Sabtu, 3 MAC 2012, jam 11.00 pagi.


bertempat di Dewan Baiduri, SMK Benut semasa Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34
<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>


PENAFIAN:

SMK BENUT, PONTIAN, JOHOR
TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKKAN
YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DARI LAMAN WEB INI

PAPARAN TERBAIK : 1024 X 768 px [IE/FF]

Hakcipta Terpelihara © SMK Benut 2013

Hubungi Kami

SMK Benut, Jalan Jaafar, 82200 Benut, Pontian, Johor.

E-mail : jee6017smkb@gmail.com
Facebook : www.facebook.com/smkbenut

Tel : 07-6903254
Faks : 07-6906613