Wednesday, March 31, 2010

Perlawanan Sepak Takraw L15 MSSD Pontian 2010


31 Mac 2010 – Perlawanan Sepak Takraw L15 peringkat MSSD Pontian telah bermula pada hari ini di dua tempat, iaitu di Dewan Baiduri, SMK Benut dan Dewan Orang Ramai Benut bermula jam 9.00 pagi dan tamat jam 3.00 petang.

Sebanyak 10 buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Pontian telah menghantar peserta dalam perlawanan tersebut, iaitu SMK Benut, SMA An-nur, SMK Sri Tanjung, SMK Ayer Baloi, SMK Telok Kerang, SMK Dato Ali Hj Ahmad, SMK Dato’ Penggawa Barat, SMK Dato’ Mohd Yunos Sulaiman, SMK Seri Perhentian dan Maktab Rendah Sains Mara, Pontian.

Perlawanan mengikut kumpulan dan dalam pusingan kalah mati. Kumpulan yang menjuarai pertandingan akan ke peringkat suku akhir dan seterusnya ke peringkat akhir.

Keputusan rasmi perlawanan ini dimenangi oleh :

Pasukan Sekolah
Keputusan
SMK DATO’ ALI HAJI HASSAN      (KUMP. A)
JOHAN
SMK BENUT                                        (KUMP. B)
NAIB JOHAN
SMK BENUT                                        (KUMP. A)
KETIGA
SMK DATO’ PENGGAWA BARAT   (KUMP. B)
KEEMPAT

Sijil dan piala telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd. Rohman bin Sangkerah (Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Benut).

Tahniah dan syabas kepada pasukan yang berjaya dengan cemerlang dan yang tidak berjaya, berusaha lagi di tahun hadapan. Insyaallah.

 Pasukan Bola Sepak L15
SMK Dato' Ali Haji Ahmad
Pasukan Bola Sepak L15
SMK Benut
 Johan
 Naib Johan
 Ketiga
 Keempat
 Urusetia
 Urusetia








Perlawanan Sepak Takraw L18 MSSD Pontian 2010


30 Mac 2010 – Perlawanan Sepak Takraw L18 peringkat MSSD Pontian telah bermula pada hari ini di dua tempat, iaitu di Dewan Baiduri, SMK Benut dan Dewan Orang Ramai Benut bermula jam 9.00 pagi dan tamat jam 6.00 petang.

Sebanyak 10 buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Pontian telah menghantar peserta dalam perlawanan tersebut, iaitu SMK Benut, SMK Agama An-nur, SMK Sri Tanjung, SMK Ayer Baloi, SMK Telok Kerang, SMK Dato' Ali Hj Ahmad, SMK Dato’ Penggawa Barat, SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman, SMK Seri Perhentian dan Maktab Rendah Sains Mara, Pontian.

Perlawanan mengikut kumpulan dan dalam pusingan kalah mati. Kumpulan yang menjuarai pertandingan akan ke peringkat suku akhir dan seterusnya ke peringkat akhir.

Keputusan rasmi perlawanan ini dimenangi oleh :

Pasukan Sekolah
Keputusan
SMK DATO’ MOHD YUNOS SULAIMAN
(KUMP. A)
JOHAN
SMK DATO’ ALI HAJI AHMAD    
(KUMP. A)
NAIB JOHAN
SMK DATO’ ALI HAJI AHMAD     
(KUMP. B)
KETIGA
SMK AGAMA  AN NUR                                  
(KUMP. B)
KEEMPAT

Sijil dan piala telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd. Rohman bin Sangkerah (Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Benut).

Tahniah dan syabas kepada pasukan yang berjaya dengan cemerlang dan yang tidak berjaya, berusaha lagi di tahun hadapan. Insyaallah.

 Johan ~ Pasukan Sepak Takraw L18
SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman
 Naib Johan ~ Pasukan Sepak Takraw L18 
SMK Dato' Ali Haji Ahmad

 Pengurus Pasukan Sepak Takraw L18

Urusetia Pertandingan Sepak Takraw



 Pasukan Sepak Takraw L18, SMK Benut




Tuesday, March 30, 2010

Latihan PKBM Cuti Persekolahan 2010


30 Mac 2010 – Seramai 16 orang pelajar ahli Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) SMK Benut telah mengikuti Latihan Kawat Kaki dan Menembak selama 7 hari 6 malam bermula 12 Mac sehingga 18 Mac bertempat di Kem PULADA Tentera, Tebrau, Johor.


Kursus ini bertujuan untuk melatih ahli PKBM supaya mengetahui aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan ketenteraan. 

Sebanyak 4 buah sekolah yang dipilih (SMK Dato’ Penggawa Barat, SMK Tinggi Muar, SMK Tun Perak dan SMK Benut) untuk menyertai kursus ini supaya dapat memilih satu pasukan bagi mewakili negeri Johor.

Antara aktiviti yang dijalankan, iaitu latihan menembak, kawat kaki bersenjata, merentas kem, mempelajari teknik kompas dan permainan sukan.












Tahniah Pasukan Petanque Wanita SMK Benut


29 Mac 2010 – Pada 27 Mac 2010, bertempat di Batu Pahat di gelanggang petanque Taman Flora Batu Pahat berlangsung pertandingan Petanque Angkasa kategori sekolah, peringkat Negeri Johor. SMK Benut mewakili daerah Pontian dalam bahagian wanita. Keputusan perlawanan :

Menang berlawan dengan Batu Pahat
11 - 7
Menang berlawan dengan Pasir Gudang
11 – 3
Menang berlawan dengan Kulai
11 – 3
Menang berlawan dengan Segamat
11 – 2

Keputusan : Johan Kumpulan.
Separuh Akhir berlawan dengan Johor Bahru, menang 11 – 1.
Walau bagaimanapun, hanya berjaya mendapat Naib Johan apabila bertemu dengan Batu Pahat dengan mata 8 – 11.

Pengurus          :  Encik Md. Anishak Bin Ahmad
Juru latih           :  Encik Abdul Rahman Bin Zainal
Pemain             :  1. Nor Sahirin Binti Mat Sarip (Pra U4)
                           2. Nur Ili Farhana Binti Baharudin (4RK)
                           3. Nurul Husn Binti Saiman (4IR)

Warga SMK Benut merakamkan sekalung penghargaan dan syabas kepada pasukan petanque wanita SMK Benut.




Lawatan Sambil Belajar Persatuan Pendidikan Moral SMK Benut


29 Mac 2010 - Persatuan Pendidikan Moral, SMK Benut telah mengadakan lawatan kasih sayang sambil belajar ke Kelantan selama tiga hari satu malam. Lawatan ini diadakan pada 18, 19 dan 20 Mac 2010.

Objektif program lawatan ini untuk menyemaikan sikap baik hati dan kasih sayang sesama insan, melahirkan sikap murah hati membantu manusia yang serba kekurangan, memupuk semangat kekitaan dan bekerjasama. Seramai 36 orang pelajar tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 dengan diiringi oleh guru penasihat, iaitu Encik Aw Koh Shai yang mengikuti program ini.

Antara tempat yang dilawati dalam program ini, iaitu kraf tangan, pusat pembuatan batik, muzeum kraf tangan, Wat Phhotivihan Janbu, Reclining Buddha, Rumah Seri Kenangan, Pantai Cahaya Bulan, pasar malam wakaf Che Yeh, dan  Pasar Siti Khadijah Kota Bharu dan Bazaar Buluh Kubu.












Dilaporkan oleh : AU LI XIAN (Setiausaha, Persatuan Pendidikan Moral)