30 Jun 2010 – Senaman pagi sempena Sambutan Hari Koperasi Sekolah telah berjaya diadakan pada pagi ini di tapak perhimpunan SMK Benut. Penglibatan para pelajar yang menyertai aktiviti ini mendapat kerjasama yang menggalakkan. Kegembiraan kelihatan semasa aktiviti ini dijalankan. Semoga aktiviti seperti ini diteruskan untuk masa akan datang.
Wednesday, June 30, 2010
Senaman Pagi Hari Koperasi Sekolah
Posted by
Sekolah Menengah Kebangsaan Benut
at
Wednesday, June 30, 2010
No comments:
Links to this post
Tuesday, June 29, 2010
Selamat Bertugas dan Tahniah
29 Jun 2010 – Warga SMK Benut mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada PUAN HAZLINA BINTI HASHIM yang mula berkhidmat di SMK Benut bermula 21 Jun 2010. Beliau sebelum ini bertugas di SMK Senggarang, Batu Pahat, Johor. Beliau menerima pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang pengkhususan Biologi / Sains.
Warga SMK Benut turut mengucapkan penghargaan sekalung tahniah dan syabas kepada ENCIK MOHD TAZRUDIN BIN MOHD TAMIN yang dilantik sebagai Pemangku Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bagi urusan penjawatan Guru Tingkatan 6 (Akademik – Pendidikan Seni Visual) dengan Memangku Gred DG44.
Posted by
Sekolah Menengah Kebangsaan Benut
at
Tuesday, June 29, 2010
No comments:
Links to this post
Hari Koperasi Sekolah 2010
28 Jun 2010 – Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) tahun 2010 telah dirasmikan oleh Encik Hasnan bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut) pada hari ini di tapak perhimpunan, SMK Benut bermula jam 8.00 pagi. Beliau turut merasmikan Wakaf Koperasi dan menanam pokok sebagai tanda pelancaran sambutan Hari Koperasi Sekolah.
Sambutan Hari Koperasi Sekolah diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jati diri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi. Tema sambutan Hari Koperasi Sekolah kali ini ialah Kreativiti dan Inovasi Memperkasakan Koperasi Sekolah.
Pada majlis tersebut juga, bacaan perutusan daripada Yang DiPertua Angkasa, YB Menteri Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan dan YB Menteri Pelajaran Malaysia turut dibacakan kepada para pelajar. Pelbagai aktiviti telah disusun untuk menjayakan majlis ini, iaitu pertandingan fotografi, senaman pagi, penanaman pokok, kuis hari koperasi sekolah, ceramah perbankan dan pameran. Semua warga SMK Benut dijemput untuk bersama-sama menyertainya.
Warga SMK Benut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Koperasi SMK Benut Pontian Berhad yang banyak menyumbang dari aspek kewangan kepada pihak sekolah.
Posted by
Sekolah Menengah Kebangsaan Benut
at
Tuesday, June 29, 2010
No comments:
Links to this post
Sunday, June 27, 2010
Kursus Dalam Perkhidmatan - GURU
26 Jun 2010 – Kursus Dalam Perkhidmatan kepada para pendidik SMK Benut telah berjaya diadakan di Bilik Mesyuarat Guru, SMK Benut bermula jam 8.30 pagi. Kursus yang bertajuk ‘GURU’ telah disampaikan dengan cukup cemerlang daripada Encik Mohamed Rahmat Bin Md Yasin (Timbalan Pengarah), Institut Pendidikan Guru, Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.
Semoga maklumat dan penjelasan yang diberikan semasa kursus ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya sebagai seorang pendidik.
Posted by
Sekolah Menengah Kebangsaan Benut
at
Sunday, June 27, 2010
No comments:
Links to this post
Program ABJZ Pelajar Tingkatan Satu dan Dua
26 Jun 2010 – Program Motivasi Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) telah berjaya diadakan di Dewan Baiduri SMK Benut bermula 8.00 pagi. Program selama satu hari dengan sasaran program ini kepada para pelajar Tingkatan Satu dan Dua.
Program ini merupakan anjuran Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama para guru ROS yang membuat latihan selama 2 minggu di SMK Benut.
Majlis perasmian penutup program ini dilaksanakan oleh Puan Afidah Binti Salleh (Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa, SMK Benut). Beliau menyeru dan mengharapkan supaya semua pelajar yang mengikuti program ini dapat banyak pengetahuan yang berguna dan memastikan menjadi pelajar yang berguna kepada keluarga, sekolah, masyarakat dan negara.
Posted by
Sekolah Menengah Kebangsaan Benut
at
Sunday, June 27, 2010
No comments:
Links to this post
Wednesday, June 2, 2010
Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Pontian 2010
31 Mei 2010 – Sambutan Hari Guru peringkat Daerah Pontian 2010 telah berjaya diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut, Pontian, Johor pada hari ini bermula jam 2.30 petang. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pontian).
Pelbagai acara telah disusun antaranya majlis penyampaian cenderamata oleh perasmi kepada enam orang bekas guru sebagai tanda ingatan yang beliau pernah mendapat didikan daripada mereka. Seterusnya, penyampaian anugerah khas dan penganugerahan Tokoh Guru Tahun 2010 kepada Tuan Haji Mohd Yusop Bin Haji Ibrahim. Tahniah dan syabas diucapkan.
Posted by
Sekolah Menengah Kebangsaan Benut
at
Wednesday, June 02, 2010
No comments:
Links to this post
PERASMIAN PELANCARAN PORTAL RASMI SEKOLAH OLEH
YANG BERHORMAT DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Merangkap Ketua Biro Penerangan UMNO dan Ahli Parlimen Pontian
Pada hari Sabtu, 3 MAC 2012, jam 11.00 pagi.
bertempat di Dewan Baiduri, SMK Benut semasa Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34
PENAFIAN:
SMK BENUT, PONTIAN, JOHOR
TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKKAN
YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DARI LAMAN WEB INI
PAPARAN TERBAIK : 1024 X 768 px [IE/FF]
Hakcipta Terpelihara © SMK Benut 2013
SMK Benut, Jalan Jaafar, 82200 Benut, Pontian, Johor.
E-mail : jee6017smkb@gmail.com
Facebook : www.facebook.com/smkbenut
Tel : 07-6903254
Faks : 07-6906613




































































