Friday, July 30, 2010

Kem Sinar Cemerlang Pendidikan Islam PMR dan SPM 2010


28 Julai 2010 – Kem Sinar Cemerlang Pendidikan Islam PMR dan SPM sekolah-sekolah daerah Pontian telah berjaya diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut pada hari ini. Kem bermula 8.00 pagi dan berakhir 5.00 petang dengan penyertaan 60 orang pelajar SPM dan 60 orang pelajar PMR.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Wahid Bin Mohd Yusof (Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pontian, Pengurusan Kualiti).






















Tuesday, July 27, 2010

Program 'Score A Star Student' Siri Kedua


27 Julai 2010
– Program ’Score A Star Student’ perjumpaan kali kedua telah berjaya diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut bermula pada pukul 3.30 petang. Program selama 2 jam ini telah diberikan oleh Yang Berbahagia Dr. Abd Halek A Rahman atau lebih dikenali dengan Pak Anjang dari Syarikat Wowcooching yang bertempat di Austin Perdana, Johor Bahru.

Program kedua yang diberikan tajuk ’I Love Exam’ lebih menjurus persediaan para pelajar untuk menghadapi peperiksaan, iaitu malam peperiksaan, hari peperiksaan dan mula peperiksaan. Pelbagai petua dan kemahiran turut diberikan bagi membakar semangat dan keyakinan kepada para pelajar yang mengikuti program ini untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan terutamanya PMR dan SPM pada tahun ini.




















Program Skor A SPM Tahun 2010


26 Julai 2010 – Program Skor A SPM Teknik menjawab soalan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu SPM telah berjaya diadakan kepada para pelajar tingkatan 5 Al Kindi pada hari ini. Pihak sekolah telah mengundang khas penceramah yang banyak pengalaman dalam mata pelajaran ini, iaitu Tuan Haji Rosli Bin Bakir (Guru Penolong Kanan Satu) SMK Dato Mohd Yunos Sulaiman, Pontian, Johor.
Semoga pelajar yang mengikuti program ini dapat meningkatkan lagi pencapaian pelajarannya dengan lulus lebih cemerlang terutamanya mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dan seterusnya pencapaian cemerlang dalam SPM tahun ini.










Kem Selangkah Berjaya Sains PMR 2010


26 Julai 2010 – Kem Selangkah Berjaya Sains PMR telah berjaya diadakan pada hari ini kepada para pelajar kelas 3 Al Kindi dan 3 Al Biruni. Teknik kemahiran menjawab soalan mata pelajaran Sains PMR telah disampaikan oleh Puan Faridah Binti Tahir dengan dibantu oleh Encik Mohd Nor Firdaus Bin Ngamar dan Puan Hjh Azhariah Binti Omar. Semoga kem yang diadakan ini dapat meningkatkan lagi kelulusan mata pelajaran Sains terutamanya kepada para pelajar yang mengikuti kem ini.