Friday, August 27, 2010

Tazkirah Sempena Nuzul Al-Quran


27 OGOS 2010 – Majlis Ilmu sempena Nuzul Al-Quran telah berjaya diadakan pada pagi ini di tapak perhimpunan SMK Benut. Pihak sekolah telah mengundang Tuan Haji Hamdan bin Hj Abd Razak (GPK HEM SMA Bugisiah, Pontian) untuk menyampaikan tazkirah.
Diharap para pelajar dapat mengambil iktibar dan meningkatkan lagi keimanan dalam menjalani ibadat puasa.












Tuesday, August 24, 2010

Tahniah dan Selamat Datang

24 Ogos 2010 - Warga SMK Benut mengucapkan tahniah kepada Puan Hajah Andi Audryanah Binti Mohd Noor yang telah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Satu di SMK Ayer Baloi, Pontian yang berkuatkuasa pada 16 Ogos 2010. Kami mengalu-alukan kedatangan Encik Mohd Esa bin Dasim yang akan menggantikan beliau dan telah melapurkan diri pada hari ini (24 Ogos 2010). Terima kasih dan selamat berkhidmat.

Sunday, August 22, 2010

Cuti Sekolah Berganti Sempena Hari Raya Aidilfitri 2010

23 Ogos 2010 – Makluman kepada semua warga SMK Benut, pihak sekolah telah membuat permohonan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Pontian untuk mengambil cuti selama tiga hari sempena Hari Raya Aidilfitri 2010 nanti. Oleh itu, permohonan tersebut telahpun berjaya dan pihak sekolah perlu menggantikan tiga hari tersebut pada hari Sabtu yang telah ditetapkan seperti berikut :

Bil
Tarikh Cuti
Tarikh Ganti
Jadual Waktu
1
14 September 2010 (Selasa)
28 Ogos 2010 (Sabtu)
Jumaat
2
15 September 2010 (Rabu)
25 September 2010 (Sabtu)
Selasa
3
17 September 2010 (Jumaat)
16 Oktober 2010 (Sabtu)
Rabu

Sekian, harap dapat kerjasama dan tindakan semua warga SMK Benut.

Saturday, August 21, 2010

Tahniah Pelajar SMK Benut


21 Ogos 2010
– Penantian menerima sebuah komputer (netbook) 1Malaysia di bawah inisiatif Jalur Lebar Negara percuma daripada Kementerian Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) kepada seramai 564 orang pelajar SMK Benut yang terpilih telah berjaya disempurnakan oleh YB Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pontian, Johor) pada hari ini di Dewan Baiduri, SMK Benut bermula jam 11.00 pagi.

Turut hadir pada majlis tersebut, Encik Bukhari Bin Yahya (Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Wilayah Selatan), Encik Abd Rahim Bin Lamin (Pegawai Pelajaran Daerah Pontian), Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua SMK Benut), PIBG dan warga pendidik SMK Benut.

Warga SMK Benut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada para pelajar yang berjaya menerima komputer percuma dan gunakannya sebaik yang mungkin terutamanya dalam peningkatan prestasi akademik.