SELAMAT DATANG KE PORTAL WEB RASMI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BENUT, PONTIAN, JOHOR, MALAYSIA. ||| KAMI MENGALU-ALUKAN KUNJUNGAN ANDA ||| TERIMA KASIH



.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:WARGA SMK BENUT MENGUCAPKAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH. TINGKATKAN KECEMERLANGAN DIRI ANDA PADA TAHUN 2013.>>





" 55 Tahun, Janji Ditepati "

" 55 Tahun, Janji Ditepati "

Buletin Terkini SMK Benut


Aktiviti :

Sesi Persekolahan Bermula

Tarikh : 2 Januari 2013
Fokus : Semua warga SMK Benut
Semoga Kecemerlangan Milik Anda


.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Tahniah kepada seramai 7 orang murid mendapat 8A dalam PMR 2012 serta Tahniah SMK Benut menerima 2 Sijil Penghargaan Bilangan Calon Cemerlang Terbanyak PMR dan Peningkatan Peratus 3 tahun berturut-turut daripada PPD Pontian.

Makluman Semua Guru...Sila Isikan Markah Peperiksaan Anda melalui Sistem ini. Harap maklum

Kenali SMK Benut



Buletin SMK Benut

Thursday, September 30, 2010

Program Solat Hajat Perdana 2010


30 Sept 2010 – Program Solat Hajat Perdana bagi pelajar yang akan mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) telah berjaya diadakan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SMK Benut pada hari ini bermula jam 7.00 malam  di Dewan Baiduri, SMK Benut.
Sebelum itu, solat maghrib berjemaah telah diadakan dan diikuti bacaan yasin yang dipimpin oleh Tuan Haji Hatim Bin Ahmad (Imam 2, Masjid Temenggong Daeng Ibrahim, Benut, Pontian).
Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut) turut memberikan nasihat dan semangat kepada para pelajar PMR, SPM dan STPM supaya membuat ulangkaji, menjaga kesihatan dan seterusnya memastikan kecemerlangan dalam peperiksaan nanti.
Warga SMK Benut mendoakan kesejahteraan, kesihatan dan seterusnya beroleh kejayaan yang cemerlang untuk diri, keluarga dan sekolah dalam peperiksaan yang akan diambil.













Tahniah dan Syabas


27 Sept 2010 – Pihak Pentadbir dan warga SMK Benut merakamkan sekalung tahniah dan penghargaan kepada Encik Samsudin bin Haji Saad dan Encik Hatta Munse Bin Mohsin ke atas kejayaan menerima Ijazah Sarjana Kurikulum dan Pengajaran yang telah diterimanya di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor pada 26 September 2010 pada Konvokesyen Kali ke-45.

Seterusnya, ucapan penghargaan dan tahniah kepada Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut) dan Encik Mohd Esa Bin Dasim (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Benut) yang anaknya turut berjaya menerima Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Selamat Datang dan Selamat Berkhdimat di SMK Benut


26 Sept 2010 – Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan selamat datang kepada tiga orang guru baru yang mula melaporkan diri pada 26 September 2010. Selamat bertugas dan memberikan sepenuh tenaga terutama dalam memberikan Ilmu kepada para pelajar SMK Benut.
Berikut Biodata ringkas guru baru :
Bil
Nama Guru
Maklumat Diri / Pendidikan
1
NORLIA BINTI SALIMIN
-          DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH :
PENDIDIKAN SIIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
-          DARI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
-          ASAL  : PONTIAN, JOHOR
2

NOR HIDAYAH BINTI SUTIRAM
-          DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH :
PENDIDIKAN PENGAJIAN AM
-          DARI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRI
-          ASAL  : PONTIAN, JOHOR
3

NURUL IZNI ZHAFARINA BINTI OTHMAN
-          DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH :
PENDIDIKAN GEOGRAFI
-          DARI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRI
-          ASAL  : PASIR MAS, KOTA BHARU, KELANTAN

Tahniah SMK Benut


26 Sept 2010 – Warga SMK Benut merakamkan tahniah dan syabas kepada para pelajar yang berjaya mendapat NAIB JOHAN dan KETIGA dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) sempena Malaysia Inovatif meraikan kreativiti 2010 Zon Selatan yang telah diadakan di Universiti Teknologi Tun Hussien Onn (UTHM) pada 24, 25 dan 26 Sept 2010.
Persatuan Sains dan Rekacipta SMK Benut telah menghantar 4 pasukan. Pasukan SMK Benut telah menerima wang tunai RM800.00 dan sijil penyertaan.
Berikut senarai nama pelajar dan kejayaan yang telah dicapai :
Kejayaan
Nama Pelajar
Tingkatan
Tajuk Rekacipta
KETIGA
NURFARINA BINTI ZAINUDDIN
MOHD SHAHARAZIF BIN BAHARUDIN
4  IBNU RUSYD
MULTIFLEKSI II
NAIB JOHAN
AMIRUL SUKRI BIN SALLEH
ZUHAILA BINTI BACHOK
NORLAILAH BINTI ZAINAL
5 AL FARABI
4 IBNU SINA
4 IBNU SINA
WOODCLAY





Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas kepada Encik Ruslan Bin Idris (Guru Pembimbing) ke atas kejayaan ini dan seterusnya kecemerlangan SMK Benut dalam pertandingan yang seterusnya.

Hadiah Penyuntik Semangat PMR 2010


26 Sept 2010 – Majlis penyampaian sagu hati kepada para pelajar Tingkatan 3 yang menunjukkan kecemerlangan pada peperiksaan percubaan PMR tahun 2010 telah disempurnakan oleh Puan Hajah Rohani Binti Abd Manaf (Guru Penolong Kanan Pentad pada perhimpunan pagi di Dataran Perhimpunan SMK Benut pada hari ini.
Pemberian sagu hati daripada pihak pentadbir  SMK Benut adalah bertujuan sebagai penyuntik semangat kepada pelajar tingkatan 3 yang lain yang akan mengambil peperiksaan PMR bermula pada 5 Oktober 2010 nanti supaya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan diri dan seterusnya kepada sekolah.
Berikut senarai pelajar yang menerima hadiah sagu hati :
Bil
Nama Pelajar
Tingkatan
1
SHAIDATUL ADILLA BINTI KHAMIS
3 IBNU SINA
2
LOH KAI HUI
3 IBNU SINA
3
TAN XIN HAO
3 IBNU SINA
4
LEE ZHI AN
3 IBNU SINA
5
FARAH BINTI YUSOF
3 IBNU SINA
6
SAEDAH NAPISAH BINTI ABD HAMID
3 IBNU RUSYD
7
SITI NURZAFIRA BINTI MASROM
3 IBNU KHALDUN
8
NURFAZLYANA BINTI ABU OSMAN
3 AL KINDI
9
SITI NURFATIHA BINTI MD DAUD
3 AL BIRUNI





 


Warga SMK Benut merakamkan tahniah dan selamat maju jaya.

Perutusan Hari Habitat Sedunia 2010


26 Sept 2010 – Teks bacaan perutusan Yang Berhormat Dato’ Wira Chor Chee Heung (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) sempena Program Habitat Moment yang akan disambut pada 4 Oktober 2010 telah dibacakan oleh Saudara Arifin bin Haji Misran (Pelajar Pra U7) semasa perhimpunan pagi di Dataran Perhimpunan SMK Benut pada hari ini kepada semua warga SMK Benut.
Antara intipati perutusan tersebut menyeru supaya para pelajar mengetahui peranan yang cukup besar dalam memelihara kesejahteraan tempat tinggal yang agar bersih, selamat dan bebas dari masalah social serta menjadi lebih kondusif dan selamat untuk didiami.



Friday, September 3, 2010

Selamat Bercuti Warga SMK Benut


3 September 2010 – Selamat bercuti selama dua minggu kepada semua warga SMK Benut yang bermula pada hari ini dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1431H. Selamat pulang ke kampung kepada warga pendidik SMK Benut dan berhati-hati di jalan raya dan bergembira bersama keluarga.

Kepada para pelajar yang akan menduduki PMR, SPM dan STPM jangan leka untuk mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan latihan pengukuhan yang diberikan oleh guru mata pelajaran.








Sumbangan Duit Raya Kepada Pelajar SMK Benut



3 September 2010 – Majlis penyampaian duit raya kepada seramai 135 orang pelajar anak yatim piatu serta kurang berkemampuan telah berjaya diadakan di Sanggar Kokurikulum (kantin lama) pada hari ini yang disempurnakan oleh Encik Hasnan bin Jaffar  (Pengetua, SMK Benut).

Beliau menyeru dan mengharapkan pemberian duit raya ini sebagai penyuntik semangat untuk terus berjaya seiring dengan pelajar-pelajar lain. Beliau turut mengucapkan selamat menyambut hari raya yang akan tiba.






































TABUNG PEMBANGUNAN INSAN

Warga SMK Benut's Fan Box

Warga SMK Benut on Facebook

PERASMIAN PELANCARAN PORTAL RASMI SEKOLAH OLEH

YANG BERHORMAT DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Merangkap Ketua Biro Penerangan UMNO dan Ahli Parlimen Pontian
Pada hari Sabtu, 3 MAC 2012, jam 11.00 pagi.


bertempat di Dewan Baiduri, SMK Benut semasa Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34
<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>


PENAFIAN:

SMK BENUT, PONTIAN, JOHOR
TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKKAN
YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DARI LAMAN WEB INI

PAPARAN TERBAIK : 1024 X 768 px [IE/FF]

Hakcipta Terpelihara © SMK Benut 2013

Hubungi Kami

SMK Benut, Jalan Jaafar, 82200 Benut, Pontian, Johor.

E-mail : jee6017smkb@gmail.com
Facebook : www.facebook.com/smkbenut

Tel : 07-6903254
Faks : 07-6906613