19 Oktober 2010 - Jamuan Akhir Tahun Pelajar Pra Universiti sesi 2009-2010 SMK Benut bersama-sama Para Pensyarah SMK Benut telah berjaya diadakan pada hari ini di Hotel Pontian, Pontian. Turut hadir pada majlis tersebut Encik Hamid Bin Selamat (Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pontian), Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua SMK Benut), Tuan Haji Abd Razak Bin Nasiran (Guru Penolong Kanan Pra Universiti), Encik Esa Bin Mohd Dasim (GPK HEM), Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran dan Para Pensyarah Pra Universiti SMK Benut.
Tuesday, October 19, 2010
Jamuan Akhir Tahun Pelajar Pra Universiti 2009-2010
19 Oktober 2010 - Jamuan Akhir Tahun Pelajar Pra Universiti sesi 2009-2010 SMK Benut bersama-sama Para Pensyarah SMK Benut telah berjaya diadakan pada hari ini di Hotel Pontian, Pontian. Turut hadir pada majlis tersebut Encik Hamid Bin Selamat (Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pontian), Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua SMK Benut), Tuan Haji Abd Razak Bin Nasiran (Guru Penolong Kanan Pra Universiti), Encik Esa Bin Mohd Dasim (GPK HEM), Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran dan Para Pensyarah Pra Universiti SMK Benut.
Posted by
Sekolah Menengah Kebangsaan Benut
at
Tuesday, October 19, 2010
No comments:
Links to this post
Aktiviti Selepas PMR 2010
Pelbagai aktiviti penghayatan mata pelajaran, iaitu Sains, Matematik, Bahasa Melayu, KHB, Sejarah, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Bahasa Inggeris akan dilaksanakan oleh pelajar-pelajar lepas PMR yang dikelolakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama panitia mata pelajaran serta guru-guru mata pelajaran. Semua pelajar tingkatan tiga diwajibkan mengikuti segala aktiviti yang telah dirancang. Sila rujuk jadual aktiviti yang telah diedarkan. Harap maklum.
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
Posted by
Sekolah Menengah Kebangsaan Benut
at
Tuesday, October 19, 2010
No comments:
Links to this post
Monday, October 4, 2010
Majlis Restu Ilmu Calon-calon PMR 2010
4 Oktober 2010 – Majlis Restu Ilmu Calon-calon PMR 2010 telah berjaya diadakan di dataran perhimpunan SMK Benut. Program ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Akademik .
Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut). Sebelum itu, wakil pelajar saudara Mohd Syafiq bin Afandi dan Puan Faridah Binti Tahir (Penyelaras Akademik Tingkatan 3) telah menyampaikan ucapan.
Rasional majlis ini diadakan agar pelajar jelas dalam mindanya bahawa para guru redha dalam mencurahkan segala ilmu yang baik demi kejayaan cemerlang mereka. PMR yang bakal menjelang ada kalanya memberi tekanan kepada para pelajar. Semoga dengan adanya Majlis Restu Ilmu ini dapat meningkatkan semangat juang dan keyakinan pelajar untuk menghadapi PMR, insyaallah.
Seterusnya, majlis bermaaf-maafan dan memohon restu daripada para pelajar kepada para guru SMK Benut. Majlis seterusnya penyerahan alat tulis dan slip peperiksaan telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua kepada guru-guru tingkatan. Majlis berakhir dengan taklimat peperiksaan daripada Puan Jamaliah binti Abd Rahim.
Warga SMK Benut mendoakan selamat menghadapi peperiksaan kepada pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan bermula pada hari esok (5 Oktober – 12 Oktober 2010) dan mencapaik kejayaan yang cemerlang kepada diri, ibu bapa, guru-guru dan seterusnya SMK Benut.
Posted by
Sekolah Menengah Kebangsaan Benut
at
Monday, October 04, 2010
No comments:
Links to this post
PERASMIAN PELANCARAN PORTAL RASMI SEKOLAH OLEH
YANG BERHORMAT DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Merangkap Ketua Biro Penerangan UMNO dan Ahli Parlimen Pontian
Pada hari Sabtu, 3 MAC 2012, jam 11.00 pagi.
bertempat di Dewan Baiduri, SMK Benut semasa Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34
PENAFIAN:
SMK BENUT, PONTIAN, JOHOR
TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKKAN
YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DARI LAMAN WEB INI
PAPARAN TERBAIK : 1024 X 768 px [IE/FF]
Hakcipta Terpelihara © SMK Benut 2013
SMK Benut, Jalan Jaafar, 82200 Benut, Pontian, Johor.
E-mail : jee6017smkb@gmail.com
Facebook : www.facebook.com/smkbenut
Tel : 07-6903254
Faks : 07-6906613













































































