Monday, March 28, 2011

Tahniah Pasukan Catur SMK Benut 2011



28 Mac 2011
Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada para peserta pertandingan catur MSSD Pontian yang telah berjaya dengan cemerlang dalam pertandingan yang diadakan di SMK Tan Sri Othman Mohd Saad pada 23 dan 24 Mac 2011.

Berikut keputusan rasmi yang berpihak kepada peserta dari SMK Benut :

AINA ATIQAH BINTI JOHARI

(2 IBNU RUSYD)

JOHAN P15

HAZIQ BIN ABDUL RAHMAN

(3 IBNU SINA)

KETIGA L15

NURUL ERNA EDAYU BINTI SALIP

(4 AL FARABI)

NAIB JOHAN P18

AMIR HAMZAH BIN MOHAMAD ROHMAN

(4 IBNU KHALDUN)

NAIB JOHAN L18


Semua pemenang ini akan mewakili daerah Pontian ke pertandingan carur MSSM peringkat Negeri Johor yang akan diadakan di Daerah Ledang pada tarikh 8 hingga 10 April 2011. Syabas dan tahniah.

Friday, March 25, 2011

Kusus Latihan Dalam Perkhidmatan Siri Pertama



24 Mac 2011 – Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Siri Pertama telah berjaya diadakan kepada semua guru SMK Benut di Bilik Mesyuarat Guru bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Pihak pengurusan dan pentadbiran SMK Benut telah mengundang penceramah, iaitu Tuan Haji Ismail Bin Rosdi (Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Pontian).

Mengurus Kejayaan di Sekolah merupakan tajuk yang bertepatan dengan iklim sekolah dan peningkatan akademik telah diberikan secara jelas oleh Tuan Penceramah. Beliau turut memberikan panduan dan penjelasan berkaitan tanggapan tentang kejayaan kunci kejayaan dalam perhubungan manusia. Dengan mengambil pendekatan daripada tokoh Napoleon yang menyatakan terdapat 12 tangga kejayaan turut dijelaskan dalam kursus ini. Selain itu, kepentingan Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dan sahsiah serta amanah seorang pekerja kepada ketua turut diberikan panduan khusus dalam kursus ini.

Semoga kursus LDP ini dapat memberikan nilai input dan seterusnya meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan khasnya kepada warga SMK Benut. 










Tahniah Pencapaian Terbaik SPM 2010



24 MAC 2011 – Warga SMK Benut mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada para pelajar Tingkatan Lima tahun 2010 yang telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010 yang telah diumumkan secara rasmi pada 23 Mac 2011.

Seramai 203 orang pelajar yang mengambil peperiksaan ini pada tahun 2010. Seterusnya, seramai 187 orang yang telah berjaya mendapat sijil lulus, iaitu 92.12 peratus lulus dan 5.73 peratus gred purata sekolah.
Berikut prestasi pencapaian peratus mata pelajaran SPM tahun 2010 :

Bil
Mata Pelajaran
Peratus Lulus
Gred Purata Sekolah
1
BAHASA MELAYU
92.57
4.66
2
BAHASA INGGERIS
66.01
7.08
3
PENDIDIKAN ISLAM
84.28
4.95
4
PENDIDIKAN MORAL
90.91
4.25
5
SEJARAH
72.91
6.44
6
MATHEMATICS
76.62
5.86
7
SCIENCE
89.05
5.56
8
KESUSASTERAAN MELAYU
61.29
8.03
9
PENDIDIKAN SENI VISUAL
100
4.17
10
MATEMATIK TAMBAHAN
92.19
5.17
11
PERDAGANGAN
68.82
7.71
12
PRINSIP PERAKAUNAN
100
4.45
13
EKONOMI ASAS
75
7.05
14
ICT
100
6.00
15
FIZIK
100
3.61
16
KIMIA
93.65
5.62
17
BIOLOGI
96.88
6.16
18
PENGETAHUAN SAINS SUKAN
82.5
6.75
19
TASAWWUR ISLAM
96.51
4.67
20
BAHASA CINA
95.45
4.61

Warga SMK Benut merakamkan tahniah kepada dua orang pelajar yang berjaya dengan cemerlang dengan mendapat 8A dan dua orang pelajar yang berjaya mendapat 7A. Berikut senarai pelajar yang berjaya :

Bil
Nama Pelajar
Pencapaian Terbaik
8A
1
JOESEPH HO ZU XU
4[A+] 2[A] 1[A-] 2[B+] 1 [C+]
2
NURHAIRULAMRI BIN KOSNAN
1[A+] 2[A] 5[A-] 1[B] 1[C+]
7A
3
IVY GOH XUE NING
4[A+] 2[A] 1[A-] 2[B+] 1[C+]
4
HAIRULNISAH BINTI KOSNAN
2[A+] 1[A] 4[A-] 1[B+] 1[B]

Encik Hasnan Bin Jaffar (Mantan Pengetua, SMK Benut) telah menunaikan janji dengan memberikan hadiah wang tunai berjumlah RM50.00 kepada pelajar Tingkatan 5 Al Biruni yang berjaya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM. Seramai dua orang pelajar yang telah berjaya, iaitu NUR FARISYA FATEHA BINTI MOHD YUSOF dan MOHAMMAD RIZAL BIN RAHMAN. Syabas dan tahniah diucapkan.
  













Pelajar Cemerlang 8A [dari kiri JOESEPH HO ZU XU dan NURHAIRULAMRI BIN KOSNAN]

Thursday, March 24, 2011

Penganugerahan Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010



24 MAC 2011 – Kami warga SMK Benut merakamkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada seramai 8 orang guru yang menerima Penganugerahan Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010. Pengumuman tersebut telah disampaikan oleh Puan Afidah Binti Salleh (Guru Kanan Bahasa) semasa Mesyuarat Guru Kali Ketiga di bilik mesyuarat guru pada hari ini.

Puan Hajah Rohani binti Ab. Manaf (Pemangku Pengetua, SMK Benut) telah sudi menyampaikan surat penganugerahan tersebut.

Semoga dengan penghargaan serta pengiktirafan ini dapat memberikan inspirasi dan peningkatan cemerlang yang berterusan dalam kerjaya terutama pendidikan ilmu, sahsiah dan disiplin kepada warga SMK Benut.

Berikut senarai guru yang menerima Penanugerahan Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010.

ENCIK ROSLAN BIN IDRIS
(GURU CEMERLANG)

ENCIK MOHD TAZRUDDIN BIN M AMIN
ENCIK ABDUL RAHMAN BIN ZAINAL
ENCIK ISMAIL BIN AHMAD

ENCIK MOHD FAIROL HISHAM BIN MD HASSAN
PUAN SITI ARFA BINTI BACHOK

PUAN HAJAH CHERIPAH BINTI BILLAK
PUAN ZUBAIDAH BINTI SAHID
(PAR SEKOLAH)


Syabas dan tahniah daripada warga SMK Benut.