SELAMAT DATANG KE PORTAL WEB RASMI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BENUT, PONTIAN, JOHOR, MALAYSIA. ||| KAMI MENGALU-ALUKAN KUNJUNGAN ANDA ||| TERIMA KASIH



.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:WARGA SMK BENUT MENGUCAPKAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH. TINGKATKAN KECEMERLANGAN DIRI ANDA PADA TAHUN 2013.>>





" 55 Tahun, Janji Ditepati "

" 55 Tahun, Janji Ditepati "

Buletin Terkini SMK Benut


Aktiviti :

Sesi Persekolahan Bermula

Tarikh : 2 Januari 2013
Fokus : Semua warga SMK Benut
Semoga Kecemerlangan Milik Anda


.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Tahniah kepada seramai 7 orang murid mendapat 8A dalam PMR 2012 serta Tahniah SMK Benut menerima 2 Sijil Penghargaan Bilangan Calon Cemerlang Terbanyak PMR dan Peningkatan Peratus 3 tahun berturut-turut daripada PPD Pontian.

Makluman Semua Guru...Sila Isikan Markah Peperiksaan Anda melalui Sistem ini. Harap maklum

Kenali SMK Benut



Buletin SMK Benut

Wednesday, April 27, 2011

Tahniah dan Selamat Berkhidmat



25 April 2011 – Warga SMK Benut mengalu-alukan kedatangan dan selamat bertugas di SMK Benut kepada empat orang guru baru yang mula berkhidmat di SMK Benut berkuat kuasa pada 16 April 2011. Semoga kepimpinan dan kebolehan diteruskan di SMK Benut.

Puan Hajah Rohani Binti Ab. Manaf (Pemangku Pengetua, SMK Benut) telah memperkenalkan mereka semasa perhimpunan rasmi mingguan pada hari ini. Beliau meminta semua warga SMK Benut memberikan kerjasama dan sokongan kepada mereka. Beliau turut memaklumkan bahawa Puan Hajah Azhariah Binti Omar telah dilantik ke jawatan Guru Kanan Sains dan Matematik di SMK Ayer Baloi.  


PUAN HAJAH AZIZAH BINTI HAJI OMAR
(GPK HEM)

ENCIK ZULNURAINI BIN HAJI ZOHDI @ RAHMAT
(GPK KOKURIKULUM)


ENCIK AHMAD SHAMSUDDIN BIN MARIN
(GURU KANAN SAINS DAN MATEMATIK)


TUAN HAJI MOHAMAD NOH BIN BILAH (GURU KANAN SAINS KEMASYARAKATAN)

Mesyuarat PIBG Kali Ke-33



Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-33 telah berjaya diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut pada hari Sabtu, 23 April 2011. Seramai lebih 250 orang ibu bapa dan penjaga telah hadir.

Mesyuarat Agung PIBG telah dirasmikan oleh Puan Norzita Binti Abdul Kahar wakil rasmi Yang Berhormat Datuk IR. Hasni Bin Haji Mohammad ADUN Kawasan N53 Benut.

Mesyuarat pada kali ini merupakan perlantikan baru Ahli Jawatankuasa bagi Tahun 2011 – 2012. Encik Aros Bin Ibrahim telah dilantik sekali lagi sebagai Yang DiPertua PIBG manakala Encik Zulkifli Bin Tubee selaku Naib Yang Dipertua PIBG.

Sebanyak empat usul telah dibahaskan dan telah diterima sebulat suara untuk tindakan selanjutnya. Antara usul yang telah diterima :

1.      Bilik Tahanan bagi pelajar yang bermasalah terutama dalam masalah disiplin seperti tidak menyiapkan tugasan sekolah, ponteng kelas tambahan, tidak menjawab soalan peperiksaan dan masalah ponteng kelas. Pelajar ini akan diberikan tugasan dan perlu disiapkan bermula 1.50 petang sehingga 5.00 petang dengan dipantau oleh Unit Disiplin dan Hal Ehwal Pelajar.

2.      Yuran PIBG sebanyak RM40.00 setiap keluarga bermula sesi persekolahan pada tahun 2012.

3.      Pelajar yang melanggar peraturan disiplin seperti pakaian, seluar, tudung dan rambut berfesyen serta tidak mengikut peraturan akan diminta menghubungi ibu bapa dan penjaga untuk dibawa pulang dan dibenarkan ke sekolah seperti biasa setelah semua kesalahan yang dilakukan tidak diulangi semula.

4.      Tidak dibenarkan kenderaan ibu bapa dan penjaga dibawa masuk ke kawasan sekolah terutamanya pada waktu pagi ketika hujan renyai-renyai untuk mengelakkan kesesakan di pintu masuk.






































Warga SMK Benut mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang dapat hadir. Teruskan kerjasama ini bagi kecemerlangan SMK Benut.

Tahniah Pelajar SMK Benut Dalam Pertandingan MSSD Pontian



25 April 2011 – Tahniah dan syabas kepada pelajar SMK Benut yang mengharumkan nama sekolah dan meneruskan kecemerlangan dalam bidang kokurikulum. Kejayaan cemerlang ini dalam pertandingan yang telah disertai oleh pelajar SMK Benut, iaitu pertandingan Bola Tampar MSSD Pontian, Pertandingan Badminton MSSD Pontian, Karnival Jawatankuasa Bahasa Cina Daerah Pontian dan Pertandingan Pencak Silat Dalam Pemilihan Remaja Daerah Pontian.

Pengumuman rasmi kejayaan pertandingan tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohammad Khairil Azham Bin Ismail dan Puan Yasmin Shakilla Binti Yaakub kepada warga SMK Benut semasa perhimpunan rasmi mingguan di Dataran Perhimpunan SMK Benut pada pagi ini. Penyampaian piala dan pingat kepada pelajar telah disempurnakan oleh Puan Hajah Rohani Binti Ab. Manaf (Pemangku Pengetua, SMK Benut).

Berikut keputusan rasmi pencapaian cemerlang oleh pelajar kepada SMK Benut :

PERTANDINGAN BADMINTON MSSD PONTIAN
TEMPAT : DEWAN SMK AYER BALOI
TARIKH : 19 – 21 APRIL 2011
Bil
Nama Pelajar
Kategori
Pencapaian
1
LEE KIA CHEE
PEREMPUAN BAWAH 15
JOHAN
2
KEWEK YEE HAU
LELAKI BAWAH 15
NAIB JOHAN
3
LEE KIA CHEE DAN NG YEW HAN
BEREGU PEREMPUAN BAWAH 15
NAIB JOHAN
4
MUHAMMAD AIZAT FARHAN BIN ZAKARIA
LELAKI BAWAH 15
KETIGA
Makluman : Semua pelajar ini akan mewakili Daerah Pontian ke peringkat Negeri yang akan diadakan di Kluang pada 13, 14 dan 15 Mei 2011.

KARNIVAL JAWATANKUASA BAHASA CINA DAERAH PONTIAN
TEMPAT : DEWAN SMK SRI PERHENTIAN, PONTIAN
TARIKH : 2 APRIL 2011 (SABTU)
Bil
Nama Pelajar
Pertandingan
Pencapaian
1
TAY WEI SHENG (4 IBNU SINA)
MENDEKLAMASIKAN SAJAK BAHASA CINA
SAGU HATI
2
GOH JIA YING
TEE HUI YEK
KUIZ TATABAHASA, KESUSASTERAAN & PENGETAHUAN AM BAHASA CINA (MENENGAH RENDAH)
KEEMPAT
3
CHUA JING ZHE
TEE YONG SHENG
KUIZ TATABAHASA, KESUSASTERAAN & PENGETAHUAN AM BAHASA CINA (MENENGAH ATAS)
JOHAN

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR MSSD PONTIAN
TARIKH : 22 DAN 24 APRIL 2011
KEPUTUSAN
KEEMPAT

PERTANDINGAN PENCAK SILAT PEMILIHAN REMAJA DAERAH PONTIAN
TARIKH : 22 - 24 APRIL 2011 (SABTU)
Bil
Nama Pelajar
Pencapaian
1
MOHAMAD IRWAN BIN ROMAINO
MOHAMAD FIRDAUS BIN MOHD ALI
MOHD YUSRI BIN KASEH
NADIATUN ARINA BINTI AHMAD SAIDI
SAGU HATI
2
MUHAMAD RUSYDUDDIN BIN SAFINE
PUTERA I
3
NUR NABIHAH BINTI MD NOOR
PUTERI C














Warga SMK Benut merakamkan syabas dan tahniah.

TABUNG PEMBANGUNAN INSAN

Warga SMK Benut's Fan Box

Warga SMK Benut on Facebook

PERASMIAN PELANCARAN PORTAL RASMI SEKOLAH OLEH

YANG BERHORMAT DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Merangkap Ketua Biro Penerangan UMNO dan Ahli Parlimen Pontian
Pada hari Sabtu, 3 MAC 2012, jam 11.00 pagi.


bertempat di Dewan Baiduri, SMK Benut semasa Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34
<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>


PENAFIAN:

SMK BENUT, PONTIAN, JOHOR
TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKKAN
YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DARI LAMAN WEB INI

PAPARAN TERBAIK : 1024 X 768 px [IE/FF]

Hakcipta Terpelihara © SMK Benut 2013

Hubungi Kami

SMK Benut, Jalan Jaafar, 82200 Benut, Pontian, Johor.

E-mail : jee6017smkb@gmail.com
Facebook : www.facebook.com/smkbenut

Tel : 07-6903254
Faks : 07-6906613