Wednesday, May 18, 2011

Sambutan Hari Guru 2011



16 Mei 2011 – Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah berjaya diadakan pada hari ini walaupun dalam keadaan sederhana namun tetap meriah yang disambut setiap tahun oleh para pelajar sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga pendidik SMK Benut.

Majlis ini dikelolakan oleh Lembaga Pengawas dan Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti (MPPU) yang diatur dengan pelbagai aktiviti. Majlis dimulakan dengan perarakan warga pendidik ke tapak perhimpunan dengan melalui karpet merah di dataran perhimpunan.

Majlis dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu, iaitu lagu Negaraku, Bangsa Johor dan Lagu Sekolah. Seterusnya, Puan Hajah Rohani Binti Ab. Manaf membacakan perutusan daripada. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan seterusnya ucapan daripada Ketua Pengawas. Nyanyian Lagu Guru Malaysia dan Ikrar guru telah dipimpin oleh Encik Abdul Rahman Bin Zainal (Pengerusi Kelab Guru) dengan penuh semangat diikuti oleh warga pendidik SMK Benut.

Majlis seterusnya diteruskan di Dewan Baiduri, SMK Benut. Para pelajar mengikuti program Motivasi yang disampaikan oleh Encik Ismail Bin Ali. Pelbagai aktiviti diadakan, antaranya persembahan kuolintang, tarian zapin, permainan YoYo, persembahan guru dan penyampaian pelbagai anugerah khas kepada warga pendidik.

Penyampaian Tokoh Guru 2010/2011 telah diberikan kepada mantan Pengetua, Encik Hasnan Bin Jaffar yang merupakan kemuncak majlis sambutan hari guru ini. Tahniah kepada para penerima anugerah. Selamat Hari Guru kepada warga pendidik SMK Benut.





























Wednesday, May 11, 2011

Sukaneka Sempena Sambutan Hari Guru 2011



Sukaneka sempena sambutan hari guru 2011. Idea dan kelolaan daripada Lembaga Pengawas SMK Benut 2011. Pelbagai aktiviti diadakan dengan disertai oleh warga pendidik yang amat menggalakkan. Aktiviti ini diadakan selepas waktu persekolahan bermula minggu ini. Kemuncak aktiviti ini akan berakhir pada hari Isnin, 16 Mei 2011.
  
Selamat Menyambut Hari Guru kepada warga pendidik SMK Benut....Terima Kasih Cikgu....














Pemantauan PPDa daripada Pegawai Jabatan Pelajaran Johor



11 Mei 2011 – Lawatan Kerja Pemantauan Pengurusan PPDa dari Jabatan Pelajaran Johor ke Bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Benut telah dilaksanakan pada hari ini.

Antara mereka yang hadir ialah Encik Mustaffa Bin Ibrahim (Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Jabatan Pelajaran Johor), Encik Kamaruddin Bin Yusop (Pegawai Jabatan Pelajaran Johor) dan Encik Abdul Ghani bin Jaafar (Penyelia Kokurikulum, PPD Pontian).

Kehadiran pegawai-pegawai ini telah disambut oleh Puan Hajah Azizah Binti Haji Omar (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), Encik Zulnuraini Bin Haji Zohdi @ Rahmat (Guru Penolong Kanan Kokurikulum), Puan Asiah Binti Abd Aziz (Kaunselor Cemerlang) dan Encik Anishak Bin Ahmad (Kaunselor).

Tujuan pemantauan ialah meninjau pelaksanaan pengurusan PPDa sekolah ini. Selain itu, membuat persiapan majlis program PPDa yang akan diadakan pada hari Sabtu, 14 Mei 2011 di Dewan Baiduri, SMK Benut.