Friday, August 26, 2011

Majlis Khatam Al-Quran 2011



26 Ogos – Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah telah berjaya diadakan pada hari ini di Dewan Baiduri, SMK Benut bermula jam 7.20 pagi. Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran telah dibaca oleh kumpulan pelajar Prauniversiti Senior dengan bimbingan Tuan Haji Mohd Fauzi Bin Mohd Amin.

Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) turut menyampaikan ucapan dalam majlis ini. Beliau telah memberikan beberapa pesanan dan ingatan kepada para pelajar terutama pelajar yang akan menghadapi peperiksaan awam (PMR, SPM dan STPM) supaya beraya dengan suasana sederhana dan jangan lupakan untuk mengulang kaji pelajaran. Di samping itu, beliau turut berpesan kepada para pelajar jangan terlalu gembira berhari raya dan jangan lupa keselamatan diri perlu diutamakan. Beliau turut mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-54 kepada warga SMK Benut.

















Tahniah YDP MPPU sesi 2011-2012


25 Ogos – Tahniah dan syabas diucapkan kepada Saudara Mohamad Fitri Bin Kasban (PU9) yang telah  dipilih sebagai Yang diPertua Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti bagi sesi 2011-2012.
Warga SMK Benut mengucapkan selamat menjalankan tugas.



Wednesday, August 24, 2011

Terima kasih dan Selamat Bertugas


Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan sekalung terima kasih kepada Encik Mazlan Bin Ismail (Pembantu Makmal, SMK Benut) yang telah berjaya permohonan pindah ke SMK Dato Abdul Rahman Andak, Simpang Renggam, Kluang. Beliau mula bertugas di tempat baharu pada 22 Ogos 2011. Terima kasih dan selamat bertugas.

Subangan Wang Raya - DAKAP


23 Ogos – Majlis sumbangan wang hari raya kepada para pelajar miskin dan anak yatim piatu (Program Dana Kebajikan Pelajar – DAKAP) telah berjaya disempurnakan oleh Encik Zulnuraini Bin Rahmat (GPK Kokurikulum, SMK Benut) pada hari ini bertempat di Sanggar Kokurikulum. Wang sumbangan dari Koperasi SMK Benut Berhad berjumlah RM700.00. Semoga sumbangan wang raya ini dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan di hari raya nanti.