SELAMAT DATANG KE PORTAL WEB RASMI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BENUT, PONTIAN, JOHOR, MALAYSIA. ||| KAMI MENGALU-ALUKAN KUNJUNGAN ANDA ||| TERIMA KASIH



.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:WARGA SMK BENUT MENGUCAPKAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH. TINGKATKAN KECEMERLANGAN DIRI ANDA PADA TAHUN 2013.>>





" 55 Tahun, Janji Ditepati "

" 55 Tahun, Janji Ditepati "

Buletin Terkini SMK Benut


Aktiviti :

Sesi Persekolahan Bermula

Tarikh : 2 Januari 2013
Fokus : Semua warga SMK Benut
Semoga Kecemerlangan Milik Anda


.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Tahniah kepada seramai 7 orang murid mendapat 8A dalam PMR 2012 serta Tahniah SMK Benut menerima 2 Sijil Penghargaan Bilangan Calon Cemerlang Terbanyak PMR dan Peningkatan Peratus 3 tahun berturut-turut daripada PPD Pontian.

Makluman Semua Guru...Sila Isikan Markah Peperiksaan Anda melalui Sistem ini. Harap maklum

Kenali SMK Benut



Buletin SMK Benut

Friday, October 21, 2011

IMSAK SPM 2011



21 Oktober 2011 – Perjumpaan khas kepada para pelajar Tingkatan 5 pada hari ini telah diadakan khusus untuk memaklumkan pengisian waktu belajar semasa cuti sekolah selama 5 hari.

Puan Afidah Binti Salleh (Guru Kanan Bahasa) mewakili pihak pentadbir telah memaklumkan pelaksanaan aktiviti IMSAK diperkenalkan kepada para pelajar SPM 2011 yang merupakan antara aktiviti dalam Program Peningkatan Akademik SPM yang perlu pelajar patuhi semasa cuti sekolah selama 5 hari dan seterusnya sehingga peperiksaan SPM sebenar. Beliau turut menyatakan bahawa jadual aktiviti IMSAK dapat dijadikan panduan kepada para pelajar untuk digunakan bagi pengisian waktu semasa cuti sekolah di rumah. Di samping itu, aktiviti IMSAK ini dapat memastikan pelajar terus membuat latih tubi atau mengulang kaji pelajaran terutama semasa berada di rumah.

Pada perjumpaan ini juga, para pelajar telah diberikan bahan latih tubi contoh-contoh penulisan (Latihan Jawahir) bagi  mata pelajaran Bahasa Melayu untuk tugasan pemantapan penulisan semasa cuti sekolah. Selain itu, tips menghadapi peperiksaan turut diedarkan oleh Unit Bimbingan dan Kauseling sebagai panduan untuk tindakan para pelajar contohi dan praktikkan.

Diharap para pelajar mematuhi jadual aktiviti IMSAK yang disusun amat baik ini bagi memastikan kecemerlangan yang berterusan sebelum dan semasa menghadapi peperiksaan sebenar.

















Wednesday, October 19, 2011

Bintang-Bintang KU SPM 2011



19 Oktober 2011 – Perjumpaan khas Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) bersama para pelajar tingkatan 5 (Kumpulan Bintang Kerlipan KU) telah berjaya diadakan di Bilik Mesyuarat Guru, SMK Benut pada hari ini. Turut hadir pada perjumpaan ini, Encik Selamat Bin Haji Mon (Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Benut) dan Puan Afidah Binti Salleh (Guru Kanan Bahasa, SMK Benut).

Perjumpaan selama sejam bersama Tuan Pengetua bertujuan khusus untuk menerangkan aktiviti-aktiviti yang perlu pelajar ikuti dan patuhi bagi mencapai kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. Sebelum ini pada hari Selasa, 18 Oktober 2011, Tuan Pengetua telah berjumpa dengan para pelajar kumpulan Bintang Hati KU dan kumpulan Bintang Pujaan KU.

Tuan Pengetua telah memberikan taklimat kepada para pelajar bahawa aktiviti Bintang Hati KU (13 orang pelajar), Bintang Pujaan KU (27 orang pelajar) dan Bintang Kerlipan KU (48 orang pelajar) yang merupakan antara Program Peningkatan Kecemerlangan SPM yang sedang dilaksanakan ini agar dapat menyuntik semangat kesungguhan, keyakinan, kerjasama dan seterusnya dapat menghasilkan pulangan yang terbaik, iaitu keputusan yang cemerlang mengikut sasaran pencapaian yang dikehendaki oleh pihak sekolah dalam peperiksaan SPM pada tahun ini.

Justeru, beliau meminta semua pelajar yang terlibat dalam program ini dapat mematuhi jadual waktu belajar terutama di rumah dengan membuat ulang kaji pelajaran yang berterusan sehingga hari peperiksaan sebenar. Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa pembelajaran dan pengajaran diteruskan dalam kelas dengan menggunakan jadual anjal dalam aktiviti Menggilap Mutiara dan jadual IMSAK akan disediakan juga semasa peperiksaan SPM nanti.

Para pelajar yang terlibat dalam aktiviti ini telah diberikan Kad Latihan Menjawab dan Mengingat (KALAMM) untuk digunakan bagi menentukan tahap pencapaian semua mata pelajaran dan akan dipantau serta ditandatangani oleh ibu bapa dan penjaga semasa di rumah. Pihak sekolah turut membantu dengan memberikan beberapa buah buku untuk dijadikan bahan latihan di rumah serta menggalakkan pelajar membuat latihan latih tubi dengan menjawab soalan-soalan percubaan dari negeri-negeri lain (pelajar boleh muat turun melalui pautan yang disediakan melalui Portal Web Rasmi SMK Benut – http://smkbenut.blogspot.com)

Warga SMK Benut mengharapkan segala aktiviti yang dirancang dapat kerjasama terutama daripada ibu bapa dan penjaga bagi memastikan kecemerlangan akademik terutama SPM terus mencapai kejayaan yang cemerlang. Oleh itu, satu Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Bintang-Bintang KU akan diadakan pada hari Isnin, 31 Oktober 2011 nanti untuk memperjelaskan lagi Program Kecemerlangan Akademik Pelajar SPM pada tahun ini dengan sasaran 96.00 peratus lulus, Gred Purata Sekolah sebanyak 4.50 peratus dan 13 orang calon cemerlang atau lebih.




















Selamat Menunaikan Ibadat Haji



18 Oktober - Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah kepada Encik Ismail Bin Ahmad serta isteri dan Puan Noorhayati Binti Mohd Noor serta suami yang akan menunaikan ibadat Haji dan Umrah di sana.

Kami mendoakan kesejahteraan dalam menunaikan ibadat haji dan selamat pulang serta mendapat haji mabrur. Insyaallah.




TABUNG PEMBANGUNAN INSAN

Warga SMK Benut's Fan Box

Warga SMK Benut on Facebook

PERASMIAN PELANCARAN PORTAL RASMI SEKOLAH OLEH

YANG BERHORMAT DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Merangkap Ketua Biro Penerangan UMNO dan Ahli Parlimen Pontian
Pada hari Sabtu, 3 MAC 2012, jam 11.00 pagi.


bertempat di Dewan Baiduri, SMK Benut semasa Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34
<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>


PENAFIAN:

SMK BENUT, PONTIAN, JOHOR
TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKKAN
YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DARI LAMAN WEB INI

PAPARAN TERBAIK : 1024 X 768 px [IE/FF]

Hakcipta Terpelihara © SMK Benut 2013

Hubungi Kami

SMK Benut, Jalan Jaafar, 82200 Benut, Pontian, Johor.

E-mail : jee6017smkb@gmail.com
Facebook : www.facebook.com/smkbenut

Tel : 07-6903254
Faks : 07-6906613