Monday, November 21, 2011

Tahniah SMK Benut dalam ASC 2010



19 November 2011 – SMK Benut telah berjaya menerima Anugerah Sekolah Cemerlang  Parlimen Pontian 2011 (ASC) dalam kategori JOHAN pencapaian TERBAIK ‘PERFECT SCORE’ PMR 2010 (RM3,000 dan sijil) dan KETIGA pencapaian Terbaik SPM 2010 (RM2,000 dan sijil). SMK Benut turut menerima Anugerah KETIGA Terbaik pencapaian akademik dan kokurikulum Keseluruhan Tahun 2010.

Program yang memasuki edisi kedua ini anjuran Pejabat Ahli Parlimen Pontian dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pontian bagi mengiktiraf sumbangan pihak sekolah memajukan pendidikan di sekolah.

Hadiah dan sijil penghargaan telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian. Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) telah menerima hadiah dan sijil penghargaan tersebut bagi pihak sekolah.

SMK Benut turut menerima wang tunai sebanyak RM5,000 daripada Tabung Haji kepada murid-murid yang banyak menyimpan.

Tahniah kepada semua warga SMK Benut yang memastikan SMK Benut terus cemerlang pada tahun ini. Teruskan kecemerlangan bagi tahun seterusnya.

Sunday, November 20, 2011

Tahniah dan Selamat Berpisah



18 November 2011 – Warga SMK Benut mengucapkan tahniah kepada PUAN NURUL IZNI ZHAFARINA BINTI OTHMAN yang telah berjaya permohonan beliau untuk berpindah mengikuti suami.


Beliau akan berpindah ke SMK Tambun, Perak dan mula melapor diri pada 1 Januari 2012. Kami warga SMK Benut mengucapkan terima kasih sepanjang beliau berkhidmat di SMK Benut dan mendoakan gembira di tempat baharu untuk meneruskan kerjaya sebagai pendidik.


Thursday, November 17, 2011

Bantuan Khas Awal Persekolahan Tahun 2012


17 November 2011 – Penyerahan Wang RM100 bagi Bantuan Khas Awal Persekolahan Tahun 2012 oleh Kerajaan Malaysia yang telah diumumkan YAB Perdana Menteri Malaysia melalui pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 telah berjaya dilaksanakan. Seramai 807 orang murid yang layak menerimanya (murid-murid Tingkatan Satu, Dua, Tiga dan Empat) telah diserahkan pada hari ini.

Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) mengucapkan tahniah kepada semua murid yang telah menerima wang sebanyak RM100. Beliau mengharapkan wang yang diterima ini dapat digunakan untuk perkara yang sebenar terutamanya bagi menampung wang perbelanjaan persediaan persekolahan pada tahun 2012.

















Saturday, November 12, 2011

Majlis Restu Ilmu Tingkatan Enam Atas



11 November 2011 – Majlis Restu Ilmu Tingkatan Enam Atas telah berjaya diadakan pada hari ini di Bilik Mesyuarat Guru, SMK Benut.

Turut hadir di majlis ini Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut), Tuan Haji Abdul Razak Bin Nasiran (Penolong Kanan Tingkatan Enam), guru-guru Tingkatan Enam dan para pelajar Tingkatan Enam yang akan menduduki peperiksaan STPM pada tahun ini. Tuan Pengetua mengharapkan semua pelajar berusaha bersungguh-sungguh dan pastikan keputusan 100 peratus lulus tercapai dan lebih ramai mendapat PNGK 4.00.

Warga SMK Benut mendoakan kejayaan semua pelajar Tingkatan Enam yang akan menduduki peperiksaan STPM bermula 21 November 2011 semoga beroleh kejayaan cemerlang. Insyaallah.











Majlis Penutupan Program Selepas PMR 2011



11 November 2011 – Majlis Penutupan Program Selepas PMR berjaya diadakan pada hari ini di Sanggar Kokurikulum. Majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Hajah Azizah Binti Omar (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid). 

Turut hadir di majlis ini Tuan Haji Mohamad Noh Bin Bilah (Guru Kanan Kajian Kemasyarakatan), guru-guru Tingkatan Tiga dan para murid Tingkatan Tiga.

Di majlis ini turut disampaikan hadiah penghargaan setiap aktiviti yang telah diadakan sepanjang program selepas PMR diadakan. Tahniah diucapkan kepada para murid yang berjaya memenangi pertandingan yang diadakan. Tahniah juga diucapkan kepada para murid yang memberikan komitmen yang baik dalam aktiviti yang diadakan.














Amanat dan Penyerahan Slip Peperiksaan SPM 2011



11 November 2011 – Amanat dan Penyerahan Slip Peperiksaan SPM kepada semua murid Tingkatan Lima telah diadakan di Sanggar Kokurikulum.

Puan Normaslina Binti Samaond (Penyelaras S/U Peperiksaan Dalaman SPM) telah menyampaikan beberapa perkara penting untuk tindakan semua murid yang akan menduduki peperiksaan SPM bermula 14 November 2011 supaya akur dengan segala peraturan yang telah ditetapkan.

Turut hadir di perjumpaan ini, Encik Selamat Bin Haji Mon (Penolong Kanan Pentadbiran), Puan Afidah Binti Salleh (Guru Kanan Bahasa), guru-guru Tingkatan Lima dan para murid Tingkatan Lima.
Warga SMK Benut mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM dan pastikan kecemerlangan milik anda.