Saturday, April 21, 2012

Tahniah Pasukan Bola Sepak L15 - NAIB JOHAN



21 APRIL 2012 – Tahniah dan syabas kepada pasukan Bola Sepak Lelaki Bawah 15 yang berjaya mendapat NAIB JOHAN dalam pertandingan Kejohanan Bola Sepak kategori L15 Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Pontian yang diadakan pada hari ini di padang SMK Sri Tanjung, Pontian. Pasukan Bola Sepak L15, SMK Dato’ Mohd Yunos Sulaiman Johan dalam pertandingan ini dengan jaringan penalti 4 – 2.

Syabas dan terima kasih kepada pengurus pasukan, jurulatih  serta guru-guru SMK Benut yang banyak memberikan bimbingan, dorongan dan motivasi kepada para peserta sehingga kejayaan cemerlang ini dicapai.















Friday, April 20, 2012

Pelancaran Bulan Penghayatan Sains dan Matematik 2012



18 April 2012 – Pelancaran Bulan Penghayatan Sains dan Matematik telah dirasmikan oleh Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) pada perhimpunan khas hari ini di Dataran Baiduri.

Gimik perasmian yang menarik dan penuh kreatif, iaitu robot memberi kotak berisi alat pemetik api kepada Tuan Pengetua. Seterusnya, Tuan Pengetua menyalakan sumbu pada pasu dan akhirnya menghasilkan nyalaan api lebih kurang 5 minit. Tuan Pengetua turut sudi merasmikan Bilik Pameran Sains yang menarik dan penuh bahan-bahan hasilan sains dan matematik.

Pelbagai aktiviti telah disusun untuk memberikan peluang penglibatan yang menyeluruh kepada semua warga SMK Benut oleh Panitia Sains dan Panitia Matematik. Diharap semua murid mengambil bahagian setiap aktiviti yang dilaksanakan. Sila rujuk aktiviti tersebut melalui guru Sains dan Matematik anda.














Perhimpunan Khas Kokurikulum - Pengakap Laut



18 April 2012 - Perhimpunan Khas Kokurikulum pada hari ini dikelolakan oleh Unit Uniform Pengakap Laut. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan kemudiannya diikuti Lagu Pengakap. Seterusnya, bacaan ikrar Rukun Negara dan diikuti Ikrar Persetiaan Pengakap. Kemuncak majlis, dipersembahkan Kawad Tongkat yang julung-julung kali dipersembahkan. Ianya amat menarik dan mendapat tepukan yang gemuruh daripada semua pelajar.