Thursday, June 28, 2012

Perasmian Taman Sains SMK Benut



27 JUN 2012 – Majlis perasmian Taman Sains SMK Benut telah berjaya dirasmikan oleh Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) pada pagi ini.

Tuan Pengetua telah sudi menanam pokok kurma sebagai simbolik perasmian ini. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan akan ditanam di taman sains ini. Antaranya, pokok kurma, pokok ajaib, anggur dan banyak lagi.

Semoga adanya taman sains ini dapat memberikan pelbagai input serta maklumat berkaitan sains.









 

Tahniah Chef Remaja SMK Benut



27 JUN 2012 – Warga SMK Benut mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar SMK  Benut yang berjaya mendapat JOHAN Chef Remaja Pertandingan Memasak 2012 Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor yang diadakan pada hari Selasa, 26 Jun 2012 bertempat di SM Agama Mahad Muar.

Mereka terdiri daripada NURUL AMIRA BINTI HASSAN (3 IBNU KHALDUN), SYAHFIQAH IZLIN BINTI SYAHFUL MASNI (3 IBNU KHALDUN)  dan NUR ANISYA NASEHA BINTI MOHD YUSOF (I IBNU RUSYD).

Terima kasih diucapkan kepada PUAN SITI RAHMAH BINTI RAPIE dan CIK SITI NORAZLIKHA BINTI ZELKEPLI yang banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sehingga mereka berjaya dengan kejayaan yang cemerlang.

Mereka akan mewakili negeri Johor ke Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Sarawak dalam bulan Oktober nanti.






Monday, June 25, 2012

Penyampaian Sijil Kecemerlangan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012


25 JUN 2012 – Warga SMK Benut mengucapkan syabas dan tahniah kepada 48 orang murid serta pelajar yang berjaya dengan pencapaian cemerlang dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012.

Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) telah sudi menyampaikan Sijil Kecemerlangan dan bunga telur bagi menghargai kecemerlangan mereka ini. Majlis ini diadakan semasa perhimpunan rasmi mingguan pada hari ini di Dataran Baiduri.

Semoga penghargaan ini menyuntik semangat kepada mereka untuk terus cemerlang dalam peperiksaan seterusnya. Selain itu, bagi murid serta pelajar lain menjadikan sebagai satu inspirasi untuk turut berjaya dengan lebih cemerlang.








Tahniah Persatuan PSV mencipta Rekod Cemerlang



25 JUN 2012 – Warga SMK Benut mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan cemerlang dan mencipta rekod baru pencapaian terbaik kepada 3 orang peserta SMK Benut yang menyertai pertandingan Minggu Sains, Teknologi dan ICT Johor serta Karnival Sains dan Inovasi Johor yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PERSADA), Johor Bahru. Rekod cemerlang, iaitu menjuarai JOHAN, NAIB JOHAN dan KETIGA dalam pertandingan ini.

Program ini dianjurkan oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Majlis Rekabentuk Malaysia. Pertandingan ini diadakan bermula 19 hingga 25 Jun 2012.
Peserta SMK Benut telah berjaya dengan CEMERLANG dalam pertandingan yang diadakan ini (peringkat Kebangsaan).

MOHD RIDZUAN BIN ABD JALAL (1 IBNU SINA) mendapat tempat KETIGA dengan ciptaan jam digital serbaguna serta pintar.  

Seterusnya, SITI KHAIRIZAH BINTI MOHMED (4 IBNU SINA) mendapat NAIB JOHAN dengan lakaran dan rekacipta yang bertajuk ‘Teman Kembara’.

Akhir sekali, DEWI YANTI AGUSTYNAH BINTI SAJI (4 IBNU SINA) mendapat JOHAN dengan lakaran dan inovasinya yang bertajuk  ‘Beg Tangan Keselamatan’. Hadiahnya sebuah basikal, pemain video, kamera digital serta hadiah iringan yang lain.

Tahniah dan terima kasih diucapkan khas kepada ENCIK ROSLAN BIN IDRIS (guru pembimbing) yang memastikan kejayaan yang berterusan dalam setiap pertandingan yang disertai.

DEWI SANTI AGUSTYNAH BINTI SAJI  
(4 IBNU SINA
JOHAN 

 SITI KHAIRIZAH BINTI MOHMED 
(4 IBNU SINA)
NAIB JOHAN
MOHD RIDZUAN BIN ABD JALAL 
(1 IBNU SINA
KETIGA