Sunday, July 29, 2012

Kem Waja PMR BM 2012



28 JULAI 2012 – Akiviti Kem Waja PMR 2012 dalam Program Kecemerlangan PMR 2012 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (K02/1 & K02/2) telah berjaya diadakan pada hari ini di Dewan Baiduri, SMK Benut. Program bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari. Sasaran terutamanya kepada murid-murid Tingkaan 3 yang akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini.

Pihak sekolah telah mengundang Puan Haslinda Binti Masri (SMK Ayer Baloi, Pontian) untuk menyampaikan maklumat berkaitan teknik menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas 1 dan Kertas 2. Turut hadir dalam program ini ialah Puan Afidah Binti Salleh (Guru Kanan Bahasa, SMK Benut) dan guru-guru Bahasa Melayu Tingkatan 3.

Semoga info dan panduan menjawab soalan yang disampaikan oleh Penceramah dapat dipraktikkan dan seterusnya memberikan kefahaman dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan nanti.











Wednesday, July 18, 2012

Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tahun 2011 dan Hari Bertemu Pelanggan


18 JULAI 2012 – Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tahun 2011 telah berjaya dirasmikan oleh Encik Aros Bin Ibrahim (Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru) pada hari ini bertempat di Dewan Baiduri, SMK Benut. Seterusnya, telah sudi menyampaikan sijil dan piala kepada seramai 182 pelajar yang menerima Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tahun 2011.

Majlis yang diadakan setiap tahun ini adalah untuk memberikan penghargaan dan seterusnya meraikan pelajar dalam bidang kurikulum terutama pencapaian cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun 2011 (kedudukan dalam kelas dan pencapaian terbaik setiap mata pelajaran) serta pencapaian terbaik dalam peperiksaan awam, iaitu PMR, SPM dan STPM.

Seterusnya, pihak sekolah turut mengadakan Majlis Hari Bertemu Pelanggan bagi membincangkan pencapaian akademik murid dan pelajar dalam peperiksaan pertengahan tahun 2012 di kelas masing-masing.

Warga SMK Benut merakamkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang amat memberikan komitmen dan kerjasama dalam setiap aktiviti yang diadakan oleh pihak sekolah. Semoga kerjasama ini diteruskan demi kecemerlangan SMK Benut.














Tuesday, July 10, 2012

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia SMK Benut


10 JULAI 2012 – Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat SMK Benut telah berjaya diadakan tepat jam 8.00 pagi oleh warga SMK Benut bertempat di padang SMK Benut.

Majlis telah dirasmikan oleh Encik Selamat Bin Haji Mon (Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Benut). Sebelum itu, persembahan khas nazam oleh pelajar Prauniversiti Junior yang sungguh mengasyikkan melodi syair yang didendangkan di bawah pimpinan Encik Mastura Bin Amat dan Puan Hajah Halijah Binti Ismaila.

Konsep yang dilaksanakan serentak seluruh negara sempena pelancaran bulan kecergasan Kementerian Pelajaran Malaysia pada bulan ini. Manakala objektifnya, untuk meningkatkan kesedaran termasuk guru dan murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam mengamalkan gaya hidup sihat dan inovatif.

Kerjasama yang cemerlang ditunjukkan oleh warga SMK Benut dalam Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang diketuai oleh Kelab Senamrobik SMK Benut yang dipimpin oleh Puan Faridah Binti Tahir, Cik Noormala Binti Mahmood dan Puan Suriani Binti Suhaimi serta ahli kelab. Tahniah diucapkan.

















Pelancaran Bulan Membaca 2012


10 JULAI 2012 – Majlis Pelancaran Program Bulan Membaca SMK Benut Tahun 2012 telah berjaya dilancarkan pada pagi ini semasa perhimpunan khas di padang SMK Benut. Majlis telah dilancarkan secara rasmi oleh Encik Selamat Bin Haji Mon (Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Benut).

Visi program ini, iaitu memupuk budaya membaca sepanjang hayat. Matlamatnya pula, sebagai strategi untuk menanam nikmat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Seterusnya, objektif program ini pula untuk mencari dan mengolah serta memanfaatkan informasi menggunakan bahan-bahan di perpustakaan. Akhir sekali dapat memupuk dan mengembangkan minat para pelajar untuk mengunjungi serta menggunakan perkhidmatan perpustakaan sebaik mungkin. Tema program ini ialah ‘Membaca Titian Ilmu’.

Pelbagai aktiviti telah dirancang, iaitu antaranya pertandingan kuiz ‘ebooks’, bercerita, ulasan buku, sinopsis cerita setiap minggu, sahibba, teka silang kata, buku skrap, rekacipta berasaskan surat khabar lama, ‘explore race’, mencipta dan mendeklamasikan puisi (sajak) dan ‘scrabble’. Semua pertandingan ini akan diberikan hadiah istimewa bagi peserta tempat pertama, kedua dan ketiga.

Maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini, para pelajar boleh mengunjungi Perpustakaan Za’aba SMK Benut untuk mengetahui syarat-syarat pertandingan tersebut atau melalui guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 

Diharapkan semua aktiviti yang dirancang ini dapat kerjasama yang terbaik daripada pelajar SMK Benut.





Taklimat Khas Disiplin Penghuni Asrama (Asli) SMK Benut


10 JULAI 2012 – Perjumpaan dan taklimat khas kepada penghuni asrama (Asli) SMK Benut telah diadakan di dataran Sanggar Kokurikulum pada hari ini. Taklimat khas berkaitan peringatan peraturan asrama dan disiplin yang perlu dipatuhi oleh penghuni asrama. Taklimat ini disampaikan oleh Encik Ismail Bin Ali (Guru Disiplin) dan Puan Hajah Azizah Binti Haji Omar (Penolong Kanan HEM, SMK Benut).

Pihak pengurusan asrama dan sekolah tidak akan berkompromi kepada penghuni yang melanggar disiplin dan peraturan asrama, iaitu akan membuat tindakan yang lebih tegas seperti mengeluarkan dari tidak menjadi penghuni asrama lagi. Seterusnya, mengharapkan kerjasama semua penghuni sentiasa menjaga kebersihan bilik dan kemudahan yang disediakan.

Diharap semua penghuni faham dan melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya sebagai penghuni asrama.

  






Monday, July 9, 2012

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-37



5 JULAI 2012 – Tahniah kepada semua warga SMK Benut yang telah berjaya menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-37 pada hari ini yang bertempat di Padang, SMK Benut dengan suasana yang sederhana namun tetap meriah dengan kerjasama semua warga SMK Benut.

Majlis dirasmikan oleh Encik Lua Chuan Huat (Ketua Pemuda MCA Bahagian Pontian) merangkap wakil rasmi YB Dato’ Tee Siew Kiong (ADUN Pulai Sebatang).

Syabas kepada para atlet yang mewakili rumah sukan yang berjaya dengan cemerlang.

Berikut keputusan rasmi acara yang dipertandingan pada tahun ini :

ACARA
TEMENGGONG
LAKSAMANA
BENDAHARA
PANGLIMA
MERENTAS DESA
JOHAN
(484)
KETIGA
(423)
NAIB JOHAN
(450)
KEEMPAT
(421)
SUKANTARA
JOHAN
(1608)
NAIB JOHAN
(1539)
KETIGA
(1342)
KEEMPAT
(1309)
PRAKEJOHANAN
NAIB JOHAN
(181)
JOHAN
(183)
KEEMPAT
(131)
KETIGA
(144)
KEJOHANAN
NAIB JOHAN
(56)
KETIGA
(40)
KEEMPAT
(37)
JOHAN
(62)
PERBARISAN
JOHAN
(45.75)
KEEMPAT
(42.5)
NAIB JOHAN
(44)
KETIGA
(42.75)
HIASAN KHEMAH
JOHAN
(47.5)
KEEMPAT
(37.5)
NAIB JOHAN
(40.75)
KETIGA
(41.75)
JOHAN KESELURUHAN
JOHAN
(2422.25)
NAIB JOHAN
(2265)
KETIGA
(2044.75)
KEEMPAT
(2020.5)