Wednesday, August 15, 2012

Penyerahan Agihan Zakat sumbangan Bank Rakyat



14 OGOS 2012 – Majlis Penyerahan Agihan Zakat sumbangan Bank Rakyat telah berjaya disempurnakan oleh Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) kepada seramai 79 orang keluarga yang terpilih dengan agihan zakat sebanyak RM100.00 setiap keluarga. Mereka yang terpilih telah dijemput hadir untuk menerima sumbangan ini pada hari ini bertempat di Kantin, SMK Benut bermula jam 8.30 pagi.

Keluarga yang terpilih daripada kalangan keluarga yang anaknya belajar di SMK Benut dengan pendapatan keluarga yang rendah dan anak mereka yang mencapai tahap akademik yang cemerlang dalam peperiksaan. Program Sekolah Penyayang yang dilaksanakan di SMK Benut ini telah menjadi pilihan Bank Rakyat (pihak swasta) untuk memberikan agihan zakat ini kepada anak-anak pelajar SMK Benut. Bank Rakyat telah menyumbangkan agihan zakat sebanyak RM7,900.00

Pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih kepada Bank Rakyat yang amat prihatin dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan dan seterusnya memilih SMK Benut untuk sumbangan tersebut.


















Penyerahan Wang Raya kepada pelajar SMK Benut 2012


14 OGOS 2012 – Majlis penyerahan Wang Raya kepada pelajar SMK Benut yang terdiri dalam kalangan anak yatim piatu dan dari keluarga yang berpendapatan rendah. Mereka menerima wang sebanyak RM20.00 setiap seorang sumbangan ikhlas daripada para pelajar, guru-guru serta kakitangan staf sokongan, dan Tabung Dana Kebajikan Pelajar (DAKAP), SMK Benut. Kutipan sumbangan ini diuruskan oleh Panitia Pendidikan Islam, SMK Benut.

Majlis terlah disempurnakan oleh Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut). Beliau menasihatkan agar wang yang diterima ini dapat digunakan sebaik yang mungkin dan walaupun ianya tidak begitu banyak namun dapat digunakan untuk menambahkan jumlah wang untuk membeli barang keperluan sebelum menyambut hari raya Aidilfitri.

Akhir sekali, beliau turut mengucapkan selamat menyambut hari raya dan bersama-sama menyambut hari raya Aidilfitri dengan hati yang gembira.

















Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali ke-55 Tahun 2012



13 Ogos 2012 – Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali ke-55 Tahun 2012 peringkat sekolah telah berjaya dilancarkan secara rasmi oleh Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) bertempat di Dataran Baiduri, SMK Benut semasa perhimpunan mingguan khas pada hari ini bermula jam 7.20 pagi sehingga 8.10 pagi.

Majlis yang diadakan walaupun secara sederhana namun memberikan impak yang besar kepada semua warga SMK Benut pada hari ini. Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Pengetua. Beliau dalam ucapannya mengingatkan kepada semua warga SMK Benut supaya sentiasa berfikiran rasional dan bertindak mengikut hala tuju yang sebenar sebagai seorang insan. Seterusnya, meningkatkan diri, sahsiah  dan disiplin untuk memastikan kejayaan yang lebih cemerlang.

Majlis seterusnya memotong reben dan menaikkan dua buah bendera Jalur Gemilang sepanjang 15 meter di bangunan Tingkatan Enam. Jalur Gemilang ini diusahakan oleh para pelajar Junior Tingkatan Enam. Majlis disempurnakan oleh Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua) dan Puan Hajah Azizah Binti Omar (PK HEM). Majlis seterusnya, mendeklamasikan sajak dan bicara berirama kemerdekaan oleh para pelajar Tingkatan 2 Rancangan Khas. Akhir sekali, nyanyian beramai-ramai lagu Jalur Gemilang dan Lagu Negaraku.

Pelbagai aktiviti dirancangkan sepanjang bulan kemerdekaan ini yang dianjurkan oleh Panitia Sejarah untuk diambil peluang kepada semua warga SMK Benut. Antaranya, membuat ucapan di portal rasmi SMK Benut, membuat buku skrap Merdeka, mencipta sejarah patriotik, membuat bendera Malaysia daripada bahan terbuang, mendeklamasikan sajak patriotik, melukis poster berdasarkan tema hari kebangsaan ke-55 dan menulis esei kemerdekaan. Semoga aktiviti ini dapat sambutan yang menggalakkan oleh semua pelajar SMK Benut.

Warga SMK Benut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-55, Janji ditepati.

















Tuesday, August 14, 2012

Pemantauan dan Penilaian Pengetua Cemerlang DG54


13 OGOS 2012 – Pemantauan khas seramai dua orang pegawai wakil dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah hadir ke SMK Benut pada hari ini. Tujuan hadir untuk membuat pemantauan pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran SMK Benut serta menilai percalonan Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) bagi kenaikan pangkat Pengetua Cemerlang DG54.

Kami warga SMK Benut mendoakan semoga Tuan Pengetua berjaya dalam percalonan ini. Insyaallah.