SELAMAT DATANG KE PORTAL WEB RASMI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BENUT, PONTIAN, JOHOR, MALAYSIA. ||| KAMI MENGALU-ALUKAN KUNJUNGAN ANDA ||| TERIMA KASIH



.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:WARGA SMK BENUT MENGUCAPKAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH. TINGKATKAN KECEMERLANGAN DIRI ANDA PADA TAHUN 2013.>>





" 55 Tahun, Janji Ditepati "

" 55 Tahun, Janji Ditepati "

Buletin Terkini SMK Benut


Aktiviti :

Sesi Persekolahan Bermula

Tarikh : 2 Januari 2013
Fokus : Semua warga SMK Benut
Semoga Kecemerlangan Milik Anda


.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Tahniah kepada seramai 7 orang murid mendapat 8A dalam PMR 2012 serta Tahniah SMK Benut menerima 2 Sijil Penghargaan Bilangan Calon Cemerlang Terbanyak PMR dan Peningkatan Peratus 3 tahun berturut-turut daripada PPD Pontian.

Makluman Semua Guru...Sila Isikan Markah Peperiksaan Anda melalui Sistem ini. Harap maklum

Kenali SMK Benut



Buletin SMK Benut

Monday, October 29, 2012

Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia 2012




24 Oktober 2012 – Pelancaran Program Read 2012 : One Nation Reading Together sempena Kem Membaca 1Malaysia (KM1M 2012) telah berjaya dilancarkan oleh Puan Hajah Azizah Binti Haji Omar (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Benut) bertempat di Dewan Baiduri, SMK Benut pada jam 9.30 pagi. Warga SMK Benut turut melaksanakan aktiviti membaca buku serentak di seluruh negara selama 34 minit pada hari itu sebaik sahaja perasmian pelancaran dilakukan.

Pelbagai aktiviti telah diadakan oleh Jawatankuasa KM1M  2012 yang bermula 22 Oktober sehingga 25 Oktober seperti pertandingan pidato, perbahasan, public speaking, choral speaking, projek kitar semula, 10 minit bersama buku atau resensi buku serta jejak maklumat atau klinik membaca. Sasaran kepada semua pelajar SMK Benut daripada 3 kategori, iaitu menengah rendah (tingkatan 1 – 3), menengah atas (tingkatan 4 – 5) dan Tingkatan 6 (senior dan junior). Sambutan dan penglibatan yang amat menggalakkan daripada warga SMK Benut dalam semua aktiviti yang dilaksanakan amat cemerlang.

Program KM1M 2012 bermatlamat untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pemangkin kepada proses pembelajaran sepanjang hayat. Seterusnya, objektifnya untuk mengisi masa lapang pelajar, menggerakkan program galakkan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan pusat sumber sekolah sebagai tempat rujukan bahan bacaan.

Diharap program ini dapat menyuntik minat warga SMK Benut untuk terus membaca dan menjadikan sebagai budaya dalam kehidupan seharian. 




Tuesday, October 23, 2012

Majlis Graduasi Prauniversiti Kali Kedua




23 Oktober 2012 – Seramai 120 orang pelajar Prauniversiti Senior telah berjaya  menerima sijil graduasi yang diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Baiduri, SMK Benut bermula jam 9.00 pagi.

Majlis Graduasi Prauniversiti bagi sidang akademik 2011/2012 yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan Akademik merupakan satu majlis penghargaan kepada guru akademik dan para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan STPM serta  menamatkan alam persekolahan pada penghujung tahun 2012. Seterusnya, majlis ini menjadi wadah pertemuan, perbincangan dan pemuafakatan antara pelajar dengan ibu bapa, guru-guru dan rakan pelajar. Selain itu, melalui majlis ini diharapkan dapat menyuntik semangat motivasi agar dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang, yakin dan seterusnya memperoleh kejayaan yang cemerlang.

Majlis Graduasi Prauniversiti ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Msduki Bin Haji Shahri (Pegawai Pelajaran Daerah Pontian). Turut hadir dalam majlis ini ialah Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut. Ibu bapa dan penjaga pelajar prauniversiti turut diundang bagi meraikan majlis ini.

Penyampaian sijil graduasi, sijil anugerah khas pelajar PNGK terbaik kurikulum, penerima anugerah tokoh pelajar kokurikulum dan penerima anugerah tokoh pelajar harapan kurikulum telah berjaya disempurnakan oleh Tuan Haji Msduki Bin Haji Shahri (Pegawai Pelajaran Daerah Pontian). 
 



















Thursday, October 18, 2012

Mesyuarat Guru dan Jamuan Akhir Tahun 2012



17 Oktober 2012 – Mesyuarat Guru Akhir Tahun dan Jamuan Akhir Tahun telah berjaya diadakan pada hari ini bertempat di Pinetree Hotel, Batu Pahat.

Majlis bermula jam 2.30 petang dengan semua yang hadir menjamu selera makanan yang telah dihidangkan. Seterusnya, mesyuarat guru akhir tahun bermula dengan dipengerusikan oleh Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut). Kemuncak majlis ini ialah cabutan bertuah, kuiz spontan dan cenderahati kepada AJK KEBIRU. Majlis berakhir jam 6.00 petang.
















Tuesday, October 16, 2012

Semoga Cemerlang Chef Remaja SMK Benut



16 Oktober 2012 – Warga SMK Benut mendoakan semoga mendapat kejayaan yang cemerlang kepada 3 orang pelajar SMK Benut iaitu, NURUL AMIRA BINTI HASSAN (3 IBNU KHALDUN), SYAHFIQAH IZLIN BINTI SYAHFUL MASNI (3 IBNU KHALDUN)  dan NUR ANISYA NASEHA BINTI MOHD YUSOF (I IBNU RUSYD) yang telah berjaya menjadi wakil pasukan negeri Johor ke peringkat Kebangsaan dalam pertandingan CHEF REMAJA PERTANDINGAN MEMASAK 2012 yang akan diadakan pada 18 Oktober 2012 – 21 Oktober 2012 di Kuching, Sarawak.

Sebelum ini, mereka telah berjaya mendapat JOHAN Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor yang telah diadakan pada hari Selasa, 26 Jun 2012 bertempat di SM Agama Mahad Muar.

Semoga berjaya dengan cemerlang dalam pertandingan memasak serta mengharumkan nama sekolah. Insyaallah.








TABUNG PEMBANGUNAN INSAN

Warga SMK Benut's Fan Box

Warga SMK Benut on Facebook

PERASMIAN PELANCARAN PORTAL RASMI SEKOLAH OLEH

YANG BERHORMAT DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Merangkap Ketua Biro Penerangan UMNO dan Ahli Parlimen Pontian
Pada hari Sabtu, 3 MAC 2012, jam 11.00 pagi.


bertempat di Dewan Baiduri, SMK Benut semasa Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34
<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>


PENAFIAN:

SMK BENUT, PONTIAN, JOHOR
TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKKAN
YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DARI LAMAN WEB INI

PAPARAN TERBAIK : 1024 X 768 px [IE/FF]

Hakcipta Terpelihara © SMK Benut 2013

Hubungi Kami

SMK Benut, Jalan Jaafar, 82200 Benut, Pontian, Johor.

E-mail : jee6017smkb@gmail.com
Facebook : www.facebook.com/smkbenut

Tel : 07-6903254
Faks : 07-6906613