Friday, March 22, 2013

SMK BENUT MENDAPAT TEMPAT KEEMPAT OLAHRAGA MSSM DAERAH PONTIAN

21 Mac 2013

SMK Benut telah menyertai Kejohanan Olahraga Daerah Pontian Kali ke 46 pada 18 hingga 21 Mac 2012 dengan keputusan yang membanggakan. SMKB telah meraih 5 emas 7 perak dan 8 gangsa meletakkan SMKB di tangga keempat keseluruhan dari 15 sekolah Daerah Pontian yang bertanding.

SMKB telah menghantar serami 50 atlit bagi menggalas harapan sekolah. Pada tahun sebelumnya SMKB hanya menduduki tangga keenam keseluruhan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para atlit yang telah berjuang demi sekolah tidak lupa juga kepada semua guru-guru merangkap jurulatih dan pengurus pasukan yang diterajui oleh En Abd khalil b Mohd Masri sebagai ketua jurulatih dan En Ismail bin Ahmad sebagai pengurus pasukan.

Sekali lagi tahniah diucapkan.

MAJULAH SUKAN UNTUK SMKB

Wednesday, March 13, 2013

PERTANDINGAN BADMINTON MSSM PERINGKAT DAERAH PONTIAN

6 Mac 2013, SMK Benut

SMK Benut telah berjaya mengelola pertandingan Badminton Daerah Pontian 2013. Pertandingn dijalankan selama 3 hari bermula 6,7 dan 8 mac. Pertandingan telah diadakan di dewan Majlis Daerah,Benut dan Dewan SMK Benut

Seramai 14 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut

Hanya kategori perseorangan bagi setiap kategori lelaki 18,15 dan 12, perempuan 18, 15 dan 12 dipertandingkan.

SMK Benut telah mencapai beberapa kemenangan antaranya;

Johan Lelaki 18
Johan Lelaki 15
Johan Perempuan 15
N.Johan Lelaki 15
N.Johan perempuan 15
Ke 4 lelaki 15

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK Benut

SUKAN MEMBENTUK GENERASI SIHAT

Saturday, March 2, 2013

LATIHAN KEBAKARAN

1 Mac 2013, SMK Benut.

Satu loceng panjang telah dibunyikan...
Satu aktiviti latihan kebakaran telah diadakan di sekolah oleh jawatankuasa keselamatan pelajar yang dikelola oleh
En Abd Khalil bin Masri. Aktiviti ini bertujuan untuk mengajar dan mendedahkan kepada pelajar tentang situasi sebenar jika kebakaran berlaku

Pelajar2 dikumpulkan di padang mengikut tingkatan dan guru tingkatan akan mengambil kedatangan semasa kebakaran dan membuat laporan bagi memastkan semua pelajar telah selamat berada dikawasan yang telah ditetapkan.