Friday, January 25, 2013

MAJLIS PERPISAHAN

SMK Benut, 25 Jan telah diadakan majlis perpisahan En Samsudin bin Saad yang telah berpindah ke IPG Batu Pahat sebagai pensyarah maktab yang berkuatkuasa 1 Jan 2013yang lepas. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi. Terima kasih diucapkan kepada AJK KEBIRU yang telah menjayakan majlis tersebut

Bagi yang diraikan diucapkan agar akan lebih maju kehadapan dan dikhabarkan akan menyambung pengajian ke peringkat PHD. Tahniah diucapkan

Majlis diserikan lagi dengan pemberian hadiah daripada panitia panitia dan daripada orang perseorangan kepada yang diraikan.



























Tuesday, January 22, 2013

HARI BERTEMU PELANGGAN DAN PENYERAHAN WANG BANTUAN PERSEKOLAHAN RM 100

22 Jan 2013 SMK Benut, telah mengadakan majlis penyerahan keputusan peperiksaan akhir tahun 2012 bagi tingkatan 2 3 dan 5.

Ibu bapa mula mendaftar pada jam 8.30 pagi. Ibu bapa yang hadir diberikan taklimat PBS terlebih dahulu.  Taklimat telah diberikan oleh Puan Asiah binti Juli dan wakil dari PPD Pontian.

Setelah selesai taklimat PBS, tuan pengetua memberi sepatah dua kata sementara menunggu kehadiran wakil YB Dato' Ahmad bin Mazlan untuk menyampaikan wang bantuan persekolahan kepada ketua dan penolong kelas setiap tingkatan seramai 60 pelajar.

Penyampaian wang bantuan persekolahan pada setiap pelajar yang lain telah dibuat oleh guru-guru tingkatan di dalam kelas masing-masing.

Majlis tamat kira-kira jam 2 petang.


TAKLIMAT PBS BERSMA IBU BAPA











MAJLIS PENYERAHAN WANG BANTUAN PERSEKOLAHAN











Monday, January 21, 2013

MERENTAS HUJAN MEREDAH DESA

Seperti lirik lagu pun ada tajuk pada kali ini. Tapi itulah yang berlaku pada hari gantian sukan merentas desa sekolah yang bermula agak indah namun pada akhir larian hampir sebahagian pelajar kuyup dihujani semasa merentas desa bak kata pepatah disangkakan cerah sampai ke petang tetapi hujan ditengahari.

Walaupun begitu acara dapat diteruskan sehingga ke penghujung.  Pelajar-pelajar tampak lebih bersemangat ketika hujan turun.masing-masing bertungkus lumus mengerah keringat untuk menamatkan larian mereka seterusnya menyumbangkan mata kepada rumah sukan masing-masing.

Tahniah diucapkan kepada pelajar dan guru-guru yang terlibat dalam acara rentas desa sekolah

Tuan pengetua En Mastura Aladdin bin Masro telah menjadi pelepas pada acara merentas desa pada edisi kali ini

MAJULAH SUKAN UNTUK SMK BENUT


Antara picisan-picisan yang menarik semasa acara berlangsung.