Thursday, February 21, 2013

HARI SUKANTARA SEKOLAH 2013

19 FEBRUARI 2013, SMK BENUT

Pada 19 Februari bersamaan hari selasa, SMK Benut telah menjayakan satu aktiviti sukantara peringkat sekolah yang disertai oleh semua pelajar mengikut rumah sukan masing-masing.

Antara acara yang dipertandingkan ialah acara 100 M, 400 M, lompat jauh dan lontar peluru.

Aktiviti berlangsung selama 2 hari iaitu hari Selasa dan hari Khamis. Aktiviti dijalankan Pada Sebelah petang bermula Jam 2.30 petang.

Wednesday, February 20, 2013

KEMASKINI MAKLUMAT SAPS SESI 2013

Perhatian kepada Semua guru yang mengajar tingkatan 3,4,dan 5 sila kemaskini maklumat matapelajaran (daftar matapelajaran 2013) ,maklumat pelajar (jika ada kesalahan) dan maklumat lain yang berkaitan.

Perhatian kepada guru kelas sila pastikan setiap pelajar anda telah diisikan no.ic@surat beranak. Urusan mengemaskini pelajar perlu dilakukan pada sistem APDM online.


Friday, February 8, 2013

PEMBERIAN ANGPOW

8 Feb, SMK Benut

Sejajar dengan sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi, pihak sekolah tidak ketinggalan dalam memberi sumbangan kepada 25 pelajar cina. Setiap pelajar tersebut mendapat wang tunai sebanyak RM 20. Sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Pengetua.

Sebelum penyampai angpow, Tuan Pengetua telah memberi sepatah dua kata berkaitan dengan pendidikan,disiplin dan beberapa perkara tentang aktiviti cuti sekolah.









PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG PERTANDINGAN PINGPONG PERINGKAT DAERAH PONTIAN

6 Feb, SMK Benut

Satu majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan Pingpong peringkat Daerah Pontian telah diadakan pada perhimpunan kokurikulum. Hadiah telah disampaikan oleh tuan pengetua. Beberapa kejayaan telah dicapai dalam pertandingan tersebut






Monday, February 4, 2013

PELANCARAN BULAN PENGHAYATAN BAHASA

Isnin 4 Februari, SMK Benut

Satu majlis pelancaran Bulan Penghayatan Bahasa telah diadakan pada perhimpunan sekolah. Majlis telah diserikan dengan beberapa persembaha seperti sketsa pendek yang mengisahkan tentang kepentingan bahasa dan terdapat juga persembahan ucapan umum oleh pelajar.

Majlis pelancaran dijalankan dengan penuh adat istiadat melayu seperti pada zaman kesultanan melayu siap bertanjak bersamping datang membawa titah tunduk sujud memohon sembah.

Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua En. Mastura Aladdin bin Masro.



Sekitar majlis perasmian














Friday, February 1, 2013

PENYAMPAIAN HADIAH MERENTAS DESA SEKOLAH DAN DAERAH

Pemenang bagi setiap kategori bawah 18,15,dan 13 lelaki dan perempuan telah dianugerahkan hadiah pada perhimpunan kokurikulum sek,30.1.2013 bersamaan hari rabu yang lepas. Seramai 15 pemenang bagi setiap kategori telah diberikan hadiah berupa pingat dari kedudukan 15 hingga 4 dan piala kepada 3 kedudukan terbaik.

Pada 23 Januari 2013 telah berlangsung acara rentas desa peringkat daerah bertempat di Tanjung Piai Kukup Pontian. Sekolah SMK Benut telah menghantar wakil atlet ke pertandingan tersebut dan telah merangkul beberapa kemenangan.