Friday, October 31, 2014

JAMUAN AKHIR TAHUN 

&
MAJLIS PERPISAHAN GPK 1 SMK BENUT 
2014


29 Oktober 2014 : Smk Benut dengan sukacita telah mengadakan sebuah jamuan akhir tahun berserta majlis perpisahan GPK 1 Smk Benut bersama guru-guru dan kakitangan Smk Benut di Tanjung Piai Resort, Pontian johor. Majlis ini merupakan sebuah program tahunan Smk Benut sebagai tanda menghargai usaha guru-guru dan kakitangan di dalam menyumbangkan kecemerlangan sekolah. Majlis telah berlangsung di sebelah petang selepas sesi persekolahan. Majlis juga turut menyampaikan cenderahati kepada En. Selamat bin Hj. Mon daripada panitia matapelajaran masing-masing sebagai tanda penghargaan sepanjang beliau berada di SMK Benut. 




Selanjutnya sila klik disini





Thursday, October 30, 2014

TAHNIAH !!! SELANGKAH KE MENARA GADING. MAJLIS GRADUASI TINGKATAN ENAM SMK BENUT 2014

28 OKTOBER 2014 : Syabas dan tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar tingkatan enam atas SMK Benut. Permulaan langkah yang cemerlang sebelum ke menara gading akan membawa kejayaan yang pasti di masa hadapan. Majlis telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Msduki bin Hj. Shahri, Pegawai Pendidikan Daerah Pontian, Johor. Turut menjayakan majlis tenaga pengajar tingkatan enam. Seramai 117 orang pelajar menerima graduasi masing-masing sambil disaksikan oleh ibu bapa pelajar. Semoga majlis graduasi ini dapat menyuntik semangat terakhir di dalam membuat pecutan dalam kalangan pelajar-pelajar tingkatan enam yang akan menduduki STPM November ini.





 



Selanjutnya sila KLIK DISINI

Wednesday, October 29, 2014

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN PELAJAR TINGKATAN 5

26 OKTOBER 2014 : Sebuah majlis jamuan akhir tahun bagi pelajar-pelajar tingkatan 5 telah diadakan bagi meraikan dan beramah mesra bersama pelajar-pelajar tingkatan 5 yang akan mengakhiri sesi persekolahan mereka dalam tahun 2014 ini. semoga semua pelajar terus maju dan cemerlang dimasa hadapan dan selamat menjawab SPM 2014 dengan cemerlang. We Are The Best!!!









Selanjutnya sila klik disini
 

Syabas dan Tahniah !!! Kenaikan Pangkat GPK 1 Smk Benut


26 Oktober 2014 : Sebuah majlis keraian bersama pelajar bagi menghargai jasa dan pengorbanan En. Selamat b. Hj. Mon (GPK 1) SMK Benut telah diadakan. Tahniah diucapkan kepada GPK 1 SMK benut diatas kenaikan pangkat beliau sebagai pengetua di SMK Seri Kukup. kami warga SMK Benut mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala usaha dan pencapaian beliau di dalam mencapai kecemerlangan sekolah dan di dalam meningkatkan pencapaian berprestasi tinggi 3 tahun berturut-turut di dalam pemverifikasian sistem pengurusan sekolah kualiti (SPSK)  SMK Benut 2012-2014. Tahniah dan terima kasih diucapkan daripada warga SMK Benut. Semoga beliau terus maju di tempat baharu.


Selanjutnya sila klik disini

Saturday, October 18, 2014

Pecutan Akhir Calon SPM 2014

16 - 18 Oktober 2014: Seramai 40 orang pelajar calon SPM 2014 telah mengikuti satu program khas Pecutan Akhir SPM khusus untuk mata pelajaran aliran sains tulin. Program ini dijalankan di Kolej Tun Husein Onn, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Program ini bermatlamat untuk meningkatkan keyakinan diri peserta untuk menghadapi peperiksaan serta mempersiapkan peserta untuk menghadapi peperiksaan dengan positif dan berkesan. Harapan kami, selepas tamat program ini peserta akan dapat memahami kepentingan dan keperluan peperiksaan di dalam sistem pendidikan di Malaysia, menangani tekanan peperiksaan dengan berkesan, merencana persiapan sebelum menghadapi peperiksaan dalam tempoh masa yang semakin singkat serta membuat persiapan mental, emosi dan rohani bagi menghadapi hari peperiksaan nanti.

Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program ini yang sanggup mengorbankan waktu cuti demi anak-anak SMK Benut. "We Are The Best"





Wednesday, October 15, 2014

Pameran Seni Visual STPM Penggal 3 Tahun 2014




15 Oktober 2014: Satu Majlis Pameran Seni Visual STPM Penggal 3 Tahun 2014 yang dikendalikan oleh pelajar Pra-U Senior telah dijalankan di Sanggar Kokurikulum SMK Benut.

Pameran yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar ini dijalankan bagi memenuhi kehendak pentaksiran PBS bagi mata pelajaran Seni Visual STPM.

Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat dalam menjayakan Majlis ini. Semoga semua pelajar akan berjaya. "WE Are The Best".



Selamat Menjalani Pentaksiran Akhir PT1, PT2, PT3 dan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 Tahun 2014

15 Oktober 2014: Semua murid tingkatan 1, 2 dan 4 SMK Benut sedang menghadapi pentaksiran dan peperiksaan akhir tahun yang akan berakhir pada 30 Oktober 2014. Bagi pelajar islam PT3 pula hari ini merupakan hari terakhir pentaksiran.

Semoga semua pelajar akan memperoleh kejayaan yang cemerlang.

Thursday, October 9, 2014

SOLAT HAJAT PERDANA SMK BENUT

Selasa, 7 Oktober 2014 : Sebuah Solat hajat perdana telah diadakan untuk pelajar-pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 yang akan menghadapi peperiksaan PT3, SPM dan STPM. Majlis turut disertai oleh para ibu bapa dan guru-guru SMK Benut. Semoga semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan dapat menghadapi peperiksaan dengan lebih tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang. Ribuan terima kasih juga kepada para ibu bapa yang hadir bersama-sama mendoakan kecemerlangan anak-anak mereka.  We Are The Best!!!


Selanjutya Klik Disini

Monday, October 6, 2014

Friday, October 3, 2014

Indah langit kerana awan,Indah laut kerana kebiruan,Indah Aidilfitri kerana kemaafan,Indah Aidiladha kerana pengorbanan,Selamat Hari Raya Aidiladha!

daripada 
Warga SMK Benut


MAJLIS RESTU ILMU


Rabu, 1 Oktober 2014 : Sukacitanya warga SMK Benut telah mengadakan sebuah majlis yang dipanggil sebagai "Majlis Restu Ilmu" antara pengisian majlis tersebut adalah seminar motivasi, solat hajat, anugerah kecemerlangan akademik dan perjumpaan ibu bapa pelajar yang cemerlang.  Selain itu, objektif majlis restu ilmu ini adalah untuk menyuntik semangat dan mendorong pelajar supaya lebih berusaha menjadi cemerlang atas berkat doa dan usaha warga pendidik SMK Benut. Tahniah juga diucapkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 yang menerima anugerah kecemerlangan pelajar di peringkat percubaan (kebanyakannya menerima Gred Purata Pelajar antara 1.0 - 3.0). Tidak dilupakan juga pengorbanan dan titik peluh warga pendidik SMK Benut yang bertungkus lumus meningkatkan pencapaian pelajar. WE ARE THE BEST!..TERIMA KASIH CIKGU !!! 




    

 
 

Selanjutnya  Klik disini