Tuesday, February 24, 2015

"Majlis Semaian Budi Sejambak Kasih"

Sayo Nara

En. Mosman bin Parkan


15 Mac 2015 (Ahad) : Selamat Bersara diucapkan kepada En. Mosman bin Parkan di atas jasa yang telah ditaburkan sepanjang 17 tahun perkhidmatan beliau di SMK Benut ini. Majlis telah berlangsung di Dewan Baiduri Smk Benut. Terima kasih juga diucapkan kepada para guru SMK Benut yang memberikan kerjasama yang baik bagi menjayakan majlis yang telah berlangsung. Sayo nara diucapkan kepada En. Mosman bin Parkan, jasa dan budi yang diberikan akan kami semat di dalam hati sebagai panduan hidup. 

En. Mosman bin Parkan atau lebih dikenali oleh para pelajar sebagai Cikgu Mosman telah mendapat pendidikan ikhtisasnya di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (1977-1978). Selain itu juga beliau penah mendapat pendidikan awal di Institut Bahasa Kuala Lumpur (1993-1994), kemudian  melanjutkan pendidikannya di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 1995- 1998. Beliau juga pernah mendapat pendidikan awal di Pusat Latihan Pegawai Kadet  (PLAW) Ipoh dan Sekolah Pegawai KAdet Port Dickson. 

Antara anugerah yang pernah diterima oleh beliau adalah:

1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2014
2. Anugerah Kokurikulum SMKB 2013
3. Anugerah Pingat Perkhidmatan awam (PPA) 2003
4. Anugerah Pegawai Muda Tentera Wataniah (1998)









Thursday, February 19, 2015

Pemberian Ang Pao 2015


17 Februari 2015: Pihak sekolah dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah berbesar hati menyampaikan ang pao kepada 26 murid terpilih sempena sambutan perayaan tahun baru cina yang bakal disambut pada 19 Februari 2015.

Semoga dengan pemberian sumbangan ini akan memberikan kegembiraan kepada mereka dalam meraikan perayaan kali ini.
Gong Xi Fat Cai

Selamat Tinggal Cik Aznida

17 Februari 2015: Hari ini merupakan hari terakhir Cik Aznida berada di SMKB sebagai Guru Ganti Pn. Nurul Asyikin. Sebagai tanda ingatan, pihak sekolah telah memberikan cenderahati kepadanya. Terima kasih kepada Cik Aznida atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang beliau berada di sini. Semoga beliau terus cemerlang dan didoakan dapat memperolehi kerja tetap dimasa akan datang. Selamat Tinggal.

Anugerah 1 Guru 1 Kajian Tindakan 2014

10 Februari 2015: Pejabat Pendidikan Daerah Pontian telah menganugerahkan sijil kepada SMKB atas penyertaan 100% penyertaan guru-guru dalam menghasilkan kajian tindakan tahun 2014. SMKB merupakan satu-satunya sekolah menengah di daerah Pontian yang dapat menggerakkan semua guru untuk menyumbangkan penulisan kajian tindakan.

Sebagai simboliknya, Tn Pengetua telah menyerahkan Sijil Penghargaan tersebut kepada Pn. Hjh. Azniza Penyelaras 1 Guru 1 Kajian Tindakan dalam mesyuarat pentadbiran 11 Februari 2015 yang lalu.

Terima kasih kepada semua guru kerana menyambut baik dengan memberikan kerjasama dalam kempen 1 Guru 1 Kajian Tindakan. Semoga usaha yang sebegini akan dapat diteruskan dimasa-masa akan datang. SMKB, We Are The Best.

Thursday, February 12, 2015


PELANCARAN BULAN PENGHAYATAN BAHASA
SMK BENUT

08.02.2015-08.03.2015

ANJURAN:
Panitia Bahasa Melayu
Panitia Bahasa Inggeris
Panitia Bahasa Cina

08 Feb 2015 (Ahad) : Sebuah pelancaran bulan penghayatan bahasa SMK Benut telah dilancarkan oleh Encik Mastura Aladdin bin Masro (Pengetua SMK Benut). Objektif pelancaran bulan penghayatan bahasa adalah untuk melahirkan para pelajar yang berketrampilan dan dapat menguasai kemahiran mendengar, bertutur dan menulis dalam bahasa melayu serta mengembangkan bakat pelajar dalam pelbagai bidang yang selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan dan matlamat pendidikan negara.

sepanjang tempoh pelancaran tersebut telah diadakan beberapa pertandingan  antaranya pertandingan bahasa inggeris ( scrabble, treasure hunt, wonder word, strorey telling, book mark, public speaking, word puzzle) pertandingan bahasa cina (Kaligrafi cina, kuiz, deklamasi sajak dan teka-teki) pertandingan bahasa melayu (sahibba, menulis esei, pidato/syarahan, deklamasi puisi, kuiz bahasa, berbalas pantun, forum remaja, teka silang kata, cerita klasik, buku skrap dan bicara berirama)




 
 
 
 
 
 
 

 

 
 

Monday, February 2, 2015

KAEDAH MENGHAFAL SIFIR CEPAT KAEDAH MOKHDAR
"12 saat sifir 2-9 pasti hafal"

30-31 Jan 2015 (Jumaat & Sabtu) : Sebuah Program di bawah "Kecemerlangan Jubli Emas" Smk benut telah diadakan bagi memunggut dana sempena Jubli Emas SMK Benut. Program tersebut telah mendapat sambutan dari sekolah-sekolah di Daerah Pontian. Sasaran utama program tersebut adalah anak-anak yang berusia 6-12 tahun. 

Objektif program adalah supaya pelajar boleh menghafal sifir 2-9 dalam masa 12 saat untuk menjimatkan masa pelajar menyelesaikan masalah yang melibatkan pengiraan serta menggalakkan minat pelajar di dalam mempelajari matematik. Selain itu juga program tersebut juga adalah untuk memudahkan pelajar menjawab soalan matematik dan cekap matematik.