Friday, May 29, 2015


JOHAN

CHEF REMAJA

PERTANDINGAN MEMASAK 2015

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI JOHOR

TARIKH: 28 MEI 2015

TEMPAT: SMK ANJUNG BATU, MERSING, JOHOR

CHEF MUDA:
NOR AISYAH BT MOHD SAMURI
 MASHITAH BT SALIMIN
FATIN NUR AINA BT RAZAMAN
(3RK)

GURU PEMBIMBING:
PN. SALINAH BT ESA
CIK SITI NORAZLIKHA BT ZELKEPLI

TEMA:
MENU SIHAT 'HIDANGAN NEGERI' JOHOR

MENU:
LAKSA JOHOR SRI PINANG MAGGI®
BOTOK-BOTOK TENGGIRI PUNCAK MAHKOTA MAGGI®
ACAR TIMUN PUTERI MAGGI®
AIR KATHIRA KASIH NESTLE®


 Sesi bergambar Penyampaian Hadiah 'JOHAN'

Meja No. 4: Sebelum Pertandingan

Hasil Masakan Chef Muda


28 Mei 2015 - TAHNIAH! Selepas 2 tahun, sekolah kita sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk mewakili daerah Pontian dalam  'Pertandingan Memasak 2015 Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor'. Alhamdulillah berkat usaha pelajar dan guru, sekolah kita telah berjaya mendapat JOHAN 'Pertandingan Memasak 2015 Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor' sekaligus mengulagi kejayaan sekali lagi yang telah dimenangi pada tahun 2012. Sekolah kita akan mewakili negeri Johor peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada bulan oktober nanti. TAHNIAH diucapkan kepada pelajar dan guru pembimbing, teruskan usaha, semoga memperoleh kejayaan yang gemilang di peringkat kebangsaan nanti. 
WE'RE THE BEST!


HADIAH
RM1000.00 + 5 SIJIL + 4 MEDAL + 5 Hamper MAGGI® + Dapur Masak ’Portable’



 

Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Pontian 2015

  



Sunday, May 24, 2015

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2014 Guru DG41 dan DG44

24 Mei 2015: Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 bagi guru-guru DG41 dan DG44. Majlis pengumuman dan penyampaian anugerah dibuat sendiri oleh tuan pengetua, En. Mastura Aladdin Bin Masro. Semoga akan terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan komited terhadap tugas yang diamanahkan. Tahniah!!

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) DG41 dan DG44:
  1. Pn. Hjh. Asiah Binti Juli
  2. Pn. Hazlina Binti Hashim
  3. Pn. Haslinda Binti Abu Sari
  4. En. Abd. Khalil Bin Mohd Masri
  5. En. Mohd Khairil Azham Bin Ismail
  6. En. Mohd Abd Rauf Bin Tumiran (tiada dalam gambar)

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

PBPPP penilaian baharu menggantikan PTK. Apakah PBPPP - Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ialah kaedah penilaian baru yang menggantikan PTK (Penilaian Tahap Kecekapan). Penilaian baru PBPPP lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Selain itu ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).


Apa itu PBPPP dan File PPPB Guru
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan


Soalan sering ditanya mengenai PPPB dan PBPPP


  • Adakah Isi Fail PPPB dan PBPPP adalah benda yang sama
  • Benarkah File PPPB sub bahagian (komponen) untuk PBPPP
  • Bolehkan Menggabungkan File Profile PPB bersama File PBPPP


Apakah PPPB

PPPB ialah Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan juga dikenali dengan Profil PPB. (Peningkatan Ilmu). Tiga Tahun.

Apakah PBPPP

PBPPP ialah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan juga dikenali dengan ePrestasi. (Prestasi Guru). Tahun Semasa.

Namun apa yang pasti, Dalam objektif PBPPP sendiri dah ada tertulis Perlaksanaan PPPB. Jelas masih ramai yang keliru. Ada baiknya pihak KPM perlu menggerakkan jentera penerangannya agar kekeliruan ini tidak menjejaskan motivasi para guru di Malaysia.


Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)  berdasarkan Konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place). Proses PBPPP adalah mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan GTP  2.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM).


Penilaian Kompetensi dan Penilaian Keberhasilan


Penilaian PBPPP akan mengambilkira pada Penilaian Kompetensi dan Penilaian Keberhasilan yang mana ia adalah berbeza bergantung kepada bidang tugas masing-masing. Namun secara umumnya Penilaian PBPPP ini merujuk Elimen Penilaian Kompetensi dan keberhasilan berikut

Elimen Penilaian Kompetensi PBPPP

  • Nilai profesional
  • Pengurusan aktiviti
  • Sumbangan
  • Kemahiran profesional PdP

Elimen Penilaian Keberhasilan PBPPP

  • Keberhasilan PdP
  • Keberhasilan kaunseling
  • Keberhasilan kejurulatihan



Profil PPB Individu (File PPPB)

Pada tahun 2015 setiap guru diarahkan menyediakan satu Fail untuk Profil PPB Individu (File PPPB). Profil PPB Individu Guru dalam satu File itu membawa maksud, Profil Pembangunan Profesional Berterusan Guru yang lengkap dalam sebuah File.


Semasa merancang Kaedah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) menggantikan PTK, Mungkin mereka tidak menyangka yang proses penilaian itu akan membebankan diri mereka sendiri. Kami para guru sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan mereka lakukan secara tiba-tiba itu. Semoga Allah merahmati warga guru.

— Hootoh


Sepertimana biasa, demi memudahkan urusan kerja-kerja mereka. Bebanan tersebut akan dialihkan kepada orang-orang bawahan mereka. Maka arahan diturunkan kepada semua guru untuk menyediakan Profil PPB Individu Guru bagi memudahkan proses penilaian yang akan dilakukan ketua perkhidmatan atau ketua jabatan. Apa yang Perlu Ada dalam Profil PPB Individu Guru?


Item dan Isi Kandungan Profil PPB Individu Guru

Bahagian Kulit Depan Fail Profil PPB Individu
Nama:
Jawatan:
Tempat Bertugas:

Bahagian Isi Fail

A. Peranan Dan Tanggungjawab
1. Vitae Kurikulum
2. Falsafah Pendidikan Negara
3. Skop Kerja
4. Sasaran Kerja Tahunan

B. Pelan Pembangunan Profesional
1. Matlamat Pengajaran/Kepimpinan Masa Hadapan
2. Cadangan Aktiviti Untuk Penambahbaikan
3. Penyertaan Dalam Aktiviti PPB

C. Sumbangan Kepada Organisasi
1. Senarai Tugas Dan Tanggungjawab
2. Sumbangan Kepada Kpm/Jpn/Ppd
3. Penulisan/Penerbitan

D. Bahan Bukti Dalam PdP/Kepimpinan
1. Sukatan Mata Pelajaran/Rancangan Mengajar Dan Penilaian/Perancangan Strategik
2. Contoh Hasil Kerja

E. Anugerah /Pencapaian
1. Anugerah Perkhidmatan
2. Anugerah Dalam Pdp/Kepimpinan/Lain-Lain
3. Jemputan Untuk Konsultasi, Bengkel, Penulisan Dan Lain-Lain

F. Penilaian PdP/Kepimpinan
1. Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/Kepimpinan
2. Rakaman Video Pengajaran/Kepimpinan
3. Maklum Balas Dan Penilaian Daripada Murid/Ketua Jabatan



Untuk Mendapatkan bahan rujukan PBPP Klik Pautan di bawah:
  1. PBPPP Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan - Kumpulan Guru
  2. PBPPP Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan - Kumpulan Pemimpin 
  3. Link Sistem Maklumat Guru SMG - PBPPP  
 
Taklimat PBPPP disampaikan oleh Tuan Pengetua kepada semua guru SMKB

Pentaksiran Pertengahan Tahun SMKB 2015

24 Mei 2015: Semua murid SMKB sedang menduduki Pentaksiran Pertengahan Tahun 2015. Bagi murid menengah rendah, pentaksiran bermula hari ini manakala bagi tingkatan 4 dan 5 pula, mereka sebenarnya telah menjalani peperiksaan bermula daripada 18 Mei yang lalu. Pentaksiran akan berakhir pada 28 Mei 2015. Kepada semua pelajar, Selamat Menjawab dan Selamat Berjaya. SMKB, We Are The Best.

Saturday, May 23, 2015

LDP "Spiritual Exellency" Untuk Warga Pendidik dan AKS SMKB

23 Mei 2015: Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) perlu diberi kepada guru dan AKS SMKB bagi meningkatkan profesionalisme keguruan dan amalan kerja. Latihan berasaskan sekolah (School Based) adalah satu kaedah pelaksanaan latihan tanpa menjejaskan waktu pembelajaran dan pengajaran (PDP) dan dapat melindungi masa instruksional di sekolah.  

Pada kali ini jawatankuasa LDP menjalankan satu kursus motivasi "Spiritual Exellency" diri bagi meningkatkan momentum motivasi diri di tempat kerja supaya sentiasa berada dalam keadaan yang optimum.

Antara objektif LDP ini ialah:
  1.  Meningkatkan profesional guru
  2.  Inovasi terkini dalam pendidikan
  3.  Meningkatkan pengetahuan & kemahiran profesionalisme  keguruan secara berterusan
  4.  Mewujudkan & memantapkan nilai dan amalan profesional keguruan
  5.  Memartabatkan profesion keguruan

Friday, May 22, 2015

Pemeriksaan Bertema Pengurusan Asrama Harian SM 2015 Oleh JNJK

20 - 21 Mei 2015: Dua orang Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) Negeri Johor Tn. Hj. Arbain Bin Miswan dan En. Azid telah hadir ke SMKB bagi membuat Pemeriksaan Bertema Pengurusan Asrama Harian SM 2015. Turut hadir dalam pemeriksaan kali ini ialah Timbalan Ketua Nazir (Dasar) Tuan Hashim Bin Mohd Zain, AMN, PJK  dari Pengurusan tertinggi JNJK Persekutuan, Putrajaya.

Secara keseluruhannya, rumusan daripada mesyuarat penutupan, mereka berpuas hati dengan komitmen pentadbir, warden, penyelia asrama, guru bertugas mingguan serta kemudahan dan keselamatan dalam kawasan asrama, semua ini merupakan kekuatan asrama asli SMKB. Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan kerana telah berjaya mengurus asrama dengan sempurna. 


Thursday, May 21, 2015

Amali Sains Sempena Bulan Penghayatan Sains & Matematik

20 Mei 2015: Sempena bulan penghayatan matematik dan sains SMKB, Panitia Sains telah menganjurkan satu amali terbuka kepada semua murid SMKB.

Semua murid yang mengikuti aktiviti ini begitu teruja untuk membuat amali yang disediakan dengan bimbingan guru-guru sains.

Semoga dengan aktiviti sebegini akan menarik minat semua murid supaya meneroka ilmu sains dengan lebih mendalam dan seterusnya akan meningkatkan lagi prestasi mata pelajaran sains.


Tuesday, May 19, 2015

Aktiviti Amalan Sahsiah & Rohani (ASAR) oleh Dr Fahrol Rodzi Hanafiah

19 Mei 2015: Satu ceramah Program Pembangunan Sahsiah di bawah aktiviti Amalan Sahsiah dan Rohani  telah dijalankan di Dewan Baiduri. Ceramah disampaikan oleh Dr Fahrol Rodzi Hanafiah dengan sasaran semua murid tingkatan 1, 2 dan 3. Guru-guru mata pelajaran yang mengajar pada waktu berkaitan juga turut serta mengikuti ceramah yang amat menarik sekali.

Secara ringkasnya beliau mengajak supaya lebih bertanggungjawab terhadap pengorbanan yang telah diberikan oleh ibu dan bapa. Semoga dengan aktiviti ini akan menyuntik semangat agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita dan membalas jasa ibu dan ayah dengan sebaik-baiknya.

Sunday, May 17, 2015

Sambutan Hari Guru SMKB 2015

17 Mei 2015: Sambutan Hari Guru SMKB disambut sederhana tetapi cukup meriah sekali. Aturcara dimulakan dengan perhimpunan rasmi dengan penggambaran warga pendidik dan pentadbir. 

Dalam perhimpunan rasmi, ianya dimulakan dengan ucapan wakil pelajar dan seterusnya pembacaan perutusan Ketua Pengarah Kememterian Pendidikan Malaysia oleh Pn. Roby Binti Abd. Hamid, GPK Pentadbiran SMKB.

Dalam ucaptama tuan pengetua, beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua warga pendidik SMKB dan berharap dapat mengharungi segala cabaran masakini dengan penuh komitmen. Seterusnya tuan pengetua membacakan perutusan khas hari guru oleh Menteri Pendidikan Malaysia.

Selesai perhimpunan, semua guru menikmati jamuan ringan yang disediakan di Sanggar Kokurikulum. 

Pada sekitar jam 11.00 pagi semua warga pendidik SMKB disajikan dengan beberpa persembahan murid dan guru di Dewan Baiduri. Majlis berakhir sekitar jam 1.30 tengahari.

Terima kasih kepada Jawatankuasa Bilik Guru dan Lembaga Pengawas Sekolah atas pengelolaan majlis kali ini yang dikendalikan begitu sempurna sekali.

Selamat Hari Guru. Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak.


Friday, May 15, 2015

Penyampaian Sumbangan Peribadi Projek Surau SMKB oleh Mantan Pengetua SMKB

14 Mei 2015: Penyampaian sumbangan peribadi projek pembesaran surau SMKB oleh mantan pengetua SMKB, Puan Hajah Halidah Bte Haji Baba telah disempurnakan bersama tuan pengetua, En. Mastura Aladdin Bin Masro.

Pihak sekokolah merakamkan jutaan terima kasih atas keperihatinan beliau. Beliau juga menyampaikan salam pada semua guru SMKB dan mengucapkan Selamat Hari Guru. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.

Wednesday, May 13, 2015

Sukaneka Sempena Hari Guru SMKB 2015



13 Mei 2015: Acara sukaneka sempena sambutan Hari Guru SMKB yang bakal disambut pada 17 Mei 2015 telah dijalankan di dataran perhimpunan dengan penuh kemeriahan.

Kesemua guru yang mengambil bahagian telah menunjukkan komitmen dan kerjasama pasukan yang begitu hebat sekali. Semoga dengan acara sebegini akan mengeratkan jalinan hubungan antara guru dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi SMKB.

Khidmat Masyarakat Di PDK Benut Sempena HKS 2015

13 Mei 2015: Sempena menyambut Hari Koperasi Sekolah (HKS) SMKB seramai 13 orang murid telah menjalani satu aktiviti khidmat masyarakat di PDK (Program Pemulihan Dalam Komuniti) Benut bersama-sama Guru-guru Koperasi.

Secara keseluruhannya, aktiviti yang mengambil masa lebih kurang satu jam berjalan dengan lancar. Pihak PDK Benut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas inisiatif yang diberikan oleh pihak sekolah. Ianya bukan sekadar aktiviti khidmat masyarakat tetapi yang lebih penting ialah jalinan kerjasama antara dua organisasi disamping mengeratkatkan silaturrahim.

Sunday, May 10, 2015

Pelancaran Bulan Penghayatan Matematik Sains & Sekolah Penyayang SMKB 2015


10 Mei 2015: Pelancaran Bulan Penghayatan Matematik Sains & Sekolah Penyayang (Program Mentor Mentee dan Sambutan Hari Lahir) SMKB 2015 telah dijalankan di Dewan Baiduri SMKB. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh En. Ariffin Bin Bajuri, GPK HEM SMKB.

Antara objektif  program ini:
  1. Menanamkan minat terhadap pembelajaran matematik dan sains.
  2. Mata pelajaran matematik dan sains merupakan mata pelajaran yang menyeronokkan untuk dipelajari.
  3. Melahirkan pelajar yang boleh berfikir secara kreatif dan seterusnya bakal melahirkan masyarakt pencipta.
  4. Memupuk kasih sayang antara satu sama lain dalam mengingati tarikh lahir rakan.
  5. Melahirkan insan yang disenangi oleh masyarakat sekeliling menerusi program mentor mentee
Dalam acara gimik pelancaran kali ini, pelajar didedahkan dengan tugas seorang pegawai perubatan untuk menyelamatkan seorang mangsa yang telah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

 Syabas kepada semua semua yang terlibat dalam menjayakan majlis pelancaran ini.

Mesyuarat Pengurusan PPDa Bil 2/2015

10 Mei 2015: Mesyuarat pengurusan PPDa SMKB telah dijalankan di bilik Gerakan dengan dipengerusikan oleh GPK HEM. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah En. Ismail Ali yang merupakan Setiausaha HEM SMKB.

Mesyuarat kali ini lebih menumpukan kepada menambah baik pengurusan organisasi rentetan daripada pemantauan pegawai PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Johor pada 29 April yang lalu.

Semoga dengan perbincangan kali ini akan memantapkan lagi Unit HEM SMK Benut.

Saturday, May 9, 2015

LDP: Pembugaran Frog VLE


9 Mei 2015: LDP yang dijalankan pada hari ini merupakan pembugaran Frog VLE bagi semua guru SMKB. Semoga dengan adanya pembugaran ini, semua guru akan teruja untuk mengaktifkan id masing-masing dan seterusnya membudayakan Frog VLE dalam proses penyampaian PdP di kelas.


Persekitaran Frog Pembelajaran Maya (VLE) adalah satu sistem berasaskan web pembelajaran yang replikasi dunia sebenar pembelajaran dengan mengintegrasikan kesetaraan maya konsep konvensional pendidikan. Sebagai contoh, guru boleh menetapkan pelajaran, ujian, dan tanda-tanda hampir, manakala pelajar boleh mengemukakan kerja rumah dan melihat tanda-tanda mereka melalui VLE. Ibu bapa boleh melihat berita sekolah dan dokumen-dokumen penting manakala pentadbir sekolah boleh menganjurkan kalendar sekolah mereka dan menyebarkan notis sekolah melalui Internet


Dengan VLE, pendidikan tidak perlu terhad kepada bilik darjah tradisional dan dengan Internet, boleh berlaku di mana-mana, bila-bila masa. Kerana VLE adalah berasaskan web, pembelajaran boleh berlaku pada telefon pintar, tablet, atau di rumah pada desktop. Guru dan pelajar juga boleh berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain dengan cara yang lebih mudah dan fleksibel.


Frog adalah satu platform berasaskan awan, yang bermakna guru boleh menetapkan kerja dan penyerahan tanda, pelajar boleh melihat nota kajian dan melakukan kerja rumah, dan ibu bapa boleh menyemak kalendar sekolah dan papan notis - semua talian! Pelajar boleh menyemak pelajaran pada kadar mereka sendiri, guru boleh bekerja fleksibel dari keselesaan rumah, dan ibu bapa dengan mudah boleh menyimpan tab pada kemajuan anak mereka. 



Guru menjimatkan masa menandakan susunan buku dan menyusun tanda-buku sebagai sistem yang mudah untuk digunakan Frog membolehkan guru-guru untuk mudah dan cepat menetapkan dan menyusun markah yang kemudiannya boleh dicetak atau disimpan.


Setiap pengguna mendapat yang unik, papan pemuka peribadi yang boleh disesuaikan dengan widget, suapan dan alat untuk membantu pengguna mendapatkan yang terbaik daripada Frog. Guru boleh mewujudkan interaktif, drag-and-drop pelajaran sumber dan laman kelas dan pelajar akses yang dibenarkan boleh menambah dan mengedit laman.


Forum, laman kelas dan papan notis membenarkan pelajar-pelajar dan guru-guru untuk berkomunikasi fleksibel dengan satu sama lain, manakala interaktif, sifat dinamik platform Frog bermakna bahawa pelbagai gaya pembelajaran disediakan untuk berbanding dengan persekitaran bilik darjah tradisional.
Akhirnya, Frog mewujudkan persekitaran untuk sekolah-sekolah untuk memupuk budaya pemilikan dan pembelajaran kendiri yang akan memberi kuasa kepada pelajar untuk berfikir di luar kotak dan memacu pembelajaran mereka sendiri, kemahiran yang sangat penting dalam ekonomi berasaskan pengetahuan hari ini

Sambutan Hari Lahir Asrama Asli SMKB


8 Mei 2015:Majlis Sambutan Harijadi Pelajar Asrama yang pertama untuk tahun ini telah berlangsung meriah di Dewan Makan asrama malam jumaat, 8 Mei 2015. Seramai 9 orang pelajar yang menyambut hari lahir pada Januari, Februari, Mac dan April telah diraikan dalam majlis yang turut dihadiri oleh Tuan Pengetua, En. Mastura Aladdin Bin Masro.

En. Mastura Aladdin Bin Masro dalam ucapan ringkasnya menyatakan rasa kagum dengan inisiatif yang dilakukan oleh pihak pengurusan asrama dalam menganjurkan program ini dan berharap ini akan menambah keseronokan pelajar yang tinggal di asrama. Ini juga merupakan salah satu daripada aktiviti Sekolah Penyayang.

 SELAMAT HARI JADI.

Pelancaran Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) SMKB 2015

6 Mei 2015: Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) telah mula diperkenalkan sejak tahun 1995 dengan aktiviti pertandingan seperti kuiz koperasi, pidato, penulisan esei dan berpantun diperingkat zon, negeri dan kebangsaan. Pada tahun 2006, HKS telah diubah format penganjuran apabila sambutan HKS dianjurkan sendiri oleh koperasi sekolah dengan pelbagai aktiviti berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak ANGKASA. Sambutan HKS di peringkat sekolah ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.

Diperingkat SMK Benut, pelancaran sambutan HKS telah dijalankan pada 6 Mei 2015 di dataran perhimpunan dengan penyertaan semua warga SMKB. Acara dimulakan dengan ucapan tuan pengetua dan seterusnya pembacaan perutusan KPM, perutusan KPDNKK yang disampaikan oleh wakil pelajar. Dalam acara gimik pula tuan pengetua memecahkan ketulan ais yang mengandungi tema sambutan Hari Koperasi iaitu "Koperasi Berprihatin Terhadap Masyarakat.