Tuesday, September 15, 2015

Majlis Penutupan Bulan Penghayatan Kajian Kemasyarakatan
& 
Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-58


15 September 2015 (Selasa) : Sebuah majlis penutupan bulan penghayatan kajian kemasyarakatan telah diadakan pada hari ini bagi menyampaikan sijil dan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan bulan penghayatan kajian kemasyarakatan Smk Benut. Majlis penutupan ini telah menjemput Yang Berbahagia Pn. Hjh Khalida binti Hj Baba (Mantan Pengetua Smk Benut) bagi menjayakan majlis. 

Selain itu, majlis penutupan ini juga telah diserikan lagi dengan persembahan daripada Johan Pengkisahan Sejarah Peringkat Daerah Pontian serta deklamasi sajak kemerdekaan dan sehati sejiwa daripada pelajar-pelajar Smk Benut. Para pelajar juga membuat persembahan nyanyian lagu Sehati Sejiwa.

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi mencungkil bakat terpendam pelajar-pelajar Smk Benut secara menyeluruh. Disamping itu para guru dapat mengenal pasti potensi pelajar yang mampu mengharumkan nama baik Smk Benut di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah atau sebagainya.

Objektif program ini adalah untuk 
  • Menyemai semangat cintakan negara dan patriotisme.
  • Mencungkil bakat pelajar.
  • Menguji pengetahuan am para pelajar.
  • Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
  • Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu semasa.
  • Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan audien.
  • Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat tradisional daripada luput ditelan zaman.
We Are The Best...






 selanjutnya sila klik disini

Sunday, September 13, 2015

Penyampaian Sijil Festival Pengakap Penghujung Benua Asia Peringkat Kebangsaan 2015 
Sempena Sambutan Jubli emas Smk Dato' Penggawa Barat, Pontian, Johor 

13 September 2015 (Isnin) : Sebuah penyampaian sijil Festival Pengakap Pengunjung Benua Asia Peringkat Kebangsaan telah disampaikan oleh Pengetua Smk Benut, En. Mastura Aladdin bin Masro. Tahniah diucapakan. Antara kejayaan yang diperoleh:
  1.  7 orang menerima anugerah emas
  2. 2 orang johan kebangsaan pertandingan simpulan dan ikatan
  3. 3 orang mendapat tempat ke-3 pertandingan kolai kebangsaan
  4. seorang mendapat tempat ke-4 pertandingan kuiz kebangsaan
  5. 2 orang mendapat tempat ke-4 pertandingan buku skrap








Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan
(MSKPP)

12 September 2015 : Seramai 4 orang guru dari Smk Benut telah menyertai Pertandingan Petanque Majlis Sukan dan kebudayan Perkhidmatan Pendidikan (MSKPP) mewakili Daerah Pontian. Sebahagian pasukan yang lain diwakili dari Smk Ayer Baloi, STOMS, dan SDAHA. Acara yang disertai oleh para guru adalah single, Double dan Teriple bagi kategori lelaki dan perempuan.




Latihan Dalam Perkhidmatan Smk Benut




12 September 2015 (Sabtu): Smk Benut telah mengadakan sebuah Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) berkaitan dengana pembelajaran abad ke-21. Semua guru diajar dan didedahkan dengan pembelajaran abad 21, pelbagai teknik dan gaya pembelajaran diberikan sepanjang latihan. Pembelajaran abad 21 ini tela disampaikan oleh GPK 1 Teluk Kerang iaitu En. Moyidin bin Suyot.







Program COMBI sekolah-sekolah negeri Johor Darul Takzim

12 September 2015 (Khamis) : Negeri Johor merupakan negeri pertama yang menubuhkan pasukan COMBI di Peringkat  negeri dan negeri pertama yang melibatkan COMBI di peringkat sekolah. Beberapa sekolah dari setiap daerah telah dipilih untuk menyertai pasukan COMBI. Pemilihan sekolah adalah berdasarkan rekod kes denggi di sekolah tersebut dan kawasan penempatan sekitarnya. Bagi darerah Pontian, sekolah yang terpilih adalah Smk Benut, Smk Ayer Baloi dan Smk Pekan Nenas. Taklimat program telah di adakan di Auditorium Bersekutu, Johor Bahru. Wakil COMBI dari Smk Benut disertai oleh GPK Hem Smk Benut En. Ariffin Bajuri, Cikgu Siti Hajar binti Harun guru penyelaras Pencegahan Denggi dan Pn. Nirhaslinda binti Salimin pekerja pembersihan. 

Program  "Communication for Behavioural Impact" (COMBI) merupakan strategi dan kaedah yang digunakan untuk memperkasakan masyarakat dalam usaha untuk membebaskan diri daripada penyakit Denggi. Program COMBI  digunapakai untuk semua lapisan masyarakat sejak dari peringkat sekolah sehinggalah kepemimpin atasan.

Program COMBI adalah berbentuk semangat kesukarelawanan. Pasukan sukarelawan COMBI sekolah akan ditubuhakan dan diberikan latihan tentang cara-cara pencegahan denggi seterusnya melaksanakan aktiviti mencari dn memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan sekolah yang dilaksanakan bersama para guru dan pelajar. Adalah diharapkan juga para pelajar ini akan menjadi agen perubahan tingkahlaku kepada ibubapa dan keluarga mereka untuk melakukan pemeriksaan tempat-tempat pembiakan nyamuk di kediaman masing-masing.



Tuesday, September 8, 2015

Kajian Ekosistem  Paya Bakau, 
Pulau kukup
Kelab Geografi Tingkatan 6
Smk Benut




07 Sept 2015 (Isnin) : Seramai 34 orang pelajar tingkatan enam atas yang terdiri daripada PS4 dan PS5 telah menjalankan kajian Ekosistem Paya Bakau di Pulau Kukup. Lawatan selama 1 hari tersebut diiringi oleh 4 orang guru. Objektif kajian adalah untuk mendedahkan kepada pelajar ekosistem yang terdapat di hutan paya bakau. Selain itu juga kajian ini dapat mewujudkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan pelajar. Para pelajar yang terlibat menjalankan kajian ini juga merupakan pelajar yang mengambil subjek geografi STPM. Justeru itu, sedikit sebanyak kajian ini dapat membantu para pelajar meneroka alam semulajadi dan membantu pembelajaran mereka untuk matapelajaran geografi. 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Gambar selanjutnya sila klik disini

Sunday, September 6, 2015

Perkhemahan Kokorikulum Smk Benut 
Penyabong Warisan Resort , 
Endau Mersing, Johor

03,04 dan 05 Ogos 2015 : Sebuah perkhemahanan kokorikulum peringkat sekolah telah diadakan di Penyabong Warisan Resort, Endau Mersing, Johor selama 3 hari 2 malam. Seramai 94 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 telah menyertai perkhemahan tersebut. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang perkhemahan berlangsung antaranya adalah iktiar hidup, motivasi, sukaneka, berkayak, aktiviti-aktiviti kerohanian dan malam kebudayaan. Para pelajar juga berpeluang melawat Pantai Pasir Lanun.

Antara objektik Perkhemahan tersebut adalah untuk meningkatkan keyakinan diri para pelajar dan memberi motivasi kepada pelajar selain dapat mengeratkan silaturrahim sesama pelajar serta pelajar dan guru.