Wednesday, November 18, 2015

Peserta Terbaik Program Minda Insan Daerah Pontian 2015














15 - 17 November 2015: Peserta dari SMKB telah muncul sebagai peserta terbaik Program Minda Insan Daerah Pontian 2015 dalam kedua-dua kategori lelaki dan perempuan. Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah Pontian dan hadiah-hadiah telah disampaikan sendiri oleh Tuan Pegawai Daerah.

Syabas dan tahniah kepada pelajar kita Khaleeda dan Ismanizam serta Guru-guru Pembimbing.

Monday, November 9, 2015

Jamuan Akhir Tahun Pengawas SMKB 2015

9 November 2015: Satu majlis jamuan akhir tahun pengawas telah dijalankan di Sri Pinang Resort dengan dihadiri oleh pentadbir, guru-guru penasihat pengawas serta pengawas-pengawas baru dan lama SMKB.

Sebelum diadakan jamuan,pada sebelah pagi para pengawas lantikan baru telah menjalani satu bengkel "team building" dibawah kendalian ketua guru penasihat En. Abd Rauf.

Terima kasih kepada semua pengawas atas kerjasama yang diberikan dalam pengurusan sekolah terutamanya dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah. Semoga latihan kepimpinan ini akan memberikan satu pembelajaran yang berguna apabila meninggalkan alam persekolahan nanti.

Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru penasihat pengawas atas komitmen yang diberikan sepanjang tahun 2015. Semoga Lembaga Pengawas akan lebih aktif pada tahun 2016 nanti.

Ceramah Gejala Sosial Remaja Olek Klinik Kesiahatan

8 November 2015: Klinik Kesihatan Parit Ismail Benut telah menjalankan satu program ceramah berkaiatan gejala sosial remaja dengan sasaran untuk semua murid tingkatan 2.

Seramai 160 murid telah mendengar taklimat tentang punca-punca gejala sosial terjadi dan akibat daripada gejala sosial tersebut. Semoga semua murid mendapat maklumat yang berguna bagi menangkis penglibatan muid-murid SMKB dalam kancah gejala sosial.

 

5 PUNCA BERLAKU GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA PADA MASA KINI

# Kelemahan Didikan Agama dan Moral Diri Remaja
Faktor diri remaja sendiri merupakan sebab berlakunya gejala sosial. Kebanyakan remaja yang terlibat dalam gejala sosial tidak mempunyai didikan agama dan moral yang mendalam. Mereka tidak takut pada dosa atau pembalasan Tuhan di atas perbuatan mereka. Remaja terbabit juga biasanya tidak sembahyang dan mengingkari perintah agama yang lain. Mereka berpendapat bahawa, kehidupan masa remaja perlu diisi dengan hiburan dan keseronokan semata-mata.


# Sikap Tidak Mengambil Berat Oleh Ibu Bapa
Sikap ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja terjerumus dengan gejala sosial. Terdapat ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan dan kasih sayang terhadap anak-anak. Anak-anak amat memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa. Ada segelintir ibu bapa  begitu sibuk dengan kerjaya bagi menambahkan pendapatan sehingga anak-anak terabai dan tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya. Sikap ibu bapa ini menyebabkan anak­-anak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya lalu mereka melakukan perkara-perkara tidak berfaedah  untuk mehilangkan kebosanan. Selain itu, tidak kurang juga ada yang melakukan gejala sosial ini semata-mata untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka.


# Terikut-Ikut Dengan Sikap Negatif Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya juga boleh mendorong remaja terlibat dalam gejala sosial. Disebabkan faktor pergolakan keluarga di rumah, remaja cenderung untuk berjumpa rakan sebaya bagi mencari ketenangan dan kegembiraan. Sebahagian daripada rakan sebaya ini pula adalah mereka yang mempunyai perangai negatif. Oleh itu, remaja begitu mudah terikut-ikut dengan sikap rakan sebaya mereka. Apabila bersama rakan sebaya, remaja cenderung untuk melakukan perkara tidak berfaedah seperti merokok, melepak di pusat membeli-belah dan mendapatkan hiburan di pusat-pusat hiburan.
# Sikap Individualistik Masyarakat
Sikap masyarakat yang tidak mengambil berat tentang permasalahan remaja juga menjadi faktor penyebab. Masyarakat hari ini cenderung untuk bersikap individualistik atau tidak mahu menjaga hal orang lain. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada remaja yang menagih dadah berdekatan dengan tempat tinggal mereka tetapi langsung tidak dipedulikan oleh masyarakat kerana mereka berpendapat bahawa, pihak berkuasa sahaja yang perlu menanganinya. Sikap masyarakat yang tidak ingin mengambil tahu tentang hal orang lain pasti akan menggalakkan lagi gejala sosial di kalangan remaja.


# Pengaruh Negatif Media Massa
Pengaruh media massa terhadap para remaja sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Remaja cenderung untuk melakukan perkara yang pernah didengar atau dilihat di media massa kerana remaja mempunyai naluri ingin mencuba. Sebenarnya sikap ingin mencuba ini adalah sikap yang baik tetapi bukan semua perkara boleh dicuba sewenang-wenangnya. Remaja perlulah menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara yang diperolehi melalui media massa. 

Anugerah Khas Sifar Ponteng Sepanjang Persekolahan

8 November 2015: Satu anugerah khas sifar ponteng kepada 10 murid tingkatan 5 dan seorang tingkatan pra-u senior telah diadakan dalam perhimpunan rasmi sekolah. Semua murid-murid ini telah mengekalkan kehadiran penuh sepanjang mereka bersekolah di SMKB semenjak tingkatan 1 lagi. Mereka yang dianugerahkan adalah:
  1. Norazahrina Binti Mohd Esa (5IS)
  2. Nur Afiqa Zahirah Binti Mohd Said (5IS)
  3. Nur Afiqa Zalilah Binti Mohd Said (5IS)
  4. Nur Hazimah Binti Tamhaji (5IS)
  5. Nurhazirah Binti Khasmuni (5IS)
  6. Nursyazwani Binti Rahim (5IS)
  7. Siti Mariam Binti Md. Ali (5IS)
  8. Ainul Dhanisya Binti Mohd Fadzli (5IR)
  9. Mohamad Fikri Akmal Bin Anizam (5IR)
  10. Nurul Mahira Binti Othman (5IK)
  11. Mohd Farhan Bin Razaman (Pra-U Senior 4)

Tuesday, November 3, 2015

Majlis Jamuan Akhir Tahun Asrama Asli SMKB 2015

28 Oktober 2015 : Bertempat di Dewan Makan asrama asli, satu majlis Jamuan Akhir tahun telah dijalankan dengan suasana sederhana tetapi cukup meriah.

Acara dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, bacaan yasin dan tahlil, solat isyak dan solat hajat. Selesai aktiviti di surau semua tetamu dan penghuni asrama dijemput ke Dewan Makan asrama untuk acara kemuncak. Majlis dirasmikan sendiri oleh Tuan Pengetua dengan dihadiri oleh barisan pentadbir, penyelia asrama, warden asrama dan semua ajk asrama.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam jk asrama atas komitmen yang diberikan sepanjang tahun 2015.














Penyampaian Anugerah Sijil Zero Ponteng 2015

24 Oktober 2015: Seramai 130 murid SMKB telah dianugerahkan sijil zero ponteng tahun 2015. Anugerah ini diberikan atas inisiatif kehadiran penuh sepanjang hari persekolahan 2015.

Paling membanggakan sekali terdapat 10 orang murid tingkatan 5 dan seorang murid tingkatan Pra U Senior yang dapat mengekalkan kehadiran penuh sepanjang mereka berada di SMKB semenjak tingkatan 1 lagi.

Tahniah kepada semua murid yang terlibat. Semoga daripada majlis yang diadakan serba ringkas ini akan memberikan galakan dan motivasi kepada murid-murid yang lain.

SMKB Penganjur Bola Jaring PSKPP Johor 2015

29 - 31 Oktober: SMKB telah diamanahkan untuk menganjurkan Pertandingan Bola Jaring PSKPP peringkat negeri Johor tahun 2015. Terima Kasih kepada Unit Kokurikulum bersama AJK Pengelola Pertandingan di atas komitmen yang diberikan sepanjang temasya ini dijalankan.

Lebih manis lagi pasukan bola jaring PSKPP Pontian telah memasuki peringkat akhir cuma nasib tidak menyebelahi dan terpaksa akur sebagai naib johan dibelakang pasukan Johor Bahru.

Tahniah pasukan Bola Jaring dan semua AJK Pengelola pertandingan.


Taklimat Ke Sekolah-sekolah "Feeder School" Untuk Murid Tingkatan 1 Tahun 2016

2 - 4 November 2015: Unit HEM telah menyusun jawatankuasa untuk memberikan taklimat berkaitan pendaftaran 2016, kegemilangan sekolah dan peraturan sekolah ke sekolah-sekolah "Feeder School". 

Semua sekolah yang dilawati menerima kami dengan disambut mesra dan layanan yang baik sekali. Untuk makluman SMKB dianggarkan akan menerima seramai 162 murid baru tingkatan 1 pada tahun hadapan yang akan dijalankan pada 2 Januari 2016. Pengesahan penempatan akan dijalankan di SMKB bermula 15 November hingga 19 November 2016.