Thursday, August 25, 2016

Majlis Sanjungan Budi Jalinan Kasih
Jasamu Dikenang
Tn. Hj. Mohamad Rohman Sangkerah

11 Ogos 2016 (Khamis): Bagi melahirkan rasa penghargaan terhadap Tn. Hj. Mohamad bin Sangkerah atas sumbangannya dalam kejayaan sekolah dan pencapaian pelajar, kami warga Smk Benut dengan sukacitanya telah meraikan majlis persaraan beliau di Dewan Baiduri Smk Benut. Perjalanan majlis ini adalah berkonsepkan retro ala-ala 60an. Beliau diiringi oleh para pelajar tingkatan enam bersama-sama bunga pahar   ke dewan baiduri untuk diraikan dan beliau disambut oleh persembahan silat dan tarian singa oleh pelajar-pelajar Cina Smk Benut. Majlis seterusnya berlangsung mengikut agenda yang disediakan.

 Sedikit sebanyak mengenai latar belakang beliau, dilahirkan pada hari khamis 14.08.1958 bersamaan 28 Muharram 1378H di Kg. Simpang Enam, Rengit, Batu Pahat. Beliau telah menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hatinya Hjh. Sanimah bt. Hj. Ahmad yang merupakan seorang guru dan dikurniakan 5 orang cahaya mata. Mendapat pendidikan perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak pada tahun 1979 hingga 1981. Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor pada 1986 hingga 1989 dan berjaya menamatkan pengajiannya dengan segulung ijazah sarjana muda sastera dan kepujian serta mendapat kelas ke-2 atas. 

Antara penempatan pertama beliau sebagai seorang guru adalah di Sekolah  Kebangsaan LKTP Jengka 19, Temerloh Pahang pada 01.01.1981 hingga 30.07.1985. Kemudian perjuangan beliau tidak terhenti disitu, dan meneruskan perjuangannya di dalam mendidikan anak bangsa dengan pulang ke negeri asal beliau di Johor dan telah ditempatkan di Sekolah Menengah Tun Habab, Kota Tinggi Johor pada 17.04.1989 hingga 31.12.1997 dan memegang jawatan ketua panitia sejarah di sekolah tersebut. Perjuangan beliau akhirnya diteruskan lagi dengan menabur bakti kepada anak-anak tempatan di tempat kelahirannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Benut, Pontian pada 1.1.1998 hingga beliau bersara. Banyak penglibatan beliau di sekolah ini di dalam mencapai kejayaan sekolah antaranya menjadi ketua panitia sejarah, ketua bidang bahasa, GPK Koko dan jawatan hakiki beliau sebelum bersara adalah guru tingkatan enam. Beliau juga pernah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang pada tahun 1995 dan tahun 2009 di atas kecemerlangan beliau menjalankan tugas. 

Tiada untaian kata yang dapat diungkapkan melainkan jutaan terima kasih di atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang berada di sekolah ini. Pengorbanan beliau sebagai seorang guru yang tidak pernah padam memerah keringat di dalam mendidik anak bangsa. Jasamu tidak terbalas.Semoga kenangan terindah beliau bersama warga Smk Benut setiasa segar dilipatan memori dan doa kami semoga beliau sentiasa berada dibawah lindungan dan rahmat-Nya. Insyallah. 

Perpisahan itu selalu terjadi
Kepada insan yang bercinta
Sungguh sedihnya rasa
Apabila ianya terjadi

Perpisahan bermula dari dua hati
Yang kehendaknya tak dituruti
Ataupun manusia
Yang berperasaan benci

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa jiwa kerana kehilangannya
Oh oh... mengapa terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari dia takkan kembali

Rintangan dari orang yang tak sudi
Menerima cinta dari hati ini
Menarik diri dan pergi
Membawa serpihan hati yang sepi

Perpisahan itu sungguh menyedihkan
Tapi semuanya di tangan takdir
Kita dikatakan pasangan bahagia
Oh... kini terasing luka
Oh... kini terasing luka
Perpisahan mengasing kita


 
 
 
 
 
 

 

 



 

 
 


Thursday, August 4, 2016

Majlis Jamuan Hari Raya 
Smk Benut
2016


02 Ogos 2016 (Selasa): Sebelum berakhirnya Aidil Fitri yang mulia ini, Kelab Bilik Guru (KEBIRU) dengan berbesar hati telah mengambil kesempatan menganjurkan sebuah Majlis sambutan hari raya yang bertempat di Homestay Citra Seri Pinang, Benut. Lebih 70 orang warga Smk Benut telah menghadiri majlis tersebut. Walaupun majlis berlangsung pada 29 Syawal,ianya bukanlah satu kekangan kepada warga Smk Benut untuk meraikan kemeriahan Syawal pada tahun ini. Kemeriahan Majlis tersebut dapat dilihat apabila semua guru-guru  dan staf sokongan memberikan kerjasama di dalam memeriahkan majlis tersebut.