Friday, September 30, 2016

Majlis Qiamullail Calon PT3 SMKB

29 September 2016: Qiamullail merupakan satu amalan yang amat digalakkan bagi umat islam. Disamping ibadah fardhu yang ditunaikan setiap hari dengan ibadah ini kita dapat membentuk jiwa dan rohani lebih mantap.

Bagi menghadapi PT3 yang semakin hampir, pihak pengurusan sekolah telah menganjurkan Majlis Qiamullail. Semua calon PT3 beragama islam telah menyertai majlis ini yang dijalankan di asrama asli SMKB.

Antara objektif program ini:
  • Menggalakkan murid cara menunaikan solat sunat yang dilakukan semasa Qiamullail
  • Melahirkan murid yang berdisiplin khususnya dalam solat
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim

Terima kasih kepada semua warga pendidik SMKB yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ia akan memberikan keberkatan  hendaknya, InsyaAllah.



Thursday, September 29, 2016

Selamat Bertugas Di Pejabat Pendidikan Daerah Pontian


28 September 2016: En. Mohd Abd Rauf Bin Tumiran akan memulakan tugas rasminya pada 29 September 2016 di Pejabat Pendidikan Daerah Pontian sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Pontian (Matematik Sains Menengah). Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau dan semoga akan terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

Antara kata-kata beliau sebelum meninggalkan SMKB:  
"Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan penghargaan kepada barisan Pentadbir,rakan2 guru, staf sokongan dan pekerja pembersihan ats kerjasama semua sepanjang perkhidmatan saya di SMK Benut. Saya mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah silap saya sama ada sengaja ataupun tidak.Didoakan agar Smk Benut terus sukses pada masa akan datang. Insyaallah."

Tuesday, September 27, 2016

Pecutan Akhir PT3 dan SPM 2016

27 September 2016: Semua murid calon PT3dan SPM 2016 telah mengikuti motivasi pecutan akhir yang telah dijalankan di Bilik Mesyuarat As-Syafie. Penceramah khas, En. Alif Aqif bin Azlan  didatangkan daripada Minds Trading adalah anjuran Unit Bimbingan dan kaunseling SMKB..

Dalam ceramah yang disampaikan, beliau banyak menekankan kepada teknik penggunaan akal dalam menjawab soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Semoga aktiviti ini akan memberikan impak yang positif kepada semua calon PT3 dan SPM.










Tuesday, September 20, 2016

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 

21.08.2016 (Ahad): Smk Benut telah mengadakan sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah bagi menanamkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar. Sambutan yang dimulakan dengan kibaran Jalur Gemilang oleh pelajar-pelajar tingkatan 6 atas yang membawa simbolik kemerdekaan dalam diri para pelajar serta membawa maksud merdeka dari gejala ponteng dan gejala sosial yang lain. Diharap para pelajar dapat menjiwai dan menanamkan sikap patriotisme di dalam menghayati bulan kemerdekaan ini.




Sila klik DI SINI untuk melihat gambar-gambar seterusnya