Thursday, October 27, 2016

Pasca PT3: Bersama Pusat Kesihatan Pontian Menjalankan Aktiviti COMBI

27 Oktober 2016 : COMBI ialah singkatan bagi “Communication for Behavioural Impact” atau Komunikasi untuk Perubahan Tingkah Laku. Ia bertujuan mewujudkan mobilisasi sosial dengan menggunakan pelbagai saluran dan kaedah komunikasi untuk perubahan tingkah laku yang positif. 

COMBI merupakan gabungan pendidikan kesihatan, penilaian persekitaran, teknik pengiklanan dan menggerakkan komuniti bagi mencapai matlamat atau impak kesihatan yang diharapkan bagi keperluan sesuatu komuniti tersebut. 

Bagi melaksanakan projek COMBI, lima ( 5 ) elemen penting yang menggunakan strategi tindakan komunikasi secara bersepadu hendaklah diamalkan iaitu;
  • Mobilisasi Pentadbiran/ Advokasi
  • Mobilisasi Sosial
  • Publisiti/ Pengiklanan
  • Penyampaian Peribadi/ Komunikasi Bersemuka
  • Promosi di Pusat Perkhidmatan
Atas kesedaran tentang bahayanya penyakit yang dibawa oleh nyamuk ini maka Pejabat Kesihatan Daerah Pontian telah menjalankan sesi ceramah dan aktiviti gotong royong sebagai memenuhi aktiviti Pasca PT3. Semoga usaha ini akan memberikan maklumat kesedaran kepada semua murid dan seterusnya dapat mencegah daripada denggi dan zika.











Wednesday, October 26, 2016

Majlis Mohon Restu dan Jamuan Akhir Tahun Calon SPM 2016

26 Oktober 2016: Majlis mohon restu dan jamuan akhir tahun calon SPM 2016 telah dijalankan di Dewan Baiduri SMKB. Dalam ucapan tuan pengetua, beliau mengingatkan agar semua murid dapat melengkapkan diri paling maksimum disamping perlu menjaga keselamatan dan kesihatan diri. Beliau yang juga mewakili barisan guru-guru menghalalkan ilmu-ilmu yang diberi sepanjang murid-murid berada di SMKB.

Sebelum acara jamuan yang diiringi dengan persembahan, murid-murid bersalaman dengan barisan guru sambil bersalawat. Semoga majlis ini akan menjadi satu majlis yang akan dikenang sebagai suatu peristiwa manis dalam sejarah kehidupan semua murid. SMKB, We Are The Best.


















 

Tuesday, October 25, 2016

Aktiviti Pasca PT3 Bersama Pelajar Fakulti Pendidikan UTM

25 Oktober 2016: Seramai 27 orang pelajar Fakulti Pendidikan UTM bersama pensyarah telah sudi hadir menjayakan aktiviti pasca PT3 kali ini. Rombongan yang diketui oleh Dr Zulkifli bin Abd Hamid adalah sebahagian daripada syarat lengkap kredit keperluan matapelajaran tahun 2 pelajar-pelajar berkenaan.

Menurut Dr Zulkifli, beliau bersama dalam rombongan berkenaan bagi menilai kemampuan pelajarnya dalam mengendalikan sesuatu program disamping keinginan memberikan sedikit input kepada anak-anak murid SMKB. 

Sepanjang aktiviti yang dijalankan, murid-murid didedahkan berkaitan hala tuju masa hadapan dan memberikan suntikan motivasi agar murid-murid akan terus berjaya mengejar cita-cita mereka.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak UTM atas kesudian membantu SMKB. Terima kasih juga diucapkan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKB kerana berjaya menjayakan program ini.