Saturday, November 12, 2016

Majlis Jamuan Akhir Tahun Lembaga Pengawas dan Perpisahan En. Mohd Abd Rauf bin Tumiran


11 November 2016: Majlis Jamuan Akhir Tahun Lembaga Pengawas dan Perpisahan En.Mohd  Abd Rauf telah dijalankan di Asrama Asli SMKB. 

En. Mohd Abd Rauf merupakan Ketua Guru Penasihat Lembaga pengawas yang kini telah ditempatkan di PPD Pontian sebagai Penolong PPD Sains dan Matematik Menengah.

Dalam ucapan tuan pengetua, beliau mengucapkan syabas kepada ahli lembaga pengawas atas kerjasama yang diberi bagi membantu pihak sekolah untuk menguatkuasakan peraturan sepanjang tahun 2016. Beliau juga memaklumkan agar latihan kepimpinan dalam lembaga pengawas yang dibimbing guru akan memberikan keyakinan diri apabila berhadapan dengan dunia kerjaya pada masa akan datang.

Semoga kesinambungan ini akan memberikan kepimpinan yang lebih baik pada tahun 2017 dibawah ketua guru penasihat yang baru, En. S. Roslan Ghani, InsyaAllah.















Sunday, November 6, 2016

Majlis Penutupan Program Pasca PT3

3 November 2016: Majlis penutupan program pasca PT3 telah selamat disempurnakan oleh Pn. Roby binti Abd. Hamid (GPK Pentadbiran). Dalam ucapan Pn. Roby, beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih terutamanya kepada Unit Bimbingan dan kaunseling yang telah menyusun berbagai aktiviti bagi mengisi waktu lapang murid-murid tingkatan 3 dengan cukup berfaedah.

Dalam majlis ini, penyampaian sumbangan hadiah telah diberikan kepada pemenang bagi setiap aktiviti yang dijalankan. 












Sambutan Jamuan Akhir Tahun Asrama Asli 2016

4 November 2016: Sambutan Jamuan Akhir Tahun Asrama Asli telah dijalankan di Dewan Makan asrama. Semua warga asrama, pentadbir, wardern, penyelia dan pembantu warden turut bersama meraikan majlis tersebut.

Dalam ucapan tuan pengetua, beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kerjasama semua yang terlibat dalam pengurusan asrama. Beliau juga mengingatkan kepada semua ahli asrama agar kerjasama yang diberikan ini dapat diteruskan pada tahun 2017.

Semoga pengurusan asrama pada tahun hadapan akan bertambah lebih baik dan boleh dijadikan sebagai contoh asrama asli terbaik.