Tuesday, March 14, 2017

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SMKB

13 Mac 2017: Satu LDP telah dijalankan untuk semua guru-guru SMK Benut pada 13 Mac 2017 (Isnin) di Dewan Baiduri SMKB. Ldp yang dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan dan penerangan tentang 3 perkara iaitu :

1.      Sistem Salah Laku Murid (SSDM)
Penerangan tentang SSDM telah disampaikan oleh En Mohd Fadhli bin Daman Huri selaku ketua unit disiplin. Semua salahlaku murid perlu di isi secara online mulai tahun ini. Semua guru-guru diingatkan untuk memasukkan kes salah laku murid dalam kadar segera dan tidak bertangguh

2.      E-RPH Frog Vle
Penerangan tentang E-RPH Frog Vle telah disampaikan oleh Pn Siti Ezainora bt Kasiran selaku Penolong Setiausaha VLE. Dalam taklimat tersebut, Pn Siti Ezainora menerangkan tentang cara penggunaan E-RPH dan menegaskan tentang kemasukan ringkasan pengajaran harian setiap guru setiap hari. E-RPH ini akan sentiasa dipantau dan disemak.

3.      Yes Altitude
Penerangan tentang penggunaan telefon Yes Altitud telah disampaikan oleh Pn Hjh Mazura bt Bakri. Pn Mazura menerangkan tentang kelebihan dan cara penggunaan telefon Yes Altitud yang telah diserahkan kepada semua guru-guru SMKB.



LDP yang dijalankan berjalan dengan lancar atas sokongan dan kerjasama semua guru-guru. Semoga segala penerangan dan taklimat yang disampaikan mendatangkan manfaat dan diambil tindakan oleh semua guru. LDP berakhir pada pukul 4.30 petang dan semua guru bersurai.



















HARI KEJOHANAN SUKAN SMKB 2017

23 Februari 2017 (Khamis) - Hari kejohanan sukan SMK Benut bagi tahun 2017 telah diadakan pada 23 Februari 2017, pada hari khamis yang mana melibatkan semua murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6. Acara disertai oleh semua murid yang mewakili rumah sukan iaitu Panglima, Temenggung, Laksamana dan Bendahara. Hari kejohanan ini bermula pada jam 7.30 pagi dimana semua guru dan murid berkumpul di Dtaran Baiduri untuk sesi taklimat. Taklimat tentang hari kejohanan telah disampaikan oleh En Mohd Lutfi bin Mohd Kamran selaku setiausaha kokurikulum SMK Benut.
            Setelah selesai diberi penerangan murid-murid dilepaskan ke padang untuk memulakan acara. Acara dimulakan dengan perarakan masuk perbarisan rumah sukan masing-masing. Keempat-empat rumah berusaha bersungguh-sungguh dengan dilengkapi hiasan yang sangat menarik. Acara lintas hormat dijalankan yang mana tetamu jemputan dijemput bagi menerima tabik hormat kumpulan perbarisan. Selepas perbarisan selesai, acara pada hari kejohanan dimulakan.
            Antara acara sukan yang dipertandingkan pada hari itu ialah acara akhir 200m, 1500m, 4x200m bagi setiap kategori. Acara kemuncak pada hari itu adalah acara lari 4x50m guru-guru yang mana pemenangnya adalah wakil guru rumah panglima. Keputusan bagi acara yang dijalankan adalah seperti berikut:
a)      Hiasan rumah : Rumah Laksamana
b)      Papan kenyataan : Rumah Laksamana
c)      Perbarisan : Rumah Temenggong
d)     Keseluruhan : Rumah Panglima

Keseluruhan perjalanan bagi kejohanan sukan pada kali ini berjalan lancar kerana semua ahli rumah sukan telah mematuhi dan memberi kerjasama yang sangat baik Kerjasama daripada semua guru dan staf sokongan sangat baik dan telah melancarkan proses penghakiman bagi kesemua acara sukan. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara kejohanan tahun 2017. Diharapkan agar semangat kerjasama ini dapat diteruskan bagi menjayakan pelbagai lagi program yang akan dianjurkan pada masa mendatang.


‘MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’



















Monday, March 13, 2017

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD PONTIAN KALI KE 50

6-8 Mac 2017: Unit Sukan SMKB telah berjaya menghantar wakil peserta bagi Kejohanan Olahraga MSSD Pontian selama tiga hari (6, 7 dan 8 Mac 2017). Kejohanan olahraga ini telah dijalankan di Kompleks Sukan Educity, Nusajaya. Seramai 32 orang atlit beserta 10 orang guru pengiring telah menyertai kejohanan ini. Hasil usaha gigih guru dan pemain, pasukan olahraga sekolah telah memenangi beberapa acara iaitu :

Gangsa
1.      200m L/pagar (P15)    - Nurul Huda bt Samsudin
2.      5000m J/kaki (P18)     - Nur Syazwani bt Idris
3.      4x400m (L18)             - Mohd Nor Haikal bin Rashidi
  Mohd Fikri bin Azizi
  Mohd Haizan bin Idris
  Mohd Zuhaili bin Mohd Nor
  Mohd Sapuan Syahid bin Mohd Nor Haizan
  Mohd Zainur Alif bin Norazlin

Perak
1.      100m (P14)                 - Suhailey Sabri
2.      3000m J/kaki terbuka  - Nur Idaney
3.      800m (P14)                 - Zetty Aishah bt Zaimy
4.      200 L/pagar (L15)       - Mohd Ikmar Azim
5.      110 L/pagar (L15)       - Mohd Nur Syawal bin Mohd Nor Haizan
6.      200m (P14)                 - Suhailey bt Sabri
7.      Lompat Tinggi (L18)  - Mohd Saiful Sanusi
8.      100m (P18)                 - Zetty Adlyna Zaimy

Emas
1.      Lompat Jauh (P14)      - Suhailey bt Sabri
2.      1500m (P14)               - Zetty Aisyah bt Zaimy
3.      200m (P18)                 - Zetty Adlyna bt Zaimy
4.      5000m J/kaki (L18)     - Mohd Haizan Idris
5.      5000m (L18)               - Mohd Haizan Idris


Tahniah diucapkan kepada kontinjen olahraga SMK Benut atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada sekolah. Semoga pasukan olahraga SMKB akan lebih maju jaya di masa hadapan.



















KURSUS BITARA STEM PERINGKAT NEGERI JOHOR

TARIKH : 5-7 Mac 2017
MASA : 8.00 pagi hingga 11.00 malam
TEMPAT : Savanna Hill, Ulu Tiram

LATAR BELAKANG

Kursus Bitara STEM dijalankan bagi memberi panduan perlaksanaan STEM dalam pengajaran dan pembelajaran bagi guru-guru dan murid-murid di semua sekolah di Johor . Kursus STEM ini adalah lanjutan kepada fasa yang pertama yang mana objektifnya adalah penyebarluasan kepada murid-murid sekolah di Johor

OBJEKTIF

Objektif pendidikan STEM adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai literasi  STEM yang berupaya untuk mengenal  pasti, mengaplikasi serta mengintegrasikan konsep atau komponen STEM untuk memahami masalah dan menyelesaikannya secara kreatif dan inovatif.

RINGKASAN AKTIVITI KURSUS

Pada fasa 2 ini, guru-guru menjadi jurulatih utama dalam usaha untuk memberi pendedahan  pedagogi STEM serta projek yang akan dijalankan di sekolah kepada murid-murid. Guru-guru dipecahkan kepada 4 bahagian teras STEM iaitu, pengangkutan, tenaga, komunikasi dan jalur lebar. Satu daerah membawa 16 orang wakil murid iaitu 4 orang murid dari setiap sekolah. Murid-murid ini dibahagikan juga kepada 4 kumpulan mengikut unit STEM. SMKB telah diwakili oleh :
Guru
Pn Siti Ezainora bt Kasiran (JU)

Murid
1.      DAYANG ANIS SYAKIRAH BT ABD AZIZ                       - 2KRK
2.      NURUL IZZAH AQILAH BT OMAR                               - 2KRK
3.      NUR UMIE UMAIRAH BT SAHRUL                              - 2KRK
4.      NUR ALESSA FATIHAH AMINAH BT ABU HANIFAH     - 2KRK

Murid-murid ini diberi bimbingan oleh guru-guru sebagai jurulatih utama dan dikehendaki menguasai unit masing-masing. Bimbingan diberikan pada hari pertama kursus. Kursus pada hari kedua disambung dalam bahagian pembangunan model dan prototaip.
Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut daerah :
a)      10 orang untuk aktiviti Smart City
b)      3 orang untuk aktiviti Go Green
c)      3 orang untuk aktiviti Creative Design
Melalui pembahagian ini, murid-murid diminta untuk menyelesaikan tugasan yang mana kemudiannya akan dibentangkan dan dipertandingkan hasil kerja mereka Murid- murid ini juga di uji dengan 12 pertandingan mengikut unit masing-masing. 2 orang wakil dari setiap daerah dalam satu pertandingan dipilih bagi memastikan tahap penguasaan murid-murid ini dalam STEM. Seorang wakil murid dari setiap daerah juga dipilih untuk aktiviti ‘Three minute pitching’. Semua pertandingan yang dijalankan memang benar-benar dapat menguji kebolehan dan tahap penguasaan murid dalam program STEM.
Fasa 3 program STEM akan dijalankan dijangka berlangsung pada bulan April. Bagi fasa seterusnya, guru-guru dan murid-murid ditugaskan untuk menjadi jurulatih utama dalam setiap daerah pula.

Kursus ini diharap dapat disebarluaskan kepada semua sekolah di negeri Johor agar dapat meningkatkan minat dan kesedaran murid serta ibu bapa terhadap pentingnya sains dalam kehidupan serta PdP yang mengintegrasikan kejuruteraan dan teknologi ke dalam sains dan matematik dapat dicapai. Tahniah kepada wakil guru SMKB kerana dilantik menjadi jurulatih utama program STEM manakala 4 orang wakil murid SMKB pula akan menjadi jurulatih dalam kalangan murid-murid di daerah Pontian.



















Saturday, March 11, 2017

Program teknik belajar pantas

9 Mac 2017: Program Teknik Belajar Pantas untuk calon-calon SPM dan STPM anjuran Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling telah dijalankan di Dewan baiduri SMKB. 

Semua murid begitu teruja dengan gaya yang disampaikan oleh penceramah En Solihin bin Mohd Razali yang begitu bersahaja tetapi dapat mengawal semua murid dengan berkesan. Tahniah kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKB atas kejayaan dan komitmen yang diberikan.

Ceramah Penyakit Talasemia, HIV dan Gejala Sosial

9 Mac 2017: Satu siri ceramah anjuran Pusat Kesihatan Benut telah dijalankan di Dewan Baiduri SMKB. Ceramah yang disampaikan adalah berkaitan penyakit talasemia, HIV dan gejala sosial. Murid-murid yang terdiri daripada semua tingkatan 4 telah didedahkan tentang punca, akibat dan cara untuk mencegah bagi menangani penyakit-penyakit tersebut.

Semoga maklumat yang disampaikan akan memberikan manfaat kepada semua murid dan seterusnya menjadikan kehidupan lebih bermakna dan berkualiti.

Thursday, March 2, 2017

PRA KEJOHANAN SUKAN SMKB 2017

TARIKH : 19 & 20 FEBRUARI 2017
MASA : 2.30 – 5.00 PETANG
TEMPAT : PADANG SMK BENUT

Pra kejohanan SMK Benut telah diadakan pada 19 dan 20 Februari yang mana melibatkan semua murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6. Acara disertai oleh semua murid yang mewakili rumah sukan iaitu Panglima, Temenggung, Laksamana dan Bendahara. Acara Pra Kejohanan diadakan selama dua hari iaitu pada hari Ahad dan Isnin. Acara bermula pada jam 2.30 petang dimana semua guru dan murid berkumpul di Sanggar Koko SMKB untuk proses pengelolaan peserta Murid-murid telah diberi penerangan tentang perjalanan acara pra kejohanan semasa perhimpunan pagi oleh En Mohd Lutfi bin Mohd Kamran. Setiap murid dikehendaki hadir pada hari acara mereka berlangsung sahaja.


 Keseluruhan perjalanan bagi pra kejohanan pada kali ini berjalan lancar kerana semua ahli rumah sukan telah mematuhi dan memberi kerjasama yang sangat baik. Ini memudahkan perjalanan acara yang berlaku kerana masa semua acara berlangsung mengikut jadual yang telah ditetapkan Kerjasama daripada semua guru dan staf sokongan sangat baik dan telah melancarkan proses penghakiman bagi kesemua acara sukan. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Acara pra kejohanan tahun 2017. Diharapkan agar semangat kerjasama ini dapat diteruskan bagi menjayakan pelbagai lagi program yang akan dianjurkan pada masa mendatang.