Tuesday, August 28, 2018

TAHNIAH!!!
TUAH SMK BENUT

 DI
KARNIVAL TINGKATAN ENAM 

PERINGKAT NEGERI JOHOR

16 OGOS 2018 : Buat julung-julung kalinya program ini telah diadakan bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin, komited, berdaya saing dan efisien sebagaimana hasrat yang terkandung, dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu cemerlang dan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek dalam merealisasi matlamat kerajaan untuk memantapkan modal insan. Pelajar Prauniversiti juga diharapkan menjadi role model kepada pelajar-pelajar junior dalam arus perdana dan masyarakat sekeliling.

Karnival ini telah berlangsung selama 2 hari. Antara pertandingan yang dijalankan sepanjang karnival ini berlangsung ialah sketsa bahasa inggeris, drama kemerdekaan, treasure hunt, bowling, petanque, pengucapan awam, public speaking dan dart. Kesemua acara yang dipertandingkan telah disertai oleh SMK Benut. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu? Alhamdulillah SMK Benut telah merangkul banyak kejohanan di karnival ini antaranya ialah JOHAN pertandingann sketsa kemerdekaan, JOHAN pertandingan petanque, JOHAN pertandingan dart (lelaki), dan NAIB JOHAN pertandingan pengucapan awam (perempuan). Kejayaan ini sekaligus membawa kepada KEJOHANAN KESELURUHAN bagi Daerah PONTIAN. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan guru-guru yang bertungkus lumus. We Are The Best.

 
 






















Monday, August 27, 2018

PILIHANRAYA KAMPUS
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR TINGKATAN 6

14 OGOS 2018 : Pilihanraya Kampus bagi majlis perwakilan pelajar tingkatan 6 merupakan salah satu aktiviti tahunan peringkat sekolah yang seringkali diadakan di SMK Benut. Antara matlamat pilihanraya ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar prauniversiti junior membentuk sebuah tampuk kepimpinan baharu bagi memimpin pelajar Prauniversiti Smk Benut selama sepenggal iaitu setahun. 

Selain itu, program ini juga sebagai persediaan di dalam membentuk jati diri dan disiplin dalam kalangan pelajar sebelum melangkah ke alam universiti kelak. 






























Wednesday, August 8, 2018

Latihan Kebakaran SMK Benut 2018


TARIKH : 8 Ogos 2018 (RABU)
MASA : 8.30 pagi hingga 10.10 pagi
TEMPAT : Padang, SMK Benut



 Pada 8 Ogos yang lalu Sekolah Menengah Kebangsaan Benut telah menjalankan latihan kebakaran siri pertama. Latihan bermula jam 8.30 pagi dan berakhir sekitar jam 10.10 pagi. Latihan kebakaran merupakan aktiviti yang disediakan pada setiap tahun  sebagai persedian dan latihan sekiranya terjadi insiden kebakaran sekolah. Semua warga SMK Benut terlibat dalam aktiviti ini. Tujuan utama program ini dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada warga sekolah cara bertindak apabila berlaku sesuatu kebakaran.
              Latihan kebakaran ini juga diadakan bertujuan untuk melatih murid-murid bersedia semasa berlaku kebakaran atau kecemasan di sekolah.  Setelah loceng panjang dibunyikan, semua murid bergegas ke tempat yang ditetapkan untuk berkumpul iaitu padang sekolah. Guru Penolong Kanan HEM telah meminta guru-guru mengawal murid-murid ketika latihan kebakaran dijalankan. AJK Disiplin telah memastikan semua murid berkumpul dan ada pada tempat yang ditetapkan. Guru kelas masing-masing mengambil kedatangan untuk memastikan tiada seorang murid pun yang tertinggal dalam kelas atau di dalam bangunan sekolah. Penerangan tentang aktiviti ini disampaikan oleh En Abd Khalil bin Mohd Masri selaku penyelaras unit kebakaran sekolah. Murid-murid kemudiannya melihat demonstrasi menyelamatkan mangsa dan memadam kebakaran sebagai pendedahan tentang cara-cara menangani kebakaran dengan betul.
Latihan ini adalah sebahagian daripada program wajib sekolah pada setiap tahun bagi memastikan murid dan kakitangan SMK Benut sentiasa dalam keadaan bersedia ketika menghadapi bencana kebakaran. Selain daripada kebakaran, murid-murid didedahkan dengan kemungkinan-kemungkinan bencana alam yang lain seperti banjir dan ribut.  Tahniah kepada AJK Kebakaran sekolah kerana telah berjaya menjalankan latihan kebakaran tersebut.