Thursday, January 31, 2019

Kejohanan Sukan Olahraga SMK Benut 2019



29 Januari 2019 (Selasa) - Hari kejohanan sukan SMK Benut bagi tahun 2019 telah diadakan pada 29 Januari 2019, pada hari Selasa yang mana melibatkan semua murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Acara disertai oleh semua murid yang mewakili rumah sukan iaitu Panglima, Temenggung, Laksamana dan Bendahara. Hari kejohanan ini bermula pada jam 7.30 pagi dimana semua guru dan murid berkumpul di Dataran Baiduri untuk sesi taklimat. Taklimat tentang hari kejohanan telah disampaikan oleh En Mohd Lutfi bin Mohd Kamran selaku setiausaha kokurikulum SMK Benut.

            Setelah selesai diberi penerangan murid-murid dilepaskan ke padang untuk memulakan acara. Acara dimulakan dengan perarakan masuk perbarisan rumah sukan masing-masing. Keempat-empat rumah berusaha bersungguh-sungguh dengan dilengkapi hiasan yang sangat menarik. Acara lintas hormat dijalankan yang mana tetamu jemputan dijemput bagi menerima tabik hormat kumpulan perbarisan. Selepas perbarisan selesai, acara pada hari kejohanan dimulakan.

            Antara acara sukan yang dipertandingkan pada hari itu ialah acara akhir 200m, 800m, dan 4x100m bagi setiap kategori. Acara kemuncak pada hari itu adalah acara lari 4x50m guru-guru yang mana pemenangnya adalah wakil guru rumah Laksamana. Keputusan bagi acara yang dijalankan adalah seperti berikut:
a)      Hiasan rumah & Papan kenyataan: Rumah Laksamana
b)      Perbarisan : Rumah Panglima
c)      Keseluruhan : Rumah Panglima

Keseluruhan perjalanan bagi kejohanan sukan pada kali ini berjalan lancar kerana semua ahli rumah sukan telah mematuhi dan memberi kerjasama yang sangat baik Kerjasama daripada semua guru dan staf sokongan sangat baik dan telah melancarkan proses penghakiman bagi kesemua acara sukan. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara kejohanan tahun 2019. Diharapkan agar semangat kerjasama ini dapat diteruskan bagi menjayakan pelbagai lagi program yang akan dianjurkan pada masa mendatang.

‘MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’


















































Thursday, January 24, 2019

Pra Kejohanan Sukan Tahunan SMK Benut 2019


TARIKH : 22 & 23 JANUARI 2019
MASA : 2.30 – 5.00 PETANG
TEMPAT : PADANG SMK BENUT


Pra kejohanan SMK Benut telah diadakan pada 22 dan 23 Januari yang mana melibatkan semua murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Acara disertai oleh semua murid yang mewakili rumah sukan iaitu Panglima, Temenggung, Laksamana dan Bendahara. Acara Pra Kejohanan diadakan selama dua hari iaitu pada hari Selasa dan Rabu. Acara bermula pada jam 2.30 petang dimana semua guru dan murid berkumpul di Sanggar Koko SMKB untuk proses pengelolaan peserta Murid-murid telah diberi penerangan tentang perjalanan acara pra kejohanan semasa perhimpunan pagi oleh En Mohd Lutfi bin Mohd Kamran. Setiap murid dikehendaki hadir pada hari acara mereka berlangsung sahaja.

 Keseluruhan perjalanan bagi pra kejohanan pada kali ini berjalan lancar kerana semua ahli rumah sukan telah mematuhi dan memberi kerjasama yang sangat baik. Ini memudahkan perjalanan acara yang berlaku kerana masa semua acara berlangsung mengikut jadual yang telah ditetapkan Kerjasama daripada semua guru dan staf sokongan sangat baik dan telah melancarkan proses penghakiman bagi kesemua acara sukan. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara pra kejohanan tahun 2019. Diharapkan agar semangat kerjasama ini dapat diteruskan bagi menjayakan pelbagai lagi program yang akan dianjurkan pada masa mendatang.




































Wednesday, January 23, 2019

Sukantara SMK Benut 2019


TARIKH : 15 & 16 JANUARI 2019
MASA : 2.30 – 5.00 PETANG
TEMPAT : PADANG SMK BENUT

Acara Sukantara adalah salah satu program di bawah Unit Kokurikulum yang diadakan sebelum menjelangnya Acara Kejohanan Olahraga Tahunan bagi setiap tahun. Acara Sukantara ini merupakan kesinambungan daripada Acara Merentas Desa yang telah diadakan pada 12 Januari 2019 yang lalu. Pungutan mata yang diperolehi dalam acara tersebut akan digabungkan bersama pungutan mata yang diperolehi oleh setiap rumah sukan di dalam Acara Sukantara. Keseluruhan mata yang diperolehi di dalam kedua-dua acara sukan tersebut akan dibawa ke acara kemuncak iaitu Acara Kejohanan Olaharaga Tahunan.

Pada tahun ini, Acara Sukantara ini melibatkan semua murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Acara disertai oleh semua murid yang mewakili rumah sukan iaitu Panglima, Temenggung, Laksamana dan Bendahara. Acara Sukantara diadakan selama dua hari iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Acara bermula pada jam 2.30 petang dimana semua guru dan murid berkumpul di Dataran Baiduri, SMKB untuk menjalankan sesi pendaftaran yang dikendalikan oleh guru rumah sukan masing-masing. Murid-murid telah diberi penerangan tentang perjalanan Acara Sukantara semasa perhimpunan pagi oleh En Mohd Lutfi bin Mohd Kamran. Setiap murid dikehendaki melaksanakan 4 acara sukan iaitu Acara Lari 100 Meter, Acara Lari 400 Meter, Acara Lompat Jauh dan Acara Lontar Peluru. Setiap murid dikehendaki melepasi tahap yang telah ditetapkan untuk memperolehi 2 mata bagi setiap acara. Murid-murid diberi galakan untuk menyertai setiap acara kerana setiap penyertaan walaupun tidak melepasi tahap yang ditetapkan akan diberikan 1 mata. Pada jam 3.00 petang, semua murid bergerak mengikut rumah sukan masing-masing mengikut acara sukan yang telah ditetapkan oleh guru.

 Keseluruhan perjalanan bagi 4 acara tersebut berjalan lancar kerana semua ahli rumah sukan telah mematuhi Sistem Giliran Acara yang telah ditetapkan. Ini memudahkan perjalanan acara yang berlaku secara serentak bagi keempat-empat acara. Kerjasama daripada semua guru dan staf sokongan sangat baik dan telah melancarkan proses penghakiman bagi kesemua acara sukan.

Secara keseluruhannya perjalanan Acara Sukantara Peringkat SMK Benut 2019 berjalan lancar tanpa berlakunya sebarang kemalangan yang tidak diingini. Setinggi-tinggi
penghargaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Acara Sukantara tahun 2019. Diharapkan agar semangat kerjasama ini dapat diteruskan bagi menjayakan pelbagai lagi program yang akan dianjurkan pada masa mendatang.
















Sunday, January 13, 2019

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BENUT TAHUN 2019


TARIKH        :  10 JANUARI 2019
HARI              :  KHAMIS
TEMPAT       :  DEWAN BAIDURI SMK BENUT






















































BE THE BEST, DO THE BEST, WE ARE THE BEST.....