Thursday, June 27, 2019

Majlis Sambutan Hari Raya SMK Benut 2019


Rabu , 26 Jun 2019 - SMK Benut telah mengadakan Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah . Majlis sambutan ini disertai oleh semua guru dan kakitangan sokongan SMK Benut. Majlis ini juga  turut dimeriahkan lagi dengan para jemputan yang turut hadir seperti YDP PIBG serta guru-guru yang telah berpindah .

Majlis ini bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam. Majlis ini dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi Kelab Bilik Guru (KEBIRU), En Abd Khalil bin Masri. Majlis kemudian disambung dengan bacaan doa oleh Ust.Mohd Fauzi bin Mohd Amin. Selepas bacaan doa, majlis memberi laluan kepada jamuan makan. Majlis sambutan raya turut diselitkan dengan majlis perpisahan En Md Anishak yang akan berpindah ke sekolah SMK Sri Tanjung. Semoga segala urusan beliau dipermudahkan dan lebih maju jaya di tempat baru. Aktiviti cabutan bertuah juga dijalankan pada majlis tersebut bagi meraikan semua tetamu yang hadir.

Semua warga SMK Benut kelihatan sangat gembira dan hari raya disambut dengan meriah sekali. Pelbagai juadah dan kuih-muih disediakan oleh pihak penganjur untuk dijamu kepada warga sekolah dan para jemputan. Antara juadah yang dihidangkan pada majlis tersebut adalah seperti, ketupat, rendang, ayam, telur sambal, burasak, lemang, laksa dan pelbagai jenis hidangan lagi yang mana banyak disumbang oleh guru-guru dan staf SMKB.

Harapan penganjur agar sambutan seperti ini akan terus dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang dan dijadikan acara tahunan. Diharap majlis seperti ini dapat mengeratkan hubungan seluruh warga SMK Benut terutama dalam bulan baik ini.

Berikut ialah gambar-gambar sepanjang sambutan tersebut :




























Monday, June 24, 2019

Hari Terbuka SMK Benut 2019


TARIKH :  23 Jun 2019 (AHAD)
MASA : 10.30 pagi hingga 1.00 petang
TEMPAT : Dewan Baiduri, dan kelas- kelas SMK Benut


RINGKASAN MAJLIS

Pendaftaran ibu bapa dan ketibaan tetamu jemputan bermula pada pukul 10.30 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan di ikuti taklimat oleh Tuan Pengetua, En Zulfidy bin Hj Monel bersama ibubapa dan pelajar. Majlis diteruskan dengan pengambilan rekod kemajuan pelajar dan sesi perbincangan bersama guru kelas. Pelajar dibenarkan balik bersama ibubapa selepas pengambilan rekod selesai.

Majlis ini dapat menemukan guru dan ibubapa sebagai usaha untuk membantu meningkatkan pencapaian murid. Apabila anak-anak mengetahui bahawa ibu bapa mereka sangat mengutamakan pendidikan, maka nilai pembelajaran menjadi begitu tinggi dalam diri mereka. Kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa diharap dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa selaras dengan tema “Ibu Bapa Cemerlang Sekolah Gemilang”.

























Tuesday, June 11, 2019

Program Agihan Bantuan Sempena Bulan Ramadhan Tahun 2019


Seramai 20 orang pelajar telah mendapat bantuan sempena bulan Ramadhan 2019. Program ini dijalankan sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini. Projek ramadhan ini melibatkan pihak pentadbir dan para guru dalam menjayakan program keperihatinan kepada para pelajar bagi meringankan beban ibu bapanya yang mempunyai jumlah pendapatan yang rendah. Penyerahan agihan bantuan raya telah dijalankan selepas waktu persekolahan. 

 

Diucapkan terima kasih kepada yang terlibat dalam menjayakan program ini kerana program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara penjaga para pelajar bersama para guru sempena bulan mulia ini kelak.










PROGRAM IFTAR JAMAIE/BERBUKA PUASA SMK. BENUT TAHUN 2019

TARIKH : 22 MEI 2019 (RABU)
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK Benut


22 Mei 2019(RABU) : Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, SMK Benut telah melaksanakan program Iftar Jamaie,bertempat di Dewan Baiduri. Majlis bermula pada jam 6:00 petang dengan kehadiran para jemputan, guru-guru dan murid-murid serta warga sekolah. 

Sebelum majlis berbuka puasa, para hadirin bersama-sama mengikuti aktiviti Khatam Al-Quran. Selepas itu, apabila masuk waktu maghrib, para hadirin berbuka puasa yang telah disediakan dan bergerak ke dewan untuk solat maghrib secara berjemaah. Seterusnya para hadiri menikmati hidangan dan juadah yang disediakan diikuti dengan solat isyak dan solat terawih secara berjemaah yang diimamkan oleh   Ustaz HJ. Mohd Fauzi Bin Mohd Amin.


Terima kasih  dan tahniah kepada semua guru dan murid –murid yang hadir dalam menjayakan majlis ini semoga sempena bulan Ramadhan  ini dapat memberikan seribu makna kepada kita semua.














































BE THE BEST, DO THE BEST, WE ARE THE BEST.....

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SMK BENUT TAHUN 2019

TARIKH : 23 MEI 2019 (KHAMIS)
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK Benut



Majlis Khatam Al-Quran sempena Bulan Ramadhan  2019  telah diadakan dengan jayanya pada 23 MEI 2019 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan diteruskan dengan bacaan Khatam Al-Quran diketuai oleh Ustaz Mohd Fauzi bin Mohd Amin dan diteruskan bacaan oleh para pelajar yang menyertai. Selepas majlis tersebut selesai, majlis pada hari tersebut diteruskan dengan penyampaian sumbangan raya kepada para pelajar SMK Benut.

Secara keseluruhannya majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan sambutan Khatam Al-Quran bagi tahun ini. Diharap sambutan ini dapat dikekalkan pada masa akan datang.