23Julai 2009 – Kem Bahasa Melayu Peringkat Sekolah telah berjaya diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut. Sasaran utama kepada para pelajar Tingkatan Lima yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada akhir tahun ini. Seramai 176 orang semuanya. Kem Bahasa Melayu ini dikelolakan oleh Panitia Bahasa Melayu.
Objektif Kem Bahasa Melayu ini antaranya untuk melatih pelajar menulis karangan mengikut kehendak tugasan Bahasa Melayu Kertas 1 SPM, memantapkan pengetahuan bahasa pelajar dalam menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas 1 dan Kertas 2. Selain itu, pelajar dapat mematuhi peraturan masa bahagian-bahagian soalan ketika menjawab soalan dan meningkatkan peratus kecemerlangan pelajar dalam Bahasa Melayu SPM 2009.
Dua orang penceramah telah diundang iaitu Encik Hazim Bin Siron (Kertas 1) dan Puan Yong Rafidah Binti Abdul Wahab (Kertas 2) telah memberikan penerangan yang begitu jelas kepada para pelajar.
20 Julai 2009 – Kursus Kepimpinan ‘Rakan Muda’ Pasukan Beruniform dan Kelab Persatuan 2009 SMK Benut telah berjaya diadakan selama 3 hari 2 malam bertempat di SMK Benut bermula 17 Julai sehingga 19 Julai 2009.
Seramai 300 orang perserta yang terdiri daripada Unit Beruniform (PBSMM, PKBM, Pengakap, Renjer, Pandu Puteri, Pergerakan Puteri Islam, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis, dan Pasukan JPA serta para pengawas sesi 2009/2010 telah menyertai program tersebut. Program ini dikelolakan sepenuhnya oleh Kelab Remaja Ikatan Muslimin (KRIM Johor) dibawah kelolaan Encik Ismail Bin Ali. Beliau merupakan Pengerusi KRIM Johor.
Pelbagai aktiviti telah berjaya diadakan untuk meningkatkan jati diri para peserta sebagai pemimpin yang dapat memberikan contoh terbaik kepada para pelajar yang lain.
Perkhemahan Kepimpinan Organisasi Rakan Muda Unit Beruniform
Hari Pertama
Perkhemahan Kepimpinan Organisasi Rakan Muda Unit Beruniform
Malam Forum dan Kebudayaan
Perkhemahan Kepimpinan Organisasi Rakan Muda Unit Beruniform
Hari Ketiga
17 Julai 2009 – Hari Kokurikulum, Majlis Perlantikan Pengawas Sesi 2009/2010 dan Kursus Kepimpinan ‘Rakan Muda’ Pasukan Beruniform dan Kelab Persatuan telah dirasmikan oleh Encik Mohd Farid Bin Yunus (Pengarah Syarikat Citra Indomas). Program ini diadakan selama dua hari bagi warga SMK Benut iaitu 17 dan 18 Julai. Manakala peserta yang menyertai perkhemahan pula selama 3 hari 2 malam yang mengikuti pelbagai program motivasi dalam mengenal dan membina jati diri.
Pada majlis tersebut, perasmi telah sudi menyampaikan watikah kepada pengawas baru serta menyampaikan beberapa anugerah khas kepada tokoh kokurikulum kepada Mohd Shafarul Akmar Bin Ambok Achol dan Nurul Khalidah Binti Abu Samad; Anugerah Khas Kokurikulum kepada Mohd Shardi Bin Rahim dan Andik Norafilah; Unit Beruniform Terbaik kepada Pasukan Bomba; Kelab Akademik Terbaik kepada Persatuan Pendidikan Seni; Kelab Sukan Terbaik kepada Kelab Petanque dan Kelab Hobi Terbaik kepada Kelab Silat.
Pada majlis tersebut turut diadakan pelbagai aktiviti untuk warga SMK Benut, iaitu antaranya aktiviti permainan (petanque, futsal dan bola keranjang). Selain itu, pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijual oleh para pelajar mengikut kelas, persatuan dan unit beruniform.
Bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti yang menghiburkan dan menyeramkan turut ada bagi memenuhi kehendak para pelajar SMK Benut seperti rumah hantu, rumah sesat, mengasah bakat dengan karaoke, menguji minda berkaitan sains dan matematik, pameran kejayaan seni visual dan tayangan gambar pelbagai cerita menarik.
Pada program tersebut juga Kerjasama dari Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Pontian turut memberikan peluang pelajar mencuba aktiviti ‘upsailing’ dan ‘repailing’. Selain itu, terdapat juga aktiviti bagi kanak-kanak iaitu pertandingan mewarna dan pakaian anggun.
Semua urus niaga pada hari tersebut menggunakan kupon. Warga SMK Benut mengucapkan syabas dan penghargaan kepada semua yang terlibat kerana program tersebut berjaya diadakan dengan cemerlang.
15 Julai 2009 – Makluman kepada semua warga SMK Benut, berkuatkuasa mulai 1 Julai 2009 terdapat perubahan jawatan organisasi dan kemasukan staf baru ke SMK Benut. Tahniah dan selamat bertugas di SMK Benut. Berikut perubahan jawatan dan staf baru SMK Benut tersebut :
14 Julai 2009 – Warga SMK Benut mengucapkan selamat datang dan selamat menimba pengalaman sebagai pendidik kepada guru-guru praktikum yang menjalankan praktikum di SMK Benut selama 13 minggu bermula 13 Julai 2009. Berikut adalah makluman berkenaan guru-guru praktikum tersebut,
7 Julai 2009 – Padang SMK Benut telah digunakan sebagai tempat pendaratan dua buah helikopter iaitu sebuah kepunyaan D.Y.A.M. Tunku Mahkota Johor dan sebuah lagi kepunyaan Polis Diraja Malaysia. Pada masa yang sama, Dataran Benut dijadikan tempat majlis penutupan Ekspedisi Kembara Mahkota Johor Jelajah Pedalaman 2009 yang masuk hari keempat yang berakhir di Kg Nelayan Benut, Pontian.
7 Julai 2009 -‘Program Anda Bijak Jauhi Zina’ (ABJZ) anjuran Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut bermula 8.00 pagi sehingga 1.50 petang.
Program ini khusus kepada pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima yang diberikan fokus kepada pelajar dari kelas Al Kindi dan Al Biruni.
Pihak sekolah telah mengundang para penceramah motivasi dari Jamaah Islah Malaysia (JIM Johor). Pelbagai ilmu dan pengetahuan yang berguna telah diberikan kepada pelajar yang menghadiri program tersebut. Pihak sekolah mengharapkan agar para pelajar dapat mengikuti segala ilmu, nasihat dan kesedaran bahayanya gejala sosial dalam dunia mereka yang masih dibangku sekolah.
6 Julai 2009 – Warga SMK Benut mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar Tingkatan Enam Atas Tahun 2008, yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti. Mereka akan memulakan kuliah pertama pada 6 Julai 2009.
Warga SMK Benut mendoakan dan mengharapkan kecemerlangan yang berterusan dalam menimba ilmu di menara gading dan mendapat segulung ijazah apabila tamat pengajian nanti, insyaallah.
BIL
NAMA
UNIVERSITI
PENGKHUSUSAN
1
NOOR BAIZURA BINTI BUANG
UUM
Pengurusan Hospitaliti
2
MOHAMAD HAFIZ BIN BORHANUDIN
UUM
Pentadbiran Perniagaan (Logistik dan Pengangkutan)
3
MOHAMAD NOR ADKHA SANI BIN JAILANI
UUM
Komunikasi
4
MOHD FIKRI BIN ABDULLAH
UUM
Sains Pemutusan
5
KHAIRUNNISA BINTI MD HUSSIN
UUM
Pentadbiran Perniagaan
6
CHAN WEN SIANG
UUM
Pemasaran
7
ABDUL SIDIK BIN ABDULLAH
UUM
Pengurusan Awam
8
NOR FARAHIN BINTI ABDULLAH
UUM
Pentadbiran Perniagaan (Logistik dan Pengangkutan)