29 Januari 2010 – Bacaan Yassin dan Tahlil pada hari ini oleh Warga SMK Benut telah diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut. Warga SMK Benut turut berkabung atas kemangkatan Sultan Johor yang amat dikasihi.

Friday, January 29, 2010
Warga SMK Benut Turut Berkabung
Saturday, January 23, 2010
Al Fatihah
23 Januari 2010 - Dukacita dimaklumkan secara rasmi DYMM Sultan Johor telah mangkat. Oleh itu, sekolah dicutikan esok (23 Januari 2010), hari sekolah ganti akan ditentukan kemudian dan semua aktiviti dibatalkan. Sekian, terima kasih...makluman daripada Pengarah Pelajaran Negeri Johor...
Al Fatihah...
Tuesday, January 19, 2010
Semakan Kemasukan Ke Sekolah Teknik & Vokasional Serta Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2010
19 Januari 2010 - Para pelajar Tingkatan 3 Tahun 2009 yang membuat permohonan ke sekolah Teknik dan Vokasional Tahun 2010 boleh membuat semakan mulai hari ini di laman web berikut :
Sila klik di sini
Keputusan permohonan ke sekolah berasrama penuh sesi 2010
Sila klik di sini
Tahniah atas kejayaan anda...
Monday, January 18, 2010
Tahniah Pelajar PMR 2009
18 Januari 2009 – Warga SMK Benut merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada 3 orang pelajar kelas 3 Al Biruni dari 31 orang Tahun 2009 yang telah berjaya lulus semua lapan mata pelajaran dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2009.
Ianya merupakan janji pihak pentadbir SMK Benut yang akan memberikan hadiah sekiranya para pelajar kelas 3 Al Biruni (kelas terakhir dari 6 kelas keseluruhan Tingkatan 3 tahun 2009).
Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut) telah sudi menyampaikan hadiah penghargaan kepada pelajar tersebut.
Diharap semua pelajar lain dapat mencontohi dan berusaha dengan cemerlang dalam pelajaran.
Syabas Pasukan Catur SMK Benut
18 Januari 2009 – SMK Benut telah menyertai Pertandingan Catur MSSM Johor Peringkat Daerah Pontian Tahun 2010 yang diadakan selama 2 hari, iaitu 13 – 14 Januari 2010 bertempat di SMK Pt Betak, Pontian, Johor.
SMK Benut telah menyertai semua kategori, iaitu Lelaki 18, Perempuan 18, Lelaki 15 dan Perempuan 15.
Dalam pertandingan tersebut, SMK Benut telah berjaya mendapat tempat. Berikut keputusan rasmi kemenangan yang diperolehi oleh Pasukan SMK Benut.
Nama Pelajar | Kategori | Kejayaan |
Amir Hamzah Bin Hj Mohamad Rahman | Lelaki 15 | Johan |
Aina Atiqah Binti Johari | Perempuan 15 | Naib Johan |
Nurul Hazirah Binti Sawalludin | Perempuan 18 | Ketiga |
Nurul Haziqah Binti Sawalludin | Perempuan 18 | Keenam |
Nurul Erna Erdayu Binti Salip | Perempuan 15 | Ketujuh |
Muhammad Danial Hishamuddin Bin Isa | Lelaki 18 | Kelapan |
Wednesday, January 13, 2010
Minggu Orientasi Penghuni Asrama SMK Benut 2010
13 Januari 2010 – Minggu Orientasi Pelajar Asrama SMK Benut telah diadakan bermula hari ini. Seramai 33 orang pelajar telah mendaftar sebagai penghuni Asrama SMK Benut yang terdiri 19 orang pelajar lelaki dan 14 orang pelajar perempuan.
Program ini diadakan bagi mengeratkan tali persaudaraan dan mengetahui peraturan-peraturan sebagai penghuni asrama SMK Benut.
Program ceramah motivasi bertajuk pengurusan masa telah diberikan oleh Encik Anishak Bin Ahmad (Guru Kaunselor, SMK Benut). Seterusnya ceramah bertajuk Rahsia Solat telah disampaikan oleh Encik Ismail Bin Ali (Guru Motivasi dan Kerohanian, SMK Benut dan juga merupakan Pengerusi Kelab Remaja Ikatan Muslimin, KRIM Johor).
Diharap program yang disusun oleh pihak Pengurusan Asrama dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid SMK Benut dapat memberikan banyak maklumat dan panduan kepada para penghuni Asrama SMK Benut.
Pelajar Asrama SMK Benut 2010 | Ceramah Motivasi oleh En. Anishak Bin Ahmad (Guru Kaunselor SMK Benut) |
Post Mortem Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 / 2009
13 Januari 2010 – Post Mortem Peperiksaan Akhir Tahun Pelajar
Tingkatan Empat 2009 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Guru, SMK Benut pada
hari ini. Mesyuarat bermula pukul 2.30 pagi dengan dihadiri guru-guru yang
mengajar pelajar tingkatan empat dan lima.
Turut hadir pada mesyuarat Tuan Pengetua SMK Benut, Encik Hasnan Bin
Jaffar.
Mesyuarat tersebut diadakan bagi mengenal pasti pencapaian dan tahap
sasaran yang akan dilaksanakan dengan program-program yang sesuai bagi
meningkatkan prestasi SPM bagi tahun 2010
Tahniah Pelajar Cemerlang PMR 2009
11 Januari 2010 – Penyampaian Hadiah Cemerlang kepada para pelajar yang mencapai prestasi kecemerlangan dalam Penilaian Menengah Rendah 2009 telah diadakan pada hari ini semasa perhimpunan rasmi pada hari ini. Hadiah Cemerlang disumbangkan daripada Koperasi SMK Benut. Penyampaian Hadiah Cemerlang tersebut telah disampaikan oleh Puan Hajah Rohani Binti Abd Manaf (Guru Penolong Kanan Pentadbiran).
Warga SMK Benut merakamkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada para pelajar yang menerimanya. Semoga kejayaan cemerlang berterusan kepada para pelajar yang lain.
Monday, January 11, 2010
Selamat Datang dan Selamat Bertugas
4 Januari 2010 – Warga SMK Benut mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada guru-guru baru dan staf sokongan yang diamanahkan untuk bertugas di SMK Benut, Pontian, Johor. Selamat Bertugas.
(GURU BARU) | (GURU BARU) |
(GURU BARU) | (N22 KETUA PEM. TADBIR) |
(N1 PEM. AM PEJABAT) | (N17 PEM. TADBIR) |
Terima Kasih dan Selamat Berpisah
4 Januari 2010 – Warga SMK Benut mengucapkan terima kasih dan selamat bertugas kepada guru-guru dan staf sokongan yang berjaya mohon untuk berpindah dan bertugas di tempat baru. Kami mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan selama berkhidmat di SMK Benut dan seterusnya Selamat Bertugas di sekolah baru.
HANAFFI | |
(N1 PEM. AM PEJABAT) | PN. FIRUZ BINTI ATTAN (PT N17) |