Wednesday, January 31, 2018

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR ASRAMA SMK BENUT TAHUN 2018

26 JAN 2018: Program Orientasi Asrama telah dijalankan oleh anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Benut pada 26 Januari 2018 ( Jumaat). Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan oleh Guru Kaunseling iaitu Puan Sazuana bt Fat'huzin kepada para penghuni asrama dalam memberikan semangat dan dorongan kepada pelajar dalam belajar hidup berdikari serta mematuhi peraturan dan beretika semasa berada di dalam asrama.


OBJEKTIF PROGRAM INI :-


      1. Mendedahkan persekitaran dan suasana kehidupan di asrama.
      2. Membantu pelajar asrama menyesuaikan diri dengan kehidupan asrama.
      3. Mengelakkan masalah disiplin dan pelanggaran peraturan yang ditetapkan  
          asrama.
      4. Mewujudkan hubungan mesra antara penghuni asrama dan memperkenalkan 
         warden-warden asrama.








 
 
 

 
 
 

 
 



 Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. 

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK BENUT TAHUN 2018



27 JANUARI 2018: Kejohanan Merentas Desa SMK Benut 2018 telah dijalankan pada hari Sabtu, 27 Januari 2018 bermula pada 7.30 pagi sehingga 11.00 pagi bertempat di garisan permulaan dan penamatan merentas desa di Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Benut.

Keputusan Merentas Desa SMK Benut Tahun 2018: 



RUMAH SUKAN
MATA TERKUMPUL

KEDUDUKAN
PANGLIMA
25
1
BENDAHARA
15
2
LAKSAMANA
10
3
TEMENGGONG
5
4

Tujuan Merentas Desa:

Larian Merentas Desa merupakan suatu usaha kearah memenuhi visi Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang dalam melahirkan bakat-bakat baru pelapis atlet sekolah yang berketrampilan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Matlamat

                a) Membina minda berkonsepkan budaya sihat kepada para pelajar di SMK Benut.

            b) Mengeratkan hubungan silaturahim, setia kawan di antara warga pendidik dengan pelajar dan sesama pelajar.

        c )  Berkonsepkan semangat setia kawan dan semangat ingin maju di samping berlumba-lumba untuk menang.

      d)  Larian ini sebagai seiring dengan satu mesej kecemerlangan dalam pendidikan di sekolah.



Ucapan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam menjayakan program merentas desa peringkat sekolah. Segala usaha dan tenaga yang diberikan amat kami hargai dalam melahirkan modal insan yang mempunyai minda yang cerdas dan cergas " Majulah Sukan Untuk Negara" serta kecapi dasar " 1 Murid  1 Sukan' bagi melibatkan para pelajar SMK Benut bergerak aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara  untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah lagi. 





 
 








 




Thursday, January 18, 2018

Majlis Semaian Budi Semarak Kasih

Pada tanggal 17 Januari 2018, sebuah Majlis Semaian Budi Semarak Kasih telah diadakan untuk meraikan perpindahan En Ariffin bin Bajuri, Tn Hj Saparudin bin Lahasan, En Hazim bin Siron, dan Pn Noor Zahidah bt Hamzah ke sekolah baru. Majlis perpisahan ini diadakan di dua tempat iaitu di Dewan Baiduri, SMKB bersama murid-murid dan jamuan perpisahan d Sanggar Kokurikulum, SMK Benut. 4 orang guru ini telah berpindah ke :

1)      En Ariffin bin Bajuri                           - SMK Sri Kukup
2)      Tn Hj Saparudin bin Lahasan             - SMK Sri Perhentian
3)      En Hazim bin Siron                             - SMK Sri Tanjung
4)      Pn Noor Zahidah bt Hamzah              - SMK Telok Kerang

Pada jam 11.30 pagi, majlis dimulakan dengan perarakan masuk tetamu-tetamu yang diraikan ke dalam Dewan Baiduri. Majlis yang dipengerusikan oleh Pn.Hanipah Bte Rosli ini diteruskan pula dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Fauzi bin Mohd Amin untuk memberkati majlis. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Pengetua SMK Benut, Pn Hjh Rohani bt A.Manaf. Dalam ucapan tersebut, segala jasa dan usaha guru-guru yang berpindah telah disentuh. Seluruh warga SMKB sangat berterima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan di sekolah ini sepanjang keempat-empat guru berkhidmat.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan yang diraikan. Ucapan dimulakan oleh  En Ariffin bin Bajuri diikuti oleh Tn Hj Saparudin bin Lahasan, En Hazim bin Siron, dan Pn Noor Zahidah bt Hamzah. Masing-masing menceritakan suasana di sekolah baru juga meminta maaf atas segala kesilapan sepanjang berada di sekolah ini. Sesi ucapan disambung dengan acara penyampaian hadiah kepada yang diraikan. Antara yang memberi hadiah pada majlis tersebut adalah seperti Koperasi, PIBG, KEBIRU, Pentadbir, Staf Sokongan, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Bidang Bahasa, Bidang Sains & Matematik, Bidang Kajian Kemasyarakatan, Bidang Teknik & Vokasional, Guru-Guru Tingkatan 6 dan juga hadiah perseorangan. Majlis perpisahan di sekolah diakhiri dengan acara bersalam-salaman antara yang diraikan bersama seluruh warga SMK Benut. Majlis diiringi dengan linangan airmata tanda kesedihan atas perpisahan bersama dengan 4 orang guru yang sangat komited. Murid-murid bersurai untuk solat berjemaah bersama-sama.

Majlis perpisahan ini disambung semula pada jam 2.30 petang di Sanggar Kokurikulum, SMK Benut.  Majlis yang dipengerusikan oleh Pn.Hanipah Bte Rosli diteruskan pula dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Fauzi bin Mohd Amin untuk memberkati majlis. Majlis memberi laluan kepada sesi jamuan makan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan empat orang guru yang diraikan. Dalam ucapan yang diraikan, guru-guru ini mengambil kesempatan meminta maaf atas segala kekhilafan sepanjang berkhidmat di SMKB. Guru-guru ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan sepanjang berada di SMKB. SMKB sentiasa dalam ingatan dan berharap untuk dapat meneruskan perjuangan sebagai seorang guru dengan jayanya. Majlis berakhir dengan sesi bergambar antara empat orang guru yang diraikan bersama dengan guru-guru dan staff sokongan SMKB. Majlis berakhir pada jam 4 petang.


Secara keseluruhannya, majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang dapat mencacatkan majlis. Semoga ukhwah ini akan terus berkekalan sepanjang hayat.


 



















Tuesday, January 16, 2018

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 4 SMK BENUT 2018

1 & 2 Januari 2018: Program orientasi bagi pelajar Tingkatan 4 telah diadakan di Sanggar Koko SMK Benut selama dua hari. Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Benut bagi memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan dengan kurikulum di peringkat Menengah Atas serta persediaan dan hala tuju selepas PT3.

Objektif Program ialah
  1. Mencetuskan semangat ingin belajar dan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan.
  2. Melahirkan pelajar yang bermotivasi dan mempunyai hala tuju yang jelas.
  3. Memantapkan emosi, rohani dan mental pelajar dalam persekolahan peringkat Menengah Atas.
Antara Pengisian Program ialah
  1. Taklimat Program dan Motivasi
  2. Taklimat Kurikulum
  3. Taklimat Disiplin
  4. Taklimat Kokurikulum
Program ini telah dirasmikan oleh Pengetua, Pn Hjh.Rohani bt A.Manaf.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat, secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.