Monday, March 26, 2018

MAJLIS PERSARAAN PUAN SAUDAH BINTI MAD AMIN "SEGUNUNG KASIH DALAM KENANGAN"


15 Mac 2018, Khamis- Jamuan persaraan telah diadakan di Sanggar Koko, SMK Benut sempena persaraan salah seorang Ahli Kumpulan Pelaksana SMK Benut, Puan Saudah bt Mad Amin selaku Pembantu Operasi SMK Benut yang telah lama memberikan khidmat sekian lama di sekolah ini. Semoga Pn Saudah sentiasa sihat dan bahagia bersama keluarga tercinta. Kami warga SMK Benut akan sentiasa mengingati jasa dan sumbangan Puan Saudah dan kenangan terindah akan sentiasa tersemat dalam sanubari kami disini. Terima kasih Puan Saudah, kami akan merinduimu selalu,  























MAJLIS SEKALUNG BUDI SEJAMBAK KASIH "PERSARAAN PENGETUA"


Rasional

Detik persaraan merupakan hari bersejarah dalam diri kehidupan seseorang penjawat awam terutama bagi seorang pengetua yang berdedikasi seperti PUAN HAJAH ROHANI BINTI A.MANAF. Oleh yang demikian sebagai tanda menghargai jasa serta sumbangannya, pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih bagi meraikan persaraan beliau.

Matlamat 

Melahirkan semangat kerjasama serta menyemai perasaan 
penghargaan dan kasih sayang antara persara dengan warga SMK BENUT

Objektif
  • Menyanjung budi dan mengenang jasa Puan Pengetua yang bersara dalam perkhidmatan.
  • Mewujudkan keakraban dan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga SMKB
  • Memberi lambaian terakhir kepada Puan Pengetua yang bersara pada hari terakhir perkhidmatan beliau.















































Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2017


TARIKH : 15 Mac 2018 (Khamis)
MASA : 10.30 pagi hingga 1.00 ptg
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK Benut

Majlis pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 telah diadakan pada hari Khamis, 15 Mac 2018. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua di Dewan Baiduri SMKB. Keputusan SPM 2017 menunjukkan peningkatan dari segi GPS sekolah iaitu daripada 5.18 (2016) kepada 5.02 (2017) dengan peratus kelulusan 87.08%. Seramai 3 orang murid  telah mendapat keputusan perfect score iaitu :


1)      Ng Man Xin                -           8A+, 1A, 1A-
2)      Chua Jingle                 -           7A+, 3A                                 
3)      Md Azri Anwar          -           4A+, 4A, 1A-                         


Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SMK Benut atas segala usaha yang ditunjukkan dalam pencapaian SPM 2017. Jutaan terima kasih buat semua guru yang telah menunjukkan kesungguhan dalam mendidik dan dibantu dengan usaha gigih murid-murid tingkatan 5 tahun 2017. Semoga kejayaan ini dapat menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk lebih berjaya dalam peperiksaan yang akan datang.






























Monday, March 12, 2018

Kejohanan Olahraga MSSD 2018


4-6 Mac 2018: Unit Sukan SMKB telah berjaya menghantar wakil peserta bagi Kejohanan Olahraga MSSD Pontian selama tiga hari (4, 5 dan 6 Mac 2018). Kejohanan olahraga ini telah dijalankan di Kompleks Sukan Educity, Nusajaya.  Hasil usaha gigih guru dan pemain, pasukan olahraga sekolah telah berjaya memungut 8 emas, 6 perak dan 8 gangsa dan berada di tempat ke 5 daripda 17 daerah yang menyertai. Pingat-pingat tersebut dimenangi melalui beberapa acara iaitu :

PINGAT GANGSA


BIL
ACARA
NAMA PEMENANG
CATATAN
1.
100 M LARI BERPAGAR (P14)
NURUL WAHEEDA BT MOHD HALID
20.38 s
2.
3000 M Jalan Kaki Perempuan Terbuka (P15)
Tempat Ke-4
SITI ZULIKA BINTI ZAINAL ABIDIN

22m 29.81 s
3.
4 X 400 M (P15)
Ketiga
- ZEITY AISYAH BT ZAIMY
- SUHAILEY BT SABRI
- NURIN KHAIRENA BT NORIZAM
- NURUL NADIRAH BT AZMAN
- SITI NUR AMIRAH BT ABD RAZAK
- NUR ISABELLA BT ABD WAHID

5m 30.03s
4.
5000 M Jalan Kaki Perempuan Bawah 18
Tempat Ke-5
NUR SYAZWANI BINTI IDRIS

40m 47.0 s
5.
400 M (P18)
Ketiga
NUR SYAZWANI BINTI IDRIS

73.01s
6.
1500M (L14)
Ketiga
MUHD DANISH AQIL B. YAHYA

5m 26.00s
7.
200M Lari Berpagar (L14)
Ketiga
MUHD NUR HAKIMIY ASYRAF B. KHALID

30.27s
8.
REJAM LEMBING (L15)
Ketiga
AHMAD FAQEH BIN ONEY

33.47 m
9.
5000M Jalan Kaki
Tempat Ke-5
MUHD NUR HAZIQ B. SARENGAT

34m 35.00s
10.
400M Lari Berpagar
Ketiga
MOHD SAFUAN SYAHID B. M. NOOR HAIZAM

63.28s
11.
4 x 400M
Ketiga
- MOHD SAFUAN SYAHID B. M. NOOR HAIZAM
- MOHD HAIZAN BIN IDRIS
- NG WEI LIN
- MUHD ZUHAILI B. MOHD NOOR
- MUHD AMIRUL FIKRI BIN KAMIRI
- MUHD NUR HAIKAL


3m 48.94s

PINGAT PERAK

BIL
ACARA
NAMA PEMENANG
CATATAN
1.
Lompat Jauh (P15)
SUHAILEY BT SABRI
4.44 m
2.
110M Lari Berpagar (L15)
MUHD NOOR ROSLI B. AMRI
18.89s
3.
200M Lari Berpagar (L15)
MUHD RIDZUAN B. ABDUL AZIZ
28.38s
4.
Lompat Jauh (L15)
5.41m
5.
3000M (L18)
MOHD HAIZAN BIN IDRIS
11m 25.28s
6.
110M Lari Berpagar (L18)
MUHD AMIRUL FIKRI BIN KAMIRI
16.45s

PINGAT EMAS

BIL
ACARA
NAMA PEMENANG
CATATAN
1.
200 M LARI BERPAGAR (P14)
NURUL WAHEEDA BT MOHD HALID
34.40s
2.
3000M Jalan Kaki Perempuan Terbuka (P15)
NURUL EDANY BT MOHD AMIN
20m 40.32s
3.
3000 M Perempuan Terbuka (P15)
ZEITY AISYAH BT ZAIMY
14m 41.60s
4.
1500M (P15)
6m 38.10s
5.
800M (P15)
3m 0.44s
6.
Lompat Kijang (P15)
SUHAILEY BT SABRI
9.82m
(Rekod Baru Kejohanan)
7.
200m (P15)
30.06s
8.
5000M Jalan Kaki (L18)
MOHD HAIZAN BIN IDRIS
30m 44.00s

Tahniah diucapkan kepada kontinjen olahraga SMK Benut atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada sekolah. Semoga pasukan olahraga SMKB akan lebih maju jaya di masa hadapan.