Thursday, August 17, 2017

TAHNIAH
Pertandingan Memasak Sekolah-sekolah Menengah 
Peringkat Negeri Johor 
(kerjasama antara Maggi dan Kementerian Pendidikan Malaysia)


16 Ogos (Rabu) :  Pertandingan Memasak Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor telah di adakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Mengkibol, Kluang. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang mewakili Daerah Pontian kerana mendapat tempat ketiga di antara 12 buah sekolah yang bertanding. Antara menu yang dipersembahkan ialah Nasi ulam harum klasik maggi, Otak-otak citrasa klasik maggi, Rendang pucuk ubi aroma klasik maggi dan Air sirap selasih warisan klasik sebagai penyeri rasa. 

     Pelajar-pelajar ini telah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru kemahiran hidup yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran di dalam bidang masakan iaitu Cik Siti Norazlikha binti Zelkepli dan Pn. Siti Rahmah binti Rafie. Justeru itu, diharapkan program ini dapat memupuk minat pelajar didalam menyediakan makanan sihat untuk diri sendiri dan keluarga di masa akan datang. Semoga juara memihak kepada meraka untuk tahun akan datang. We Are The Best.











Sunday, August 13, 2017



KAMI JUARA
KEJOHANAN PETANQ ANGKASA 
PERINGKAT NEGERI JOHOR
(Dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor)

12 Ogos (Sabtu): Tahniah diucapkan kepada pasukan petanq Smk Benut kerana telah menjuarai Kejohanan Petanq Angkasa Peringkat Negeri Johor dalam ketegori sekolah menengah (lelaki). Pasukan ini akan meneruskan perjuangan di peringkat kebangsaan pada 25-27 ogos 2017 di Butterworth, Pulau Pinang. Selain itu, SMK Benut juga menghantar dua pasukan perempuan kategori sekolah menengah dimana  sartu pasukan merangkul naib johan bagi pasukan perempuan (B) dan tempat keempat bagi pasukan perempuan (A). justeru itu, pihak Angkasa juga telah memberikan alternatif bagi perintis muda dengan membuka kategori junior yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu dan dua. Smk Benut dengan berbesar hati telah menghantar dua pasukan junior lelaki dan perempuan. Pasukan junior perempuan telah mendapat johan bagi kejohanan ini. Tahniah diucapkan kepada pasukan SMK Benut, pengurus pasukan dan jurulatih. We Are The Best!..


 
 
 
 
 
 
 
 



KEJOHANAN MERENTAS DESA PRAUNIVERSITI KEBANGSAAN 
TERBUKA JOHOR

12 Ogos (Sabtu): Pada hujung minggu yang lalu sebuah Kejohanan Merentas Desa Prauniversiti Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Stadium Mini Daerah Kluang. Dianggarkan seramai 7100 orang pelajar dan pegawai telah menyertai kejohanan ini yang terdiri daripada peserta dari pelbagai negeri di semenanjung Malaysi dan beberapa orang peserta dari Indonesia, Thailand, dan Itali. Seramai 77 orang pelajar terdiri Smk Benut juga telah menyertai kejohanan ini. Kejohanan ini bermula dari jam 7:00 pagi hingga 2:30 petang. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Aminuddin bin Adam (Pengarah Bahagian Pengurusan Seolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia). 


 
 

Saturday, August 12, 2017

Lawatan JAKOA ke Program Tuisyen Rakyat di Asrama (ASLI) SMK BENUT



8 Ogos 2017 ( Selasa), Lawatan khas oleh Cik Zaimah Binti Zakaria wakil Bahagian Pembangunan Modal Insan & Kebajikan Orang Asli (PMK ) ke Asrama ( ASLI) SMK BENUT bagi meninjau pergerakan Program Tuisyen Rakyat yang telah diadakan baru-baru ini. Program ini dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) terlibat dalam menjayakan program Tuisyen Rakyat@KKLW ini. Program Tuisyen Rakyat @ KKLW  merupakan salah satu program kecaknaan kerajaan terhadap nasib masyarakat luar bandar.  Ianya menyediakan kemudahan kelas bimbingan tambahan secara percuma kepada pelajar di kawasan luar bandar, khususnya bagi anak-anak orang asli bagi mempertingkatkan tahap penguasaan mata pelajaran teras dan pencapaian akademik sebagai pemangkin kecemerlangan modal insan. 

Program Tuisyen Rakyat@KKLW adalah memfokuskan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Sains untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM.

Semoga program ini akan dapat berjalan dengan jayanya dan ucapan ribuan terima kasih kepada para guru SMK Benut yang terlibat dalam menjayakan program tuisyen ini.

 






 











 

Thursday, August 10, 2017

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2017

10 Ogos 2017: Seramai 179 calon SPM 2017 sedang menghadapi Peperiksaan Percubaan. Peperiksaan ini akan berakhir pada 24 Ogos 2017. Semoga semua calon dapat menjawab dengan tenang dan seterusnya memperoleh kejayaan yang cemerlang.