Tuesday, September 30, 2014

Latihan Dalam Perkhidmatan (LaDaP) : i-THINK online

30 Oktober 2014: Satu kursus LaDaP berkaitan i-THINK online telah dijalankan di Bilik Mesyuarat As-Syafie dengan dihadiri oleh semua guru. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Cik Norazlikha.

Kursus ini adalah sebahagian daripada modul pelakasanan secara berperingkat kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) @ Higher Order Thinking Skills (HOTS) di dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Pelaksanaan pembelajaran dalam talian ini adalah sebahagian daripada pendekatan dan penambahbaikan sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS). Para guru akan dinilai melalui pembelajaran dalam talian yang meliputi dua puluh lima modul. Penilaian dalam talian akan dilaksanakan selama dua bulan bermula 1 Oktober 2014.

Dalam slot ke-2 pula pembentangan post mortem peperiksaan percubaan SPM 2014 telah disampaikan oleh En. Firdaus Ngamar.

Sila klik di sini untuk menyelesaikan modul i-THINK online.
 






Sunday, September 28, 2014

 BULAN PENGHAYATAN SAINS KEMASYARAKATAN 

SMK BENUT 2014

17 Ogos - 29 September : SMK Benut telah melancarkan Pulan Penghayatan Sains Kemasyarakatan dengan pelbagai program dan aktiviti kepada pelajar bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Majlis dirasmikan oleh pengetua SMK Benut iaitu En. Mastura Aladdin bin Masro. Pelancaran diceriakan lagi dengan pelbagai aktiviti daripada pelajar SMK Benut diantaranya Senaman Chicken Dance dari pelajar tingkatan 5 aliran Sains Sukan, mendeklamasi sajak dan laungan azan. 



 Bagi melabuhkan tirai Bulan Penghayatan Sains Kemasyarakatan, Persatuan Geografi telah menyajikan gimik ringkas sebagai simbolik berakhirnya bulan penghayatan sains kemasyarakatan.  dengan ini secara rasminya En. Mastura Aladdin bin Masro telah menutup Bulan  Penghayatan Sains Kemasyarakatan dengan mencurahkankan cuka merah ke dalam replika gunung berapi diikuti  oleh beberapa orang pelajar dari tingkatan 3 Ibnu Khaldun. Tidak ketinggalan juga penyampaian hadiah kepada para pelajar yang memenangi pertandingan serta aktiviti yang diadakan sepanjang Bulan Penghayatan Sains Kemasyarakatan seperti pertandingan keceriaan kelas, pertandingan syahiba, pertandingan menulis puisi dan pertandingan membina model petempatan dan gunung berapi. Syabas dan tahniah kepada para pemenang diucapkan. 

 
 



Saturday, September 27, 2014

Program Fikrah Bahasa


 25-26 Sept. 2014: Program Fikrah Bahasa dijalankan di SMK Dato Mohd. Yunos Sulaiman, Pontian. Ini merupakan program anjuran JKD Bahasa Melayu Daerah Pontian. Sasaran program ini pelajar-pelajar yang diharapkan dapat mencapai A+ dalam bahasa Melayu SPM. Penceramah utama adalah En. Mohd Noor Abdullah, Guru Cemerlang Bahasa Melayu. Melalui program yang dijalankan selama dua  hari, pelajar-pelajar didedahkan dengan teknik menjawab soalan dalam bahagian Karangan. Komsas, Tatabahasa dan Rumusan.Penceramah dan fasilitator program ini terdiri daripada guru-guru berpengalaman di Daerah Pontian. Setiap sekolah di daerah Pontian menghantar 10 orang pelajar sebagai peserta yang bermalam di asrama SMK Dato Mohd Yunos Sulaiman. Guru-guru yang terlibat ialah En. Hazim Siron, Cik Noraizam Wahab, Cik Noormala Mahmood dan En. Norirwan Shah.













Thursday, September 25, 2014

YaPEIM di SMK Benut

Khamis 25 Sept 2014: SMK Benut telah dikunjungi oleh seorang pegawai dari YaPEIM bagi memberikan pendedahan kepada para guru, kakitangan dan pelajar tentang matlamat YaPEIM dan faedah bersama YaPEIM.




PENGENALAN
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) adalah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan di bawah Trustee (Incorporation) Act 1952. Bagi menggerakkan potensi dan meluaskan peranannya, YaPEIM telah disusun dan dilancarkan semula pada 20 julai 1984 oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada masa itu.



Kemuncak Hari Kokorikulum SMK BENUT
Berakhir di
Kem Perkhemahan Teluk Gorek, Tanjung Resang, Mersing

Pada 11, 12 dan 13 September 2014 SMK Benut telah mengadakan perkhemahan kokurikulum di Kem Perkhemahan Teluk Gorek, Tanjung Resang, Mersing sebagai simbolik berakhirnya hari kokorikulum peringkat sekolah. Seramai 71 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar lelaki dan pelajar perempuan dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 telah menyertai perkhemahan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang menjayakan program tersebut. 


Barisan guru-guru yang menjayakan progam

Wednesday, September 24, 2014

Pelaksanaan Awal "Pembelajaran Abad 21"

Pelaksanaan Pembelajaran Abad 21 akan dilaksanakan sebagai kelas rintis pada bulan oktober 2014. Bagi SMK Benut sebanyak 2 kelas akan dipilih untuk pelaksanaan program ini.


Apa yang dimaksudkan dengan kemahiran abad ke-21?
Pembelajaran abad ke-21, atau "Kemahiran Abad ke-21" adalah pergerakan. Hal ini  telah diketahui umum, ia merujuk kepada pergerakan global yang semakin meningkat untuk  mentakrifkan semula matlamat pendidikan, untuk mengubah bagaimana pembelajaran yang  diamalkan setiap hari, dan    untuk mengembangkan pelbagai langkah dalam pencapaian pelajar. Ia merupakan usaha untuk memenuhi permintaan baru abad ke-21.



Kenapa perlu belajar kemahiran abad ke-21?

Setiap kanak-kanak perlu bersedia untuk dunia hari ini dan esok. Jurang yang mendalam wujud di antara pengetahuan dan kemahiran. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan mereka untuk kejayaan dalam komuniti dan tempat kerja mereka perlu dipelajari. Untuk berjaya menghadapi kursus pendidikan tinggi yang ketat,cabaran kerjaya .



Peperiksaan Psikometrik 2014

24 September 2014: SMK Benut telah menjalankan Peperiksaan Psikometrik PT3 yang dijalankan di dewan Baiduri dan Dewan Kecil.


Psikometrik ialah suatu bidang yang berkaitan dengan teori dan teknik dalam pengukuran pendidikan dan psikologi, merangkumi pengukuran pengetahuan, kemampuan, sikap dan personaliti. Pentaksiran psikometrik digunakan untuk mendapatkan lebih maklumat tentang kemampuan, kekuatan, kelemahan, bakat, sikap, potensi, minat dan personaliti seseorang individu bagi tujuan membantu dalam memperkembangkan potensi dan pertumbuhan individu itu.  Data yang diperoleh mampu memberikan maklumat yang menyeluruh tentang seseorang individu supaya individu itu dapat difahami sebagai seorang insan.

Setiap individu perlu mengenal diri bagi tujuan peningkatan dan pembangunan diri. Semua yang ingin dibangunkan, perkembangan intelek, emosi dan sosial, mesti diukur.

Pentaksiran psikometrik menggunakan instrumen pentaksiran yang tidak berasaskan kurikulum dan pengajaran-pembelajaran. Instrumen itu direka bentuk untuk mendapatkan maklumat secara kualitatif dan kuantitatif tentang keupayaan seseorang untuk bertindak balas dalam suatu cara tertentu yang bersifat am. Ujian ini mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran. Prestasi murid tidak diukur  dan laporan adalah dalam bentuk deskriptif.Measuring knowledgeabilities and behaviourpsychometric assessment tools  aid the decision making process, but do not make the decision to select one child over the next(Munchinsky, 2003; Wilson, 2004).

Friday, September 19, 2014

Bersama Dr. Aris Bin Kasan (Setiausaha Bahagian, Bahagian pengurusan Sumber Manusia KPM)

18 September 2014: Pihak pengurusan sekolah telah menghantar wakil yang diketuai oleh GPK Pentadbiran En. Selamat Mon bersama-sama  En. Ahmad Shamsuddin Marin, En. Hazim dan En. Rauf untuk bersemuka dan berbincang dengan Dr. Aris Bin Kasan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia.

Perbincangan ini adalah menjurus kepada melantik beliau sebagai penaung Alumni bagi Sambutan Jubli Emas SMK Benut yang akan disambut pada tahun 2015.

Dr. Aris Kasan merupakan bekas pelajar SMK Benut dan telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM pada tahun 1974.

Berikut adalah sedikit latar belakang perkhidmatan beliau:


JabatanBahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tarikh Lahir15/09/1956
Tempat LahirPontian, Johor
Pendidikan1981  -  B.A. (Hons). Sains Sosial, UKM.
1987  -  M.A. (Management), University of Kent, Centerbury, UK.
2001  -  Ph. D. (Organizational Psychology) University of Manchester UK.



RINGKASAN PERKHIDMATAN
  • 1 Januari 1983
Urus Setia Perancangan Lembah Klang, Jabatan Perdana Menteri
  • 1987 hingga 1992
Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam
  • 1992 hingga 1995
Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar
  • 2001 hingga 2005
Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam
  • 2005 hingga November 2007
Intan Wilayah Tengah (INTENGAH)
  • Disember 2007 - 30 Jun 2013
Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam
  • 1 Julai 2013 - sekarang
Setiausaha Bahagian,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM