Tuesday, March 28, 2017

Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran

Pada 26 Mac 2017, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Majlis Sambutan Ulang Tahun kelahiran murid-murid yang lahir pada bulan Mac. Murid yang terlibat ialah murid-murid yang lahir pada bulan Mac dari tingkatan 1 hingga Pra Universiti. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk meraikan murid-murid yang lahir pada bulan tersebut.

Majlis ini dimulakan dengan upacara memotong kek dengan diiringi nyanyian lagu Selamat Hari Jadi secara beramai-ramai. Murid-murid  ini diraikan bersama-sama dan diakhiri dengan sesi bergambar.


Majlis sambutan Ulang tahun Kelahiran ini akan diteruskan pada masa akan datang. Pihak Bimbingan dn Kaunseling merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pentadbir dan guru Program Guru Penyayang atas kerjasama dan komitmen yang diberikan. Semoga sambutan ini akan dapat terus dikekalkan pada masa akan datang.



















KEPUTUSAN SPM 2016

16 Mac 2017 : Seramai 192 orang murid telah mendaftar untuk menduduki SPM pada tahun 2016 manakala yang hadir untuk mendudukinya adalah seramai 189 orang. Pada 16 Mac 2017 yang lalu murid-murid ini telah mengambil slip keputusan SPM masing-masing.
Bagi SPM tahun 2016, SMK Benut telah memperoleh peningkatan dalam peratus dan GPS berbanding tahun sebelumnya. Peratus lulus meningkat daripada tahun 2015 ke 2016 iaitu 88.54% ke 90.48%  manakala GPS daripada 5.59 kepada 5.18. Murid cemerlang SPM 2016 ialah :


 Bil
 Nama
 Pencapaian
 1
 Tan Joye
 7A 3B
 2
 Muhammad Syazwan bin Mohd Rasid
 7A 2C
 3
 Lim Wei Hsien  
7A 3B
 4
 Tee Hui Boon
 8A 2B
 5
 Gan Chin Guang 
 8A 1B 1C
 6
 Tang Hua Ru
 8A 2B
 7
 Tan Yun Jia
 8A 2B
 8
 Tan Kai sien
 8A 2B
 9
 Muhammad Ismat Izzuddin bin Mohamad Norrizal
 8A 1B
 10
 Shalin Nur Izzati bt Mohd Aziz Shah 
 8A 1C

Tahniah di ucapkan kepada semua calon SPM 2016 kerana telah mengharumkan nama sekolah atas kejayaan yang dicapai. Jutaan terima kasih di ucapkan kepada semua guru-guru dan murid-murid yang telah berusaha gigih dan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam SPM 2016. Semoga kejayaan ini dapat dikekalkan pada masa akan datang.

























Sinar Minda PT3 dan SPM bil 1/2017


28 Mac 2017: Program Sinar Minda adalah satu program selama 15 minit setiap selasa pada jam 7.15 - 7.30 pagi. Ianya merupakan salah satu program kecemerlangan persediaan menghadapi peperiksaan PT3 dan SPM.

Setiap minggu akan digilirkan setiap mata pelajaran bagi memberi tips / latihan ringkas berdasarkan format SPM dan PT3 dan menyemak jawapan mengikut format penandaan sebenar.

Semoga usaha ini akan memberi impak yang besar bagi melahirkan calon cemerlang PT3 dan SPM.

Monday, March 27, 2017

LDP : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2)

27 Mac 2017: Pelan  Pembangunan  Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 telah memasuki Gelombang 2 pelaksanaannya pada tahun 2016. Tumpuan pelaksanaan dalam Gelombang 2 adalah untuk memperkenalkan perubahan struktur dan pada masa yang sama memacu peningkatan yang telah berlaku semasa Gelombang 1.

 Kementerian telah menyemak semula instrumen penilaian kendiri Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) supaya membolehkan  penilaian sekolah menjadi lebih holistik.  Ia disebut SKPM Gelombang 2 (SKPMg2), penggunaan instrumen yang ditambah  baik ini akan membolehkan pentadbir sekolah  menjalankan penambahbaikan berterusan  bagi meningkatkan prestasi sekolah.

Instrumen  ini akan menggabungkan pelbagai instrumen  penilaian sedia ada dalam Kementerian bagi mengelakkan pertindanan dalam penilaian,  sekaligus meningkatkan kecekapan.

Untuk tujuan pendedahan SKPMg2 kepada semua warga guru SMKB, satu LDP menerangkan berkaitannya telah didedahkan secara terperinci oleh Pn Roby Binti Abd Hamid (GPK Pentadbiran SMKB). Semoga semua guru faham dan dapat menghayati  apa yang dimaksudkan dengan SKPMg2.





Tuesday, March 14, 2017

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SMKB

13 Mac 2017: Satu LDP telah dijalankan untuk semua guru-guru SMK Benut pada 13 Mac 2017 (Isnin) di Dewan Baiduri SMKB. Ldp yang dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan dan penerangan tentang 3 perkara iaitu :

1.      Sistem Salah Laku Murid (SSDM)
Penerangan tentang SSDM telah disampaikan oleh En Mohd Fadhli bin Daman Huri selaku ketua unit disiplin. Semua salahlaku murid perlu di isi secara online mulai tahun ini. Semua guru-guru diingatkan untuk memasukkan kes salah laku murid dalam kadar segera dan tidak bertangguh

2.      E-RPH Frog Vle
Penerangan tentang E-RPH Frog Vle telah disampaikan oleh Pn Siti Ezainora bt Kasiran selaku Penolong Setiausaha VLE. Dalam taklimat tersebut, Pn Siti Ezainora menerangkan tentang cara penggunaan E-RPH dan menegaskan tentang kemasukan ringkasan pengajaran harian setiap guru setiap hari. E-RPH ini akan sentiasa dipantau dan disemak.

3.      Yes Altitude
Penerangan tentang penggunaan telefon Yes Altitud telah disampaikan oleh Pn Hjh Mazura bt Bakri. Pn Mazura menerangkan tentang kelebihan dan cara penggunaan telefon Yes Altitud yang telah diserahkan kepada semua guru-guru SMKB.



LDP yang dijalankan berjalan dengan lancar atas sokongan dan kerjasama semua guru-guru. Semoga segala penerangan dan taklimat yang disampaikan mendatangkan manfaat dan diambil tindakan oleh semua guru. LDP berakhir pada pukul 4.30 petang dan semua guru bersurai.



















HARI KEJOHANAN SUKAN SMKB 2017

23 Februari 2017 (Khamis) - Hari kejohanan sukan SMK Benut bagi tahun 2017 telah diadakan pada 23 Februari 2017, pada hari khamis yang mana melibatkan semua murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6. Acara disertai oleh semua murid yang mewakili rumah sukan iaitu Panglima, Temenggung, Laksamana dan Bendahara. Hari kejohanan ini bermula pada jam 7.30 pagi dimana semua guru dan murid berkumpul di Dtaran Baiduri untuk sesi taklimat. Taklimat tentang hari kejohanan telah disampaikan oleh En Mohd Lutfi bin Mohd Kamran selaku setiausaha kokurikulum SMK Benut.
            Setelah selesai diberi penerangan murid-murid dilepaskan ke padang untuk memulakan acara. Acara dimulakan dengan perarakan masuk perbarisan rumah sukan masing-masing. Keempat-empat rumah berusaha bersungguh-sungguh dengan dilengkapi hiasan yang sangat menarik. Acara lintas hormat dijalankan yang mana tetamu jemputan dijemput bagi menerima tabik hormat kumpulan perbarisan. Selepas perbarisan selesai, acara pada hari kejohanan dimulakan.
            Antara acara sukan yang dipertandingkan pada hari itu ialah acara akhir 200m, 1500m, 4x200m bagi setiap kategori. Acara kemuncak pada hari itu adalah acara lari 4x50m guru-guru yang mana pemenangnya adalah wakil guru rumah panglima. Keputusan bagi acara yang dijalankan adalah seperti berikut:
a)      Hiasan rumah : Rumah Laksamana
b)      Papan kenyataan : Rumah Laksamana
c)      Perbarisan : Rumah Temenggong
d)     Keseluruhan : Rumah Panglima

Keseluruhan perjalanan bagi kejohanan sukan pada kali ini berjalan lancar kerana semua ahli rumah sukan telah mematuhi dan memberi kerjasama yang sangat baik Kerjasama daripada semua guru dan staf sokongan sangat baik dan telah melancarkan proses penghakiman bagi kesemua acara sukan. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara kejohanan tahun 2017. Diharapkan agar semangat kerjasama ini dapat diteruskan bagi menjayakan pelbagai lagi program yang akan dianjurkan pada masa mendatang.


‘MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’