Sunday, May 27, 2018

PROGRAM IMARAH MASJID - RAMADHAN 1439H / 2018M


Program melaksanakan Solat Tarawih dan Solat Witir Berjemaah bersama ahli khariah dan pelajar-pelajar SMK Benut dalam mengunjungi masjid / surau terpilih di sekitar Benut.


Berikut adalah beberapa masjid / surau yang dipilih bagi tahun ini.

Bil
Tarikh
Masjid / Surau
1
21 Mei 2018 / Isnin
Masjid Jamik Benut
2
23 Mei 2018 / Rabu
Surau Kg. Baru, Benut
3
27 Mei 2018 / Ahad
Masjid Kg. Puteri Menanggis, Benut
4
4 Jun 2018 / Isnin
Masjid Pekan Sanglang, Pontian


Program ini dapat merapatkan hubungan silaturahim antara masyarakat setempat. Semuga usaha kita boleh dijadikan satu program dalam PIBK sekolah dan dapat dilaksanakan setiap tahun.



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1439H

"BARANG SIAPA YANG BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN KERANA IMAN DAN MENGHARAP PAHALA REDHA ALLAH , MAKA DIAMPUNI DOSA-DOSANYA TERDAHULU "




 
 
 


 



‘BE THE BEST, DO THE BEST & WE ARE THE BEST’

Tuesday, May 22, 2018

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2018




Selamat menduduki Pentaksiran Pertengahan Tahun 2018 kepada semua pelajar SMK Benut. Semoga kalian dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan yang baik berterusan sepanjang peperiksaan ini.

Ya Tuhan, mudahkan setiap soalan bagi mereka, tajamkan akal fikiran mereka,lancarkan penulisan mereka,ingatkan apa yang mereka lupa dan bantu mereka untuk menjawab soalan dengan tepat dan betul. Ya Tuhan ..tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Mu semata-mata.”



KEJAYAAN DI TANGAN ANDA


ANDA YANG MENENTUKAN


BERUSAHALAH UNTUK MEMILIKINYA


SEMOGA BERJAYA



KAMI WARGA SEKOLAH MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA

Sunday, May 20, 2018

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2018 PERINGKAT SEKOLAH



Tarikh : 16 Mei 2018 (RABU)
Masa : 7.30 pagi – 2.00 petang
Tempat : Dewan Baiduri, SMK Benut
Tema Hari Guru 2018 : “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”
Tema Pakaian : “Back to School”

Sempena Hari Guru tahun ini, berbagai acara menarik telah dirancang untuk merai dan mengiktiraf jasa dan khidmat guru-guru yang mendidik murid-murid tanpa jemu. Di antara aktiviti menarik ialah persembahan murid-murid, acara sukan untuk guru, pertandingan bowling double, pertandingan permainan badminton, pertandingan memasak mi segera dan kembali ke sekolah dengan menaiki bas sekolah oleh semua guru SMK Benut.

Semua guru dan staf sekolah masing-masing telah menerima cenderahati dari  Badan Pengawas SMK Benut. Selesai majlis sambutan di sekolah, semua guru-guru dijamu dengan makan tengahari di  Sanggar Koko, SMK Benut. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KEBIRU dan Badan pengawas sekolah ini kerana telah menganjurkan Hari Guru peringkat sekolah pada kali ini dengan jayanya.


  




 
 
 
 

 
 


 
 

 
 



 






 SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU.

“GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN”



TERIMA KASIH CIKGU