Friday, October 25, 2019

Majlis Sanjungan Budi Semarak Kasih



Rasional

Detik persaraan merupakan hari bersejarah dalam diri kehidupan seseorang penjawat awam terutama bagi seorang guru yang berdedikasi seperti PUAN ZAINAH BINTI PIT. Oleh yang demikian sebagai tanda menghargai jasa serta sumbangannya, pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan majlis  bagi meraikan persaraan beliau.

Matlamat 

Melahirkan semangat kerjasama serta menyemai perasaan 
penghargaan dan kasih sayang antara persara dengan warga SMK BENUT

Objektif
  • Menyanjung budi dan mengenang jasa guru yang bersara dalam perkhidmatan.
  • Mewujudkan keakraban dan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga SMKB
  • Memberi lambaian terakhir kepada guru yang bersara pada hari terakhir perkhidmatan beliau.




















Majlis Jamuan Akhir Tahun Asrama SMK Benut & Sambutan Hari Lahir




Pada tanggal 22 Oktober 20179, sebuah  Majlis Jamuan Akhir Tahun Asrama SMK Benut & Sambutan Hari Lahir  telah diadakan di Rumah Citra Sri Pinang, Benut.  Majlis ini disertai oleh ahli jawatankuasa asrama bersama seluruh warga asrama SMK Benut.

Majlis ini diadakan bertujuan meraikan seluruh warga asrama yang telah bersama-sama sepanjung setahun dan  sebagai tanda kesyukuran atas segala kelancaran dalam pengurusan asrama bagi tahun 2019.

Warga SMKB sangat berterima kasih kepada seluruh ahli jawatankuasa pengurusan asrama atas segala khidmat bakti yang telah diberikan. Semoga pengurusan di asrama akan lebih lancar dan berjaya di masa akan datang.









Hari Keluarga SMK Benut 2019


Pada 11-12 Oktober 2019 – KEBIRU SMK Benut telah berjaya mengadakan Haari Keluarga SMK Benut bagi tahun 2019. Majlis sambutan ini disertai oleh semua guru dan kakitangan sokongan SMK Benut. Majlis ini juga  turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga guru-guru dan staf sokongan.

Hari Keluarga SMK Benut telah diadakan di Tanjung Sepang Beach Resort. Semua warga SMKB yang telibat berkumpul di Tanjung Sepang Beach Resort pada pukul 3.00 petang untuk urusan masuk ke bilik masisng-masisng. Aktiviti pada petang tersebut adalah riadah bersama keluarga.

Majlis jamuan akhir tahun bermula pada jam 8.00 malam. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust.Mohd Fauzi bin Mohd Amin. Majlis disambung dengan aktiviti jamuan makan oleh semua yang hadir pada hari tersebut. Kemudian, majlis disambung dengan ucapan Tuan Pengetua, En Zulfidy bin Hj Monel. Dalam ucapannya, tuan pengetua merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas segala usaha dan kerjasama dari guru, dan staf SMK Benut. Beliau mengharapkan agar ukhwah yang dibina akan kekal sepanjang hayat. Majlis kemudian disambung pula dengan ucapan daripada Pengerusi Kelab Bilik Guru (KEBIRU), En Abd Khalil. Selaku tuan rumah pada hari itu, beliau mengucapkan ucapan terima kasih atas segala kerjasama beliau dan pasukannya menerajui KEBIRU. Beliau juga mengambil kesempatan memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang KEBIRU menjalankan tugas. Semua warga SMK Benut kelihatan gembira menikmati pelbagai juadah dan kuih-muih yang disediakan. Majlis disambung dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada semua guru dan staf SMK Benut.

Aktiviti hari keluarga bersambung dengan aktiviti sukaneka pada keesokan harinya. Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan yang mana disertai oleh semua guru dan keluarga masing-masing. aktiviti sukaneka disambung pula dengan aktiviti ridah bersama keluarga sebelum masing-masisng pulang pada pukul 12.00 tengahari.

Semoga aktiviti seperti ini akan terus dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang dan dijadikan acara tahunan bagi seluruh warga SMK Benut. Diharap majlis ini dapat mengeratkan hubungan seluruh warga SMK Benut.

Berikut ialah gambar-gambar sepanjang sambutan tersebut :