Thursday, March 12, 2020

Bulan Penghayatan Bahasa 2020


TARIKH : 5 Februari 2020 (RABU)
MASA : 7.30 pagi hingga 8.00 pagi
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK Benut

Majlis Perasmian Bulan Penghayatan Bahasa  2020  telah diadakan dengan jayanya pada 5 Februari 2020 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.

Objektif program ini dijalankan adalah untuk :
1)      Memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
2)      Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan
3)      Mengeratkan dan memperkukuhkan perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan
4)      Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan Negara bangsa

Majlis dimulakan dengan persembahan gimik perasmian dan diteruskan dengan acara pemotongan riben oleh Tuan Pengetua, En Zulfidy bin Hj Monel. Gimik tersebut berakhir dengan sesi bergambar. Sepanjang minggu ini, beberapa pertandingan telah dijalankan dipecahkan kepada tiga iaitu Pertandingan Bahasa Cina, Pertandingan Bahasa Melayu dan Pertandingan Bahasa Inggeris. Antara pertandingan yang dijalankan adalah seperti pertandingan menulis esei, pidato/syarahan, sajak dan syair, scrabble, treasure hunt, wonder world, kaligrafi cina, kuiz bahasa cina dan bermacam-macam lagi aktiviti. Semua murid digalakkan untuk terlibat dengan pertandingan-pertandingan yang dijalankan.




















Kejohanan Olahraga SMK Benut 2020


3 Februari 2020 (Isnin) - Hari kejohanan sukan SMK Benut bagi tahun 2020 telah diadakan pada 3 Februari 2020, hari Selasa yang mana melibatkan semua murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Acara disertai oleh semua murid yang mewakili rumah sukan iaitu Panglima, Temenggung, Laksamana dan Bendahara. Hari kejohanan ini bermula pada jam 7.30 pagi dimana semua guru dan murid berkumpul di Dataran Baiduri untuk sesi taklimat. Taklimat tentang hari kejohanan telah disampaikan oleh En Mohd Lutfi bin Mohd Kamran selaku setiausaha kokurikulum SMK Benut.

            Setelah selesai diberi penerangan murid-murid dilepaskan ke padang untuk memulakan acara. Acara dimulakan dengan perarakan masuk perbarisan rumah sukan masing-masing. Keempat-empat rumah berusaha bersungguh-sungguh dengan dilengkapi hiasan yang sangat menarik. Acara lintas hormat dijalankan yang mana tetamu jemputan dijemput bagi menerima tabik hormat kumpulan perbarisan. Selepas perbarisan selesai, acara pada hari kejohanan dimulakan.

            Antara acara sukan yang dipertandingkan pada hari itu ialah acara akhir 200m, 800m, dan 4x400m bagi setiap kategori. Acara kemuncak pada hari itu adalah acara lari 4x50m guru-guru. Keputusan akhir kejohanan olahraga SMKB adalah seperti berikut:
1.    Johan              - Temenggung
2.    Naib Johan      - Panglima
3.    Ketiga              - Bendahara
4.    Keempat         - Laksamana

Keseluruhan perjalanan bagi kejohanan sukan pada kali ini berjalan lancar kerana semua ahli rumah sukan telah mematuhi dan memberi kerjasama yang sangat baik Kerjasama daripada semua guru dan staf sokongan sangat baik dan telah melancarkan proses penghakiman bagi kesemua acara sukan. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara kejohanan tahun 2020. Diharapkan agar semangat kerjasama ini dapat diteruskan bagi menjayakan pelbagai lagi program yang akan dianjurkan pada masa mendatang.

‘MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’