Sunday, January 31, 2016

Panglima JUARA Merentas Desa 2016

30 Januari 2016: Kejohanan Merentas Desa SMK Benut merupakan acara tahunan yang mesti dilaksanakan setiap tahun sebelum menjelangnya kejohanan sukan tahunan sekolah. Kejohanan ini melibatkan semua murid tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Melalui acara inilah bakat-bakat murid dalam bidang sukan akan dapat dicungkil dan didik supaya mencapai kecemerlangan di bidang sukan. 

Kejohanan Merentas Desa ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan murid yang cergas, progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai insan yang seimbang dan harmonis dan menghargai alam sekitar. Program ini juga turut melibatkan semua murid dalam acara sukan demi melahirkan murid yang cergas dan aktif dalam bidang sukan.

Tahniah kepada Rumah Panglima kerana telah dinobatkan sebagai Johan merentas desa kali ini dengan pungutan mata sebanyak 320. Sementara itu Naib Johan Temenggong (483 mata), ke-3 Laksamana (342 mata) dan ke-4 Bendahara (320 mata)




















Thursday, January 28, 2016

Sistem Demerit Diluluskan Untuk Dikuatkuasakan pada 2016

28 Januari 2016: Mesyuarat Jawatankuasa PIBG bil 1/2016 yang telah dijalankan pada hari ini telah meluluskan secara dasarnya perlaksanaan Sistem Demerit dijalankan di SMKB. Hasil keputusan ini akan dibawa ke Mesyuarat Agung PIBG yang dijangka akan pada lewat Mac 2016 nanti.

Sebelum itu, draf cadangan Sistem Demerit telah melalui beberapa siri mesyuarat iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin & Pengawas (11 januari 2016) dan Mesyuarat Pentadbiran (19 Januari 2016).

Semoga dengan adanya sistem ini akan membolehkan SMKB melahirkan generasi bersahsiah terpuji. InsyaAllah.














Saturday, January 23, 2016

Karnival PDRM IPD Pontian di Dataran Dato' Jalok Benut

23 Januari 2016: Seramai 150 ahli Pasukan Kadet Polis dan pengawas SMKB telah terlibat dalam menjayakan Karnival PDRM IPD Pontian yang berlangsung di Dataran Dato' Jalok Benut.

Karnival yang julung-julung kali ini dirasmikan oleh YB Datuk Ir. Hj. Hasni Bin Hj. Mohammad, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Kemajuan Luar bandar dan Wilayah Negeri Johor.

Terima kasih kepada semua guru pengiring yang terlibat terutamanya dalam mengurus keselamatan dan kebajikan murid.












Sunday, January 17, 2016

Pelancaran Sekolah Penyayang SMKB 2016

17 Januari 2016: Pelancaran Sekolah Penyayang telah disempurnakan sewaktu perhimpunan rasmi oleh Tuan Pengetua, En. Mastura Aladin Bin Masro.

Program Sekolah Penyayang bertujuan untuk menyuburkan rasa cinta dan kasih sayang, menguatkan semangat perpaduan, silaturahim dan sekaligus menjana suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif di sekolah. Secara ringkasnya, program sekolah penyayang bertujuan untuk meningkatkan sifat kepedulian (concerned) guru terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, kemesraan, ambil berat, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. 

Antara aktiviti program sekolah penyayang termasuklah mengalu-alukan kedatangan murid di pintu pagar sekolah, menghargai murid dengan memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid, serta menyambut hari lahir, Program Mentor mentee, Usrah, Ziarah dan Jom Ke Sekolah.

Semoga usaha yang dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dapat diambil peluang sepenuhnya oleh semua murid bukan sahaja bagi meningkatkan kualiti akademik malah dari segi sahsiah juga dapat dipertingkatkan agar semua murid SMKB menjadi insan yang berguna satu masa nanti. "SMKB, We Are The Best".