Wednesday, February 20, 2019

Pelancaran Bulan Bahasa, Nilam dan Sekolah Penyayang 2019


TARIKH : 20 Februari 2019 (RABU)
MASA : 7.30 pagi hingga 8.00 pagi
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK Benut

Majlis Perasmian Bulan Penghayatan Bahasa  2019  telah diadakan dengan jayanya pada 20 Februari 2019 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.

Objektif program ini dijalankan adalah untuk :
1)      Memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
2)      Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan
3)      Mengeratkan dan memperkukuhkan perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan
4)      Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan Negara bangsa

Majlis dimulakan dengan persembahan gimik perasmian dan diteruskan dengan acara pemotongan riben oleh Tuan Pengetua, En Zulfidy bin Hj Monel. Gimik tersebut berakhir dengan sesi bergambar. Sepanjang minggu ini, beberapa pertandingan telah dijalankan dipecahkan kepada tiga iaitu Pertandingan Bahasa Cina, Pertandingan Bahasa Melayu dan Pertandingan Bahasa Inggeris. Antara pertandingan yang dijalankan adalah seperti pertandingan menulis esei, pidato/syarahan, sajak dan syair, scrabble, treasure hunt, wonder world, kaligrafi cina, kuiz bahasa cina dan bermacam-macam lagi aktiviti. Semua murid digalakkan untuk terlibat dengan pertandingan-pertandingan yang dijalankan.

Pada hari tersebut, pelancaran Program NILAM 2019 turut dijalankan. program ini bertujuan untuk memupuk tabiat membaca dalam diri seterusnya melahirkan individu yang berilmu tinggi. Majlis diteruskan juga dengan Pelancaran Program Sekolah Penyayang, Mentor Mentee dan Sambutan Hari Lahir 2019. Majlis perasmian pada hari itu berakhir pada pukul 8.10 pagi dan murid-murid bergerak ke perjumpaan Kokurikulum.

















Monday, February 18, 2019

Program Jom Ke Sekolah 2019


TARIKH : 18 Februari 2019 (ISNIN)
MASA : 7.30 pagi hingga 8.10 pagi
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK Benut



Majlis Pelancaran Program Jom ke Sekolah 2019  telah diadakan dengan jayanya pada 18 Februari 2019 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.
PROGRAM 'Jom Ke Sekolah" yang direncanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia(PDRM) melalui Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti(JPJKK) bertujuan untuk  menangani masalah disiplin pelajar dan salahlaku jenayah bermula diperingkat akar umbi.

Objektif program ini dijalankan adalah untuk :
§  Menggalakkan pelajar hadir ke sekolah.
§  Mengelakkan berlakunya gejala negatif.
§  Menyemai sikap menghargai masa dalam kalangan pelajar.
§  Meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
§  Mencapai ETR kehadiran sekolah (95%)

Pegawai Perhubungan Sekolah IPD Pontian, Inspektor Mohd Nor Idham bin Ali Mat Nor yang turut membacakan perutusan Menteri Pendidikan Malaysia turut menegaskan bahawa perencanaan yang difahami dengan berkesan adalah langkah permulaan terbaik bagi melengkapkan disiplin murid dan melunaskan sekolah sebagai agen sosialisasi.

             Program yang dilaksanakan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan(NBOS) KPM bersama-sama PDRM adalah usaha murni serta langkah mendekatkan pelajar kearah nilai positif yang berkesan dalam menimba ilmu dan mencegah salah laku disiplin murid daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah. Selain itu program ini dilaksanakan untuk membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Disiplin Murid disekolah.
  

Justeru itu, Program Jom Ke Sekolah adalah satu usaha ke arah meningkatkan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum sekolah serta pembinaan sahsiah murid yang mantap serta pengurusan disiplin di sekolah yang memerlukan komitmen semua pihak agar kemenjadian murid lebih cemerlang.

         Dengan pelaksanaan program ini, diharapkan warga sekolah dapat memberikan saluran yang sesuai untuk menerima aduan dan menyelesaikan masalah yang berkaitan disiplin murid. Selain menjaga keamanan persekitaran, kita dapat mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap antara pihak sekolah dengan PPS.